KFC Untuk Lunch

by - 4:53 PTG

Google Meet yang dijadualkan tamat pada pukul 12:30 tengahari berlanjutan sehingga ke pukul 1:40 petang. Ada lagi nasi kuning dan buras lebihan sarapan pagi tadi. Boleh makan kalau perut lapar. Abang Farid pula dari Seri Iskandar tolong belikan Firdaus KFC. Setelah sekian lama abang angkat (Foodpanda) Abang Farid menghilangkan diri, hari ini muncul di depan pintu pagar.

Firdaus dengan KFCnya.



Firdaus minta Abang Farid belikan ayam goreng, kentang goreng dan burger. Alahai, ayam goreng 3 ketul itu kecil betul saiz bahagian pehanya! Patutlah akhir-akhir ini selalu dengar rungutan saiz ayam goreng KFC semakin mengecil!

Sambil bergoogle meet di dapur, Amie tambahkan menu untuk makan tengahari kami. Kentang goreng KFC yang seco'et itu Amie tambahkan dengan kentang goreng sendiri. Nak bagi meriah, hidangkan dengan coleslow dan jagung.


Rasa sangat letih pula di hari minggu ini. Untuk segarkan badan Amie mandi sekali lagi sebelum solat Zohor. Siap pakai gel mandian British Rose kiriman hadiah dari Abang Farid tempohari. Ingatkan semakin segar, rupanya rasa mengantuk pula. Hasrat untuk sambung baca buku travelog Backpack Bonceng Motor tulisan Normi Nas terpaksa ditunda. Kena layan mata dulu. Dapat lelapkan mata satu atau dua jam memang cukuplah untuk kembalikan tenaga. Lagi pun Amie jarang tidur waktu siang kecuali kalau badan rasa perlu rehat dengan cara tidur.
Encik Suami ada urusan di luar. Firdaus tak berani duduk di bawah sendiri, jadi terpaksa ikut Amie masuk bilik sebab Amie nak tidur dalam suasana udara dingin. Masalahnya, budak kecik ini tak boleh berhenti kalau bercakap! Kita dah pejam mata pun tetap diajaknya bersembang. Lagilah kalau kita 'terngorok' cepat-cepatlah dia kejutkan!
Akhirnya rehat entah ke mana, tidur pun tak lelap. Baiklah bangun tunaikan solat sebab sudah masuk waktu Asar. 
Eh! Kenapa nampak gelap saja?
Oh! Mendung rupanya. Awan nampak kelabu pekat. Langit tertutup oleh awan. Bertambahlah kelam alam sekitar.
Sudah hujan ke belum ni?
Jenguk ke luar rumah. Tiada tanda-tanda basah air hujan.
Tapi gelap sungguh sampai kena buka lampu.
Jom treuskan baca travelog yang sangat menarik ini.

Backpack Bonceng Motor Medan - Parapat - Berastagi 

You May Also Like

20 ulasan

  1. Part ayam kecik tu memang kecik sungguh kan kak amie huhuhu, haritu kerja part time pun, customer selalu tanya kenapa makin kecik, tak tahu nak jawab apa hahaha. Sebab memang didatangkan dari kilang dalam keadaan macam tu dah. Tapi kalau KFC saya kerja haritu, ayam kecik, akan dibagi 2 ketul :D

    BalasPadam
  2. Hehehe lama x makan ayam kfc...
    Kfc ni sedap makan kat kedai panas2 kan tp dh pkp ni kita mkn kat rumah aje la..

    BalasPadam
  3. Kawasan saya ni banyak gerai ayam goreng "kepci".Ayamnya besar juga tapi takdak la fries,coleslow bagai tu dah namanya "kepci" hihihi.
    "ngorok" tu teringat zaman belajar dulu kalau gi camping mesti kena nyanyi

    🎼kodok ngorok,🐸🐸
    rokotoq-rokotoq....
    Dipinggir kali...
    Rikitiq- rikitiq..🎶

    🎼Dia jatuh...
    rokotoq-rokotoq..
    Lalu mati..
    tikitiq-rikitiq🎶

    Tiberrrrr....teringat😁😁😁😁

    BalasPadam
  4. saya ni asal nk drive thru kfc mesti dah habis..pi pkl 5 lebih pn byk yg xde dah huuuhu..

    BalasPadam
  5. Tapi saya mmg suka makan ayam kfc

    BalasPadam
  6. anak2 ni kfc laju je kan
    sy suka burger kfc ,ayam goreng kurang

    BalasPadam
  7. Bau British Rose tu sangat relaxing kot kak Amie, tu yang lagi ngantuk. Eh, Ahad pun kerja?

    BalasPadam
  8. Kentang goreng sendiri nampak lagi menyelerakan. Siang hari tadi pun Yaya food delivery, rasa nak rehat je hari ni.

    BalasPadam
  9. Ada kalanya memang makan KFC pun bila isteri kurang rajin nak memasak. Hihi

    BalasPadam
  10. Lama dh tak tapau kfc. Dpk beli ayam grg rm1 seketul tu ja

    BalasPadam
  11. letih juga lama bergoogle meet kan amie..

    BalasPadam
  12. keciknya ayam kfc tu. 3 ketul mkn seorang pon tak kenyang sbb kecil betol saiz ayam dia

    BalasPadam
  13. Sedapnya KFC!
    Comel je gelagat Firdaus ye, kacau Mama haha...

    BalasPadam
  14. SA memang tak nafikan Kak Aamie..memang size paha ayam KFC sekarang kecik sanagt..rasa tak berbaloi...tapi nak buat macam mana kan...best kalau dapat lelap sekejap, time cuti ni memang dapat la tido petang sejam dua...kalau time WFH...memang x dapat de...

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah selalu dapat bahagian dada memang besar kadang-kadang rasa mengah hendak habiskan.
    Hehe penakut Firdaus. Dahulu pun begitu takut tingkap atas rumah seorang-seorang.

    BalasPadam
  16. Memang betul pun, baru ni beli kfc, dapat bahagian wings tapi mcm kecik bebeno. Bagus Abg Farid, jauh2 pun ingat nak order makanan utk Firdaus.. umur macam Firdaus ni memang kuat bercerita kan, pok pek pok pek

    BalasPadam
  17. Tak dapat ler tido gamaknya bila si kecik join.. hehehe

    BalasPadam
  18. Di utara hujan pagi dgn lebat akak. Lama xmkn kfc sejak pantang ni. Syok kalau hujan lebat sambung tidur

    BalasPadam
  19. Abang angkat Abang Farid is back! Hehe..Nampaknya mana mana ayam KFC pun mengecil. Kalau saiz harga pun mengecil okaylah jugak kan. Selalunya lepas mandi, rasa segar tu yang macam rasa seronok nak tidur. hihi
    Banyak bebelan juga Firdaus ni..memang tak jadi tidurlah jawabnya melayan cerita dia :)

    BalasPadam