Ayam Goreng Berlada Pedas Berapi & Kerabu Pucuk Paku
4:47 PTGHari ini masak lauk kering-kering saja. Seperti biasa, masak tengahari sekali harung untuk makan petang / malam. Masak sekali, makan dua kali. Senangkan?
Selepas Zohor, kami makan bertiga bersama Firdaus. Fairuz masih di Kota Kinabalu. Katanya, buat masa ini tidak banyak bekalan ikan yang diperoleh dari Semporna. Jadi mereka beralih arah mencari bekalan ikan di bahagian Kudat pula. Oleh kerana mereka sudah mula menyewa apartment di Garden Condominium, jadi tidak perlulah lagi Fairuz selalu berulang-alik ke Lahad Datu.
Kadang-kadang kasihan juga dengan Encik Suami. Mungkin rasa sunyi atau rasa rindu dengan anak-anak sehingga lewat malam pun masih ingin bertanya khabar mereka. Malam tadi, walaupun sudah lewat pukul 11, seorang demi seorang ditelefonnya. Selepas telefon Abang Farid, di telefonnya pula Fuad dan yang terakhir sekali, Fairuz. Semuanya belum tidur. Terasa lucu juga, sebab sebelah siangnya kami sekeluarga sudah bervideo call.
Huurrmmm... itulah hati seorang bapa. Kita tak tahu apa yang bersarang di dadanya. Orang kata kasih ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah sepanjang masa.
Jom kita lihat menu hidangan tengahari kami hari ini. Apa lauk yang kering-kering itu? Dalam setalam hidangan ada:
- nasi putih
- kerabu pucuk paku
- ayam goreng berlada
- ikan masin keropok
- ikan sulig goreng
- nanas
Hidangan Makan Tengahari. |
Ikan Masin Keropok. |
- 2 kepingan ayam bahagian peha - potong 4 setiap bahagian - gaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit - perap seketika
- 2 batang serai - diketuk
- 3 helai daun limau purut - buang urat belakang
- 2 keping asam gelugor
- gula perang / garam / perasa pilihan
- minyak
- 20 biji cili padi
- 2 biji cili merah
- 5 biji cili hijau
- 3 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah
- 1 cm halia
- Goreng ayam hingga masak. Angkat dan toskan.
- Tinggalkan 4 sudu besar minyak bekas gorengan ayam dalam kuali.
- Masukkan serai, diikuti dengan bahan kisar.
- Gaul rata dan masukkan asam keping serta gula perang secukup rasa.
- Setelah tumisan terbit minyak, masukkan ayam goreng, diikuti dengan daun limau purut.
- Taburkan garam / perasa pilihan secukupnya.
- Gaul beberapa kali dan padamkan api dapur.
Bahan-bahan:
10 batang paku pakis - ambil pucuk dan batangnya yang muda serta daun-daunnya - celur
1 cawan parutan kelapa
1/2 biji bawang besar - hiris
garam / gula / perasa pilihan
1 sudu besar jus limau kasturi
Bahan tumbuk / kisar:
3 biji cili merah
3 ulas bawang putih - goreng
3 biji bawang merah - goreng
1 sudu kecil belacan - goreng
1 sudu besar udang kering - rendam hingga lembut
Cara:
1. Dalam sebuah mangkuk besar, masukkan bahan tumbuk / kisar, kelapa, garam / gula / perasa pilihan. Gaul sebati.
2. Seterusnya masukkan paku pakis, hirisan kacang panjang dan bawang besar.
3. Tuangkan jus limau kasturi.
4. Gaul semua bahan.
5. Hidangkan.
22 comments
Wahm..lauk taste saya ni kering-kering macam ni.
BalasPadamSedap tu makan time hujan pulak..KL panas membahang beberapa hari ni..
Menu akak kali ni mmg citarasa tekak saya la haaha... Adoii ni yg tetiba lapar gila ni��
BalasPadamKita ni kan, lauk kering macam ni pun suka, lauk basah sampai banjir pun suka, dua2 boleh buat periuk nasi bocor 🤣🤣🤣
BalasPadamsedapnya ayam balado tu. mkn 1 lauk tu je pon dh ckup. ni tmbh lg dgn ikan, msti lagi sedap
BalasPadamkita pun suka ayam goreng balado ..
BalasPadamDapat kerabu pucuk paku dengan ikan goreng punnnn dah sedap dah kak amie
BalasPadamkerabu pucuk paku? lom pernah buat lagi
BalasPadamSedap2 belaka
BalasPadamselamat menjamu selera
Ayam berlado memang sedap. Tak pernah tolak walaupun waktu tak ada selera. Menu kering2 macam ni Syu selalu masak untk bekal mkn dlm kereta. Senang, x comot
BalasPadamfuh pedas berapi..saya tk bole mkn kalo pedas sgt
BalasPadamsedapya kerabu pucuk paku nsemua hidangannya
BalasPadamBerangan makan di rumah Kak Amie. Lauk yang jarang dimasak di rumah saya. Hehe.
BalasPadamsemua menarik
BalasPadamtergodaaa tgk pucuk paku tu
Abe Kie suka menu spt ni. mcm ala-ala selera kampung gitu!
BalasPadamP.S. Tahniah kerana anda terpilih sebagai salah seorang pemenang 'Abam Kie Birthday Giveaway'! Untuk maklumat lanjut sila klik link di bawah. Terima kasih dan harap maklum.
http://www.zukidin.com/2021/06/keputusan-happy-birthday-giveaway-by.html
pucuk paku tu sedapnya..dah lama tak makan pucuk paku..susah nak dapat
BalasPadamgoreng lada memang sedap kak amie..tambah dengan lauk pucuk paku kan, memang padu..hehe.Alhamdulillah, rezeki :)
BalasPadamDah pedas, berapi lagi tu.. Memang sedap.
BalasPadamYa allah,.menu macam ni la buat makan bertambah- tambah kan kak amie
BalasPadamIkan kering keropok tu sedapnya lawan dengan sambal belacan. Aduhaiiiii kecur tenguk
BalasPadamHati seorang ayah mmg begitu kak. Dia yang call dia suh ibu yang suh tanya.haha
BalasPadamSedapnyaaaa lauk niii. Sejak ada budak kecik ni.. semua lauk kite yang jenis xpedas. Huu
Wahhh lauk kering2 mcm ni pun sedap sesangat Amie..kerabu pucuk paku tu..ikan kering grg..waduhh
BalasPadamCara saya lain pulak. Masak siang lain makan malam lain sebab suka makan makanan masak fresh dan selera berubah ubah. Tapi kalau malas, sekali masak je untuk 2 meals. Ikut keadaan tapi mostly menu lain lain.
BalasPadamKasih ayah, begitulah. Sentiasa fikir keadaan anak anak kalau tak ada depan mata.
Tiga tiga menu tu favourite saya. Cuma ikan masin keropok tu susah nak dapat. Nak masak pun husband tak makan.