ADSENSE

Isnin, 16 September 2019

Kids Colouring Competition

Selamat menyambut Hari Malaysia.
Moga hidup kita tambah aman dan makmur!
In shaa Allah.

Cerita sudah berlalu.... 31 Ogos 2019.
Firdaus terpilih (5 orang dari Tadika Chang Quing) untuk ikut serta pertandingan mewarna kanak-kanak, amjuran The Art Studio sempena perasmian pembukaannya oleh pengetuanya, Steve Chong di Perdana Square, Lahad Datu.

Pertandingan bermula pada pukul 9 pagi.
8:30 pagi, Firdaus sudah sampai untuk pendaftaran.

 Banyak peserta dari tadika swasta dan murid sekolah rendah sekitar LD.
Murid-murid sekolah rendah, bawah umur 9 tahun (kalau tak silap) dari SJK (C) akan bertanding di bawah khemah, berhadapan studio.

 Manakala kanak-kanak tadika pula di dalam studio, tingkat atas.

 Sewaktu kami tiba, tercengang juga sebab melihat ibu bapa bawakan kerusi dan meja untuk anak-anak mereka. Kami sangka sudah disediakan meja dan kerusi....hiks!


Mungkin berlaku sedikit salah faham, jadi kumpulan dari tadika Firdaus tidak ada yang membawa kerusi atau meja! Memandangkan hanya tinggal beberapa minit untuk pertandingan, Encik Suami hanya sempat mencarikan kotak sebagai lapis kertas mewarna. Pesan Encik Suami kepada Firdaus. Buat yang terbaik dik. Tak ada kerusi dan meja bukan bermakna adik tak boleh buat!
Ketika pertandingan bermula, semua ibu bapa diarahkan untuk meninggalkan ruangan tersebut. Masa diberi selama 2 jam untuk mewarna. Jadi, kami pun jalan-jalan sekitar Perdana Square dan bila terjumpa restoran, kami masuk ke situ untuk membasahkan tekak.
Sekembalinya ke tempat pertandingan, kami tak dapat melihat hasil Firdaus disebabkan begitu ramai ibu bapa yang berasak-asak di situ. Kata Firdaus, dia mewarna Jalur Gemilang dengan bunga!

Encik Suami kata, kita tunggulah sampai keluar keputusan. Tak menang tidak apa. Namanya pun pertandingan. Jadi, sementara menunggu keputusan diumumkan, sempatlah Firdaus menyaksikan tarian singa sempena perasmian Art Studio di situ.
Cuaca sungguh terik!

Anak-anak kecil memang suka melihat acara meriah seperti ini. Walaupun panas membahang, tapi diredah juga untuk melihat aksi 2 ekor singa tersebut!

 Rasmilah sudah pembukaan The Art Studio.

 Panas, berpeluh, lari sana, lari sini mengejar singa.....


Patuh betul arahan.... kanak-kanak berbaris di belakang singa, dan mereka berpeluang untuk melihat serta menyentuh dan bergambar dengan singa-singa secara lebih dekat.


Merah terbakar muka Firdaus! Tak berhenti bermain kejar-kejar dengan kawan-kawan dan juga mengekori singa-singa!

Walaupun tak faham bahasa Cina (Mandarin) yang digunakan sepenuhnya semasa pengumuman para pemenang, tapi bila dengar nama Firdaus disebut, maknanya adalah tu hadiah yang dia dapat!

Tahniah Firdaus!
Dapat juga hadiah walaupun hanya tersenarai sebagai 10 pemenang saguhati.

 Dia pun menagih janji!
Kalau dapat hadiah kena bawa makan di KFC.
Ayoookkk!!!!



 Huuurrrmmm.....
Bila besar nanti bolehlah belek-belek entri ini sebagai kenangan ya sayang.

Jumaat, 13 September 2019

Sotong Kurita Masak Lada Hitam

Jalan-jalan cari ikan, terbeli pula seekor sotong kurita beratnya melebih 1 kilogram!
Sebelum ini hanya meratah sotong kurita hasil air tangan MIL sahaja. Ataupun dari lauk-pauk nasi berkat.
Memang suka makan sotong kurita, tapi saiz kecil seperti yang dihidangkan di conveyor Sushi King. Sanggup ambil berpiring-piring!
Yang nak dimasak ini saiz besar, saiz yang biasa dibeli oleh FIL!
Tak apalah. Masak sahaja. Amie masak separuh sahaja sotong kurita. Amie tambahkan petai. MIL tak bubuh benda lain selain halia, bawang putih, bawang merah dan lada putih dalam jumlah yang banyak! Jangan lupa air asam jawa. Hasil air tangan MIL memang mengancam selera! Terasa asam dan pedas lada putihnya! Tapi kali ini Amie gunakan lada hitam pula.
Nanti Encik Suami jadi pengadilnya.... hiks!


Bahan-bahan:
600 gram sotong kurita - bersihkan - potong ikut suka
1 cawan isi petai
1 sudu besar pati asam jawa - bancuh dengan 600 ml air
4 sudu besar minyak
garam / gula / perasa pilihan

Bahan tumbuk / kisar:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang besar
4 cm halia
1 sudu besar lada hitam

Cara memasak:
1. Panaskan minyak.
2. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
3. Masukkan sotong kurita, dan kacau rata.
4. Tambahkan bancuhan air asam jawa.
5. Perlahankan api, dan tutup kuali.
6. Masak sehingga kuah menjadi pekat, dan sotong kurita agak lembut.
7. Masukkan petai, garam / gula / perasa pilihan.
8. Gaul rata, dan apabila petai berubah warna, padamkan api dapur.

Sotong kurita yang sedikit liat ini sedap diratah begitu saja!
Teringat MIL selalu sebut GURITA!

Khamis, 12 September 2019

Asam Pedas Belulang (Kulit Lembu)

Teringin nak makan belulang (kulit lembu) masak asam pedas.
Kebetulan masih ada dua bungkus belulang yang Amie bawa pulang ke LD sewaktu balik bercuti sempena Hari Raya Qurban pada Ogos lalu.
Teringat pula Bonda suka meratah belulang (waktu kecil-kecil dulu), dan sampai sekarang belulang merupakan salah satu hidangan kegemaran Bonda! Kita pun nak ratah-rath jugalah!
Jom kita masak!

Bahan-bahan:
500 gram belulang (kulit lembu yang sudah siap dibersihkan) - potong ikut citarasa - rebus hingga empuk 
4 tangkai pokok kesum
2 batang serai - dititik 
2 keping asam gelugur
3 cawan air 
4 sudu besar minyak
garam / gula / perasa pilihan secukupnya 

Bahan kisar:
20 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2 cm halia
2 cm kunyit
1 cm belacan 
1/2 sudu kecil lada hitam


 Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama serai hingga terbit minyak.
2. Masukkan daun kesum serta belulang (kulit lembu) dan gaul mesra dengan bahan tumisan.
3. Tambahkan air dan masukkan asam gelugur. Biarkan mendidih.
4. Setelah kuah agak pekat, perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
5. Padamkan api dapur.


Ketika entri ini ditulis, dah tak ada baki Asam Pedas Belulang dah!
Habis licin, ratah-ratah dengan Encik Suami. Kita yang terlebih rata. Anak-anak hanya ambil kuahnya saja...hiks!

Selasa, 10 September 2019

Kelas Masakan : Kuih-Muih Melayu

Bertemu lagi....
Semoga semuanya sihat sejahtera.
Kali ini nak sambung cerita kelas masakan yang dihadiri pada 25 Ogos 2019.
Kelas masakan kali ini, Amie paparkan kuih-muih Melayu sebanyak lima jenis.
Nampak macam biasa saja, sebab dah biasa buat sendiri.
Namun begitu, bila kita berguru, dengan tujuan menambah pengetahuan, maka dapatlah apa yang kurang dan perbaiki mana yang 'kurang sedap'.... ahaks!
Seperti sebelum ini, Amie berguru dengan KAK YONG'S COOKIES, yang sentiasa manis dengan senyuman dan dan bermurah hati memberi tunjuk ajar serta petua sepanjang kelas masakan berjalan.
Antara kuih-muih yang kami pelajari termasuklah:
1. Kuih Bom
2. Kuih Keria Montok
3. Apam Gula Hangus
4. Kuih Kaswi Pandan
5. Kuih Cara Berlauk Cheese

Sebelum memulakan kelas masakan, terlebih dahulu Kak Yong menjamu para pelajar minum pagi dengan pelbagai jenis hidangan yang sedap-sedap!

 Dah isi perut, kami pun memulakan aktiviti.

Kak Yong sediakan dua jenis inti kuih bom, iaitu inti kacang merah (gambar atas) dan inti kacang hijau (gambar bawah).


 Setelah dimasukkan inti dan di'sapu' dengan bijan, inilah kejadian kuih bom hasil air tangan kami.

Jom kita goreng kuih bom tadi.

Istimewanya apabila berguru ini, dapatlah memperbaiki kelemahan dan kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini apabila membuat kuih bom di dapur sendiri.

Selepas ini, dah tak rasa takut kalau-kalau kuih bom meletup ketika digoreng! Elok jew Kak Yong tunjuk ajar kepada kami. Sudahlah kuih bom 'merurut perintah' sewaktu digoreng, rasanya pula tersangatlah sedap!

Bila Encik Suami makan, katanya kuih bom ini lembut bahagian luarnya, tidak liat dan keras seperti kuih bom yang selalu dibeli sebelum ini. Huurrmmm.... dah tahu maksudnya tu! Nampak gaya selepas ini kenalah cuba buat kuih bom seperti yang Kak Yong ajar.

 Jom kita belajar buat kuih keria montok pula. 
Sibuklah kami menimbang berat adunan untuk sukatan yang sama.

Terima kasih Kak Yong kerana sudi kongsi pelbagai petua untuk menghasilkan kuih keria montok ini. Kalau nak tahu petua-petua yang Kak Yong berikan, marilah berguru dengan Kak Yong.


Kuih keria montok yang baharu saja disira, dan dikeluarkan dari kuali.

Ini kuih kaswi pandan. Kak Yong kukus dalam acuan kecil. Jadi tak perlu dipotong. Hanya keluarkan dari acuan dan golek-golek atas kelapa parut seperti di bawah ini.


Berbaloi-baloi rasanya belajar apam gula hangus. Dah selalu buat tetapi nak belajar juga. Memang ada berpezaannya dengan apam gula hangus yang Amie biasa buat. Amie biasa gunakan buttercup tetapi Kak Yong gunakan mentega tulen. Rasanya? Teksturnya? Tentulah lebih sedap dan lebih gebu!

Wokey!
Berehat seketika
Kak Yong jamu kami makan nasi lemak sebagai hidangan tengahari.
Alhamdulillah. Nasi lemak lauk sambal telur, sambal ikan bilis dan ayam pandan.
Sampai tak tahu nak sumbat celah mana...sebab kenyang sangat! 

Kita sambung kelas masakan selepas makan tengahari.
Apa ada di bawah tudung kuali di atas dapur tu?
Taraaaaa..... kita belajar buat kuih cara style Kak Yong!

Inilah saat paling menyeronokkan sebab bergotong-royong menyiapkan kuih cara berlauk cheese. Banyak masa dihabiskan di sini kerana menunggu kuih cara masak, selain bubuh lauk dan juga kepingan cheese.

 Tak sabar melihat hasil kuih cara berlauk cheese, melihat cheese yang mula cair dan tunggu dicungkil keluar dari acuan!

 Cantikkan?
Nampak warna-warni seperti sebuah taman kecil!

 
Ini hasil pertama kami!

Dan hasil seterusnya, rupa bentuk kuih cara berlauk cheese kami semakin cantik....hiks!

Memang seronok bakar beramai-ramai, sampai berminyak-minyak muka oleh peluh tapi hati rasa gembira sangat! Maklumlah, beramai-ramai menyiapkannya!

 Wokey!
Cukup-cukuplah tu ambil gambar kuih cara berlauk cheese....ngeeeee!


 Hasilnya pun memang cukup cantik! Heheee... masuk bakul berlubang!

 Inilah sahaja perkongsian Amie untuk kali ini.
Mana tahu, tergerak hati untuk mencuba pelbagai resepi kuih ini di dapur sendiri. Dan sudah pastinya, jika ada kesempatan nak cuba buat kuih cara berlauk cheese, kuih bom dan apam gula hangus!

 Terima kasih Kak Yong, dan juga kawan-kawan kelas masakan yang sporting!
Jumpa lagi di lain masa.