Sarapan Mee Maggi Goreng & Kuih Kocong Untuk Mama Cella

by - 11:39 PG

Petang kelmarin nampak Encik Suami jinjing satu bungkusan besar, tapi tak sempat tengok. Pagi tadi, sebelum keluar rumah sempat Encik Suami pesan:

"Ada maggi di dapur. Hari ini tak sempat beli sarapan. Ada urusan nak diselesaikan. Sarapan maggi nanti dengan Firdaus," katanya.

Huurrmmm. Tak beli sarapan pun tak jadi masalah. Ubi kayu masih banyak. Pisang kepuk pun sudah nampak mengkal-mengkal. Ada jew tepung kalau nak buat lempeng atau jemput-jemput. Kalau nak senang, sarapan jew dengan oat.

Terfikir semula! Maknanya sejak petang kelmarin memang Encik Suami sudah sediakan bahan untuk sarapan kami pagi ini....ahaks!

Maggi pun maggilah!
Jom masuk dapur. Masak mee maggi untuk Amie dan Firdaus.

Mee Maggi Goreng

Sejak PKP 3.0 ini, Amie perasan Encik Suami beli telur (satu sarang), Amie beberapa kali jumpa telur rosak! Kelmarin Encik Suami beli satu sarang lagi sebab bekalan telur sudah habis. Pagi tadi Amie pecahkan sebiji, isi telur cair dan kuning telur pula pecah. 5 biji Amie pecahkan, keadaannya sama. Sudah masuk angin dan memang telur lama. Telur ke 6 agak elok sedikit, dan Amie goreng. Tapi pecah juga sedikit seperti dalam gambar. Telur yang Amie sudah pecahkan tadi, nanti Amie akan buat telur dadar.

Amie teringat kelmarin Encik Suami bercerita tentang coldstorage di taman perumahan kami. Setelah lebih 2 minggu ditutup, kelmarin coldstorage itu beroperasi semula. Apabila Encik Suami masuk, katanya macam-macam bau dihidu. Maklumlah, banyak bahan basah dan apabila ditutup 2 minggu memang memberi kesan terutama sayur-sayuran, bawang, ayam segar, ikan masin dan sebagainya. Mungkin juga Encik Suami terbeli telur dan bawang yang sudah lama. Itu sebabnya banyak telur yang sudah masuk angin dan bawangnya pula ada yang sudah membusuk sebab Encik Suami beli bawang yang sudah dibungkus dalam kantung kecil.
Sesekali makan Mee Maggi Goreng terasa sedap pula! 


Teringat Mama Cella pernah tanya tentang kuih kocong. Inilah rupa kuih kocong di Lahad Datu. Kuih kocong ini diubahsuai dari resipi ketupat Cina yang dibungkus dengan daun buluh. Bahan yang digunakan ialah beras pulut dan inti kacang tanah. Kemudian dibungkus dengan daun pisang.

You May Also Like

11 ulasan

  1. Sesekali makan mi maggi terasa nikmatnya. Sedapnya mi maggi goreng Kak Amie. Kesian juga peniaga kalau 2 minggu tak bukak kedai. Barang pun rosak. Kesian juga pembeli bila beli barang yang tak elok. Unik nama kuih kocong seunik hidangannya. Pulut dengan kacang merah.

    BalasPadam
  2. Macam menarikkk kuih kocong sebab ada inti kacang tanah.
    First time dengar nama kuih kocong.

    BalasPadam
  3. Allah..menariknya tgk meggie tu kak amie ^_^

    BalasPadam
  4. Sedapnya maggi goreng kak amie...lapar plak SA ha..

    BalasPadam
  5. Maggi goreng senang dan cepat dibuat.ceoat juga masuk ke dalam perut. Hihi

    BalasPadam
  6. Wah... Trend makan megi sekarang ni Wakil rakyat pun makan.hihi

    BalasPadam
  7. Wahhh,nampak sedap megi goreng akk ni.. nyumm.

    BalasPadam
  8. Cantik persembahan megi goreng siap ada udang.

    BalasPadam
  9. kuih kocong ingat kan kuih pochong. Maggi goreng amie nampak sedapnya

    BalasPadam
  10. tu la kak amie. dlu beli telur yg dlm satu sarang tu. tp terkena telur yg byk rosak, hampir 1 sarang tu, trus tak beli dah telur yg jenis 1 sarang. huhu.

    BalasPadam
  11. mmg sedap megi goreng ni. fav syu. hehe. tiba2 mcm nk mkn maggi, padahal bru start diet smula mggu ni..

    BalasPadam