Kerabu Bunga Betik
9:23 PTGMasih cerita tentang bunga betik. Kelmarin masak lodeh pucuk dan bunga betik. Hari ini cerita kerabu bunga betik pula.
Kalau makan nasi dengan kerabu bunga betik, jauhkan lauk lain yang berkuah. Jadi, dapatlah menikmati sepenuhnya Kerabu Bunga Betik! Bagi yang suka kekalkan rasa pahit, boleh celur bunga betik begitu sahaja. Yang ingin kurangkan rasa pahit, bolehlah celur bersama asam gelugor atau asam jawa. Seperti biasa, Amie masukkan 3 keping asam gelugor ke dalam periuk berisi air yang sedang mendidih. Kemudian barulah Amie masukkan bunga betik. Bunga betik ini apabila dimasukkan ke dalam air mendidih, kedengaranlah bunyi mengerutup dalam periuk!
Kerabu Bunga Betik |
Bunga Betik. |
Hidangan Tengahari : Kerabu Bunga Betik, Acar Ikan Masin, Ikan Putih Goreng, Telur Dadar dan Air Kelapa Mawar. |
Acar Ikan Masin |
- 2 cawan bunga betik yang sudah dicelur
- 1 cawan kelapa parut
- 1 labu bawang besar - hiris
- 1/2 biji cili merah - hiris
- 1 biji limau nipis - ambil jusnya
- garam / gula / perasa pilihan
- 3 bili cili merah - buang biji
- 7 biji cili padi
- 1/2 sudu kecil belacan - bakar
- 3 biji bawang merah - bakar
- isi ikan kukus / rebus
- Tumbuk cili merah, cili padi, belacan dan bawang merah. Kemudian masukkan isi ikan dan tumbuk sedikit.
- Dalam sebuah bekas, masukkan bahan tumbuk, kelapa parut, garam / gula / perasa pilihan. Gaul sebati.
- Kemudian masukkan bunga betik, bawang besar dan jus limau nipis. Gaul kesemua bahan hingga mesra.
- Hidangkan.
21 comments
sedap nampak.. tak pernah makan lagi bunga betik hehe
BalasPadamsedapnya kerabu tu kak Amie :)
BalasPadamnampak sedap tu kalau makan dengan nasi..xpernah makan bunga betik
BalasPadamwahh cam sedap aje..tak pernah lagi makan bunga betik ni..hehe
BalasPadamBetik dah tentu sedap, bunga betik je belum pernah cuba
BalasPadammenyelerakan kalau dpt mkn nasi thari dgn kerabu ni
BalasPadamSukaaaa ..saya suka kerabu pahit- pahit macam ni
BalasPadamPahit x kak? sebenarnya ada cara nak buang pahit dia kan...SA x ingat plak macam mana...Mak ada cakap sblom ni...
BalasPadamtak pernah makan... terliur!
BalasPadamMasak sambil minum air kelapa sejuk nikmat.
BalasPadamNampakk sedappp! Tapi tak pernah makan lagi bunga betikk.
BalasPadamsedap nya amie, lapar tgk memalam ni. tak pernah juga mkn kerabu bunga betik tapi tgk mmg cam sedap tu, acar ikan masin tu pun tak pernah mkn lagi, tapi tau mesti sedap. cam ngam je combination nya
BalasPadamsaya biasa bunga betik ni celur pastu wat ulam cicah dengan sambal belacan cair. kalu kerabu belum pernah lagi makan. tapi biasa tengok kat restoran masakan kampung.
BalasPadamBoleh bocor periuk nasi kalau hari2 ada masakan macam ni di dapur, tau Kak Amie
BalasPadamSedapnya kerabu bunga betik..pahit2 gitu....baru tau ada petua utk kurangkan rasa pahitnya ya...
BalasPadamkerabu bunga betik , sedapppnya
BalasPadamlamanya tak mkn bunga betik
kalau blk kg wajib ni
bezanya kerabu kitorg letak kerisik
Sedapnya air kelapa. Kalau panas-panas dapat minum yang sejuk ya ampun boleh habis satu balang ni.hehehe
BalasPadamBunga betik tak pernah makan tapi kerabu pucuk betik pernah. Akak saya ada petua nak buat pucuk betik tu tak pahit dan bila jadi kerabu emm sedapnya memang berkhasiat kalau amalkan makan kerabu pucuk betik
BalasPadamLauk makanan akk sentiasa meriah la kak..bestnyaaa
BalasPadamtak pernah rasa lagi kerabu bunga betik... betik ni saya hanya pernah rasa buahnye saje
BalasPadamMenarik pulak bunga betik dibuat kerabu. meletop letop pulak ye merebus bunga betik ni. Baru tahu. Acar buah memang tahan lama. Biasa simpan dalam peti ais. Rupanya letak luar pada suhu bilik pun boleh tahan lama ye. Memang penyelamat tu kalau tak berselera atau nak cepat masak.
BalasPadamTanpa sedar boleh terminum 4 cawan air kelapa mawar. hihi..benda dah sedap, sayang tengok je :)