Bismillahirrahmanirrahim.
Perut sudah dialas dengan sedikit sarapan pagi sebelum daftar keluar homestay. Namun begitu sudah tentulah ada yang tidak kenyang terutamanya anak-anak. Kami lambat-lambat sedikit untuk meneruskan perjalanan kerana mementingkan Fuad dan Fairuz cukup rehat. Maklumlah kedua-duanya pemandu kami. Fairuz pula sering kali kami tegur kerana memandu agak laju. Jalan di Malaya bukanlah jalan yang biasa dilaluinya seperti di Kota Kinabalu. Kamu bawa orang, bukan bawa ikan! Itulah teguran kami untuknya. Dan lagi, bukannya kami hendak tergesa-gesa untuk sampai ke satu-satu destinasi kerana tujuan kami untuk bercuti, berkumpul bersama anak-anak. Dalam kenderaan pun sudah satu aktviti mengeratkan hubungan kekeluargaan. Di sinilah kami boleh usik-mengusik dan berkongsi cerita.

| Kupi-Kupi Dulu di Warong Buana Kampung Daing, Pedas Rembau Negeri Sembilan. |
| Di sebelah kanan Warong Buana ada Buana Kita : Glamping & Event. Tentu seronok dapat beraktiviti di sini, percutian glamour dan camping (glamping) - percutian berkonsepkan ala perkhemahan. |
| Bihun Goreng |
Kami tiba di sini sekitar pukul 9:40 pagi. Banyak menu sarapan sudah habis termasuk nasi lemak. Jadi, kami memsan apa yang ada sahaja seperti kuetiaw dan bihun goreng serta roti canai.
| Kuetiaw Goreng |
Roti Canai Sarang Burung
| Minuman panas dihidangkan menggunakan koleh. Memang menggamit nostalgia lalu. |
Roti Canai Sarang Burung Sebiji.
Sewaktu kami tiba di sini, warung penuh dengan pelanggan.
Setelah selesai sarapan, tengok kiri dan kanan, warung mula lengang.
Mungkin tempoh waktu bersarapan sudah sampai ke penghujungnya dan pukul 11 pagi nanti beralih pula untuk makan tengah hari.
| Perut Firdaus sudah nampak gendut! |