Dari Allah Kita Datang dan Kepada Allah Kita Kembali
12:12 PTGLebih kurang pukul 2 pagi, bertarikh 12 Mac 1975 lena tidur dibuai mimpi terganggu oleh sayup-sayup suara tangisan kecil yang nyaring.
Terdengar suara Bonda: Cuba bapamu tengok. Macam ada bawang.
Belum sempat sang bapa menyahut, Embah Painem bidan yang menyambut kelahiran menyampuk: Ya. Bayi laki-laki.
Dalam cahaya lampu pelita minyak tanah kelihatan bidan kampung, Embah Painem sedang meletakkan bayi kecil berselimut kain batik ke dalam talam. Pada hari ketujuh, majlis muputi diadakan dan Ayahanda kami memberikan nama adik baru kami : Amin Fauzi.
Kami sekeluarga sangat gembira dengan kehadiran adik baru kami. Istimewanya kerana penantian Bonda selama ini telah terlaksana. Kami tujuh beradik perempuan, dan yang baru lahir ini, kelapan anak lelaki. (Adik Amin Fauzi bukan anak bongsu kerana 5 tahun kemudian lahir seorang adik perempuan pula. Jadi, kami ada 8 beradik perempuan tetapi kini hanya tinggal 7 perempuan kerana kakak kedua meninggal dunia ketika berusia 20 tahun).Tidaklah lagi Bonda dihujani pertanyaan dan sindiran dari sanak saudara dan orang kampung kerana tidak mempunyai anak lelaki.
Selepas 100 hari kelahiran adik, Bonda jatuh sakit. Berbulan-bulan lamanya Bonda sakit. Masih terbayang lagi tubuh Bonda menjadi kurus, hanya tinggal kulit dengan tulang. Sehingga ke hari ini, kalau Bonda bercerita, Bonda akan mengatakan semua ketujuh-tujuh anak perempuan menyusu badan selama 2 tahun, tetapi Bonda hanya sempat susukan adik selama 100 hari sahaja.
Tugas menjaga adik diambil alih oleh Ayahanda. Amie masih ingat lagi, setiap malam Ayahanda akan bangunkan adik untuk buang air kecil. Kerja-kerja memasak di dapur dan kerja rumah tangga juga dilakukan Ayahanda. Kalau cuci pakaian, Ayahanda akan masukkan pakaian kotor ke dalam besen, dan curahkan air serta sabun. Ayahanda suruh kami pijak-pijak pakaian di dalam besen dan kemudian Ayahanda akan bilas.
Bersama kegembiraan yang kami nikmati, silih berganti datang dengan pelbagai ujian hidup yang tidak terduga. Menjelang usia adik yang ke 17 tahun, Allah uji ketabahan hati kami sekeluarga. Daripada seorang remaja yang sihat cergas, adik mengalami gangguan kesihatan dari segi mental. Usaha dan wang ringgit usah dikira. Kami tidak putus asa untuk mendapatkan rawatan dari doktor pakar dan berubat cara tradisional. Pernah sekali adik dihantar berubat ke selatan Thailand. Kemudian kami dikirimkan berita adik meninggal dunia semasa dalam rawatan. Apabila keluarga kami ke sana, rupa-rupanya salah maklumat! Yang meninggal anak orang lain. Alhamdulillah. Adik masih bernafas.
Air mata Bonda sudah kering. Bonda sudah lali dengan kata-kata keji orang kampung. Bukan semua orang kampung bermulut celupar. Ada jiran tetangga yang sangat memahami masalah kami dan sentiasa memberi kata-kata semangat buat kami sekeluarga. Akhirnya adik terpaksa dirantai kakinya, dan dikurung. Aduh! Amie pun tidak mampu lagi menitiskan air mata melihat betapa deritanya suasana itu. Bayangkan sahaja ada insan malang yang bergelandangan di tepi jalan. Begitulah keadaan adik. Allah.... ya Allah!
Beberapa kali juga rantai ikatan kaki adik terlepas. Ketika itulah jiran tetangga dan orang kampung akan membantu mencarinya dan membawanya pulang ke rumah dan diikat semula.
Setelah Ayahanda kembali kepada-Nya, kami ambil keputusan membawa adik ke pusat jagaan di Jalan Kebun. Kami bimbang keselamatan Bonda kerana kalau adik terlepas, banyak perkara di luar dugaan akan dilakukannya. Kami sepakat tidak akan mengambil hasil kelapa sawit dari tanah pusaka yang sudah diagih-agihkan kepada kami. Hasil jualan kelapa sawit digunakan untuk membayar kos penjagaan adik.
Beberapa tahun kemudian, setelah Amie lihat hidup Bonda kembali teratur dan lebih tenang, Amie daftarkan Bonda untuk tunaikan umrah. Bonda tidak perlu fikirkan sangat tentang adik kerana adik selamat di pusat jagaan. Sehari sebelum kami terbang, kami dapat berita adik dimasukkan ke ICU dan doktor mengatakan harapan untuk hidup hanya 50:50 sahaja. Amie abadikan kisah itu di sini:
- MENGIMBAS KENANGAN UMRAH 2014
- ALLAH MAHA BESAR! ALLAH MAHA AGUNG!
- TANAH SUCI KOTA MEKAH
- MADINAH AL-MUNAWARAH
Ini antara tulisan dalam salah satu entri lepas :
Pusara adinda kami di Tanah Perkuburan Parit Mahang. |
34 comments
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan berkebajikan.
BalasPadamAamiin ya Allah.
PadamAllahu.. airmata tumpah membaca kisah adik Amie, seusia saya jika umurnya masih ada..
BalasPadamAl-Fatihah kuhadiahkan buat Allahyarham Amin Fauzi
Itulah bahagian hidup yang perlu dilalui dengan tabah walau penuh duka dan airmata. Hikmahnya, hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Padam
BalasPadamإِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Demi Allah yang maha mengetahui..Ada sesuatu yang terlekat dikerongkong tidak terluah.
Dari semalam mata bergerak2.Kata orang itu tandanya nak menangis(tak percaya pun)tapi hari ini air mata tumpah juga bila membaca bait-bait ceritera ini.Terasa saya ada bersama dalam setiap peristiwa.Semoga roh Amin Fauzi ditempatkan dalam kalangan orang-orang soleh...
Aamiin ya Allah. Bonda saya mengharunginya selama 23 tahun. Melihat ketabahannya, kami anak-anak hanya mampu menangis dari jauh.
PadamTinggi betul ujian dihadapi bonds Kak Amie. Semoga tenang roh arwah di sana. Amin.
BalasPadamItulah Bonda kami. Puas menempuh dugaan hidup sehingga kering airmatanya.
PadamSemoga arwah adik kak amie tenang di sana....
BalasPadamAamiin ya Allah.
Padamsemoga tenang roh arwah di sana...kasih sayang ibubapa terhadap anak2 sangat tinggi, unconditional..
BalasPadamAamiin ya Allah. Kasih sayang yang tiada tolok bandingannya. Allahu Akbar!
PadamAl fatihah buat Allahyarham Amin Fauzi. Semuga Aalah memberikan kesihatan yang baik buat bonda amie. Aamiin
BalasPadamAamiin. Terima kasih doanya.
PadamSemoga rohnya dicucuri rahmat ..amennn
BalasPadamaamiin ya Allah.
PadamSebak saya membaca coretan ni, hampir tumpah air mata.
BalasPadamBonda Amie seorang yang hebat.
Alhamdulillah. Hati Bonda hanya dia saja yang tahu. Syukurlah, Bonda tetap kuat walaupun Ayahanda terlebih dahulu meninggalkan kami.
PadamAl-fatihah.. anak syurga Amin Fauzi.. semoga arwah tenang di sana.. sedih sgt kisah famili akak... tabah betul ayahanda dan bonda akak menghadapi ujianNYA
BalasPadamAllahu Akbar! Mudah-mudahan arwah bakal menghuni salah satu daru syurga Allah.
PadamMemang kena tabah, kita tidak tahu rahsia Allah. Segalanya boleh berubah sekelip mata dengan kehendaknya.
Innalillahiwainnailayhirojiuun..
BalasPadamSedih baca kisahnya.
Moga Syurga tempatnya. Aamiin.
Aamiin ya Allah.
PadamAl fatihah untuk adik kak amie, Amin Fauzi.
BalasPadamSemoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang orang beriman. Aamiin.
Aamiin ya Allah.
PadamSemoga arwah ditempatkan bersama org2 yg beriman..semoga pusaranya menjadi salah satu dari taman2 syurga
BalasPadamAamiin ya Allah. Mudah-mmudahan makbul doanya.
PadamAlfatihah dibaca...
BalasPadamSemoga roh arwah tenang dan damai di sana...
Aamiin ya Allah.
PadamAl Fatihah :(
BalasPadamAamiin.
Padamal fatihah sedih baca n3 amie...ujian hidup kita berbeza-beza
BalasPadamBetul Kak PI.
PadamKita kena redha dengan segala ketentuannya.
Sesungguhnya Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
Allahu, berat ujian akak sekeluarga. Perit bila dengar kata kata orang kampung. Syukur ada yang memahami dan membantu. Setiap orang ujiannya berbeza.
BalasPadamAlfatihah buat adik akak Amin Fauzi. Semoga rohnya tenang dan damai disana. Aaminn..
Allah turunkan ujian yang berbeza-beza kepada setiap hambanya untuk menguji keimanan.
PadamAamiin ya Allah.