Kiriman Dodol Durian Dari Blogger Anies

by - 10:30 PTG

Alhamdulillah. Hari ini, lebih kurang pukul 12 tengahari Amie dapat kiriman rezeki dodol durian yang tak disangka-sangka! Terima kasih yang tak terhingga  buat ANIES. Dari jauh bungkusan diterbangkan melintas Laut China Selatan. Ya Allah! Rasa sangat terharu menerima kiriman istimewa ini. Indahnya persahabatan maya! Mudah-mudahan terus erat ukhuwah antara kita semua.

Kak Amie abadikan kiriman dodol durian itu di sini ye Dik Anies. Nampak comel sangat sampai rasa sayang nak makan.

Dodol Durian


Cantikkan rupa dodol durian ini.
Terasa seolah-olah sedang menyambut hari raya eehhh! Memang masih bulan Syawal kan?
Kiranya kehadiran dodol durian ini melengkapkan sambutan rayalah sebab tahun ini Amie tidak ada dodol!


Firdaus tak sabar ingin buka penutup dodol. Amie sangka anak kecil begini tak pandai makan dodol! Gigitan pertama terus dikunyah dan ditelan! Tidak lama kemudian Firdaus minta lagi satu bekas.


Rasa dodol durian ini memang sedap. Tidak terlalu manis, dan terasa kesegaran aroma durian.
Sebelum entri ini ditulis, sempat kira sudah 7 bekas dodol durian kami kosongkan! Firdaus memang makan bersungguh-sungguh. Bagus dik! Yang moden pun Firdaus suka, yang lama pun boleh diterima. Inilah salah satu kuih tradisional kita yang diwarisi dari nenek moyang sejak zaman-berzaman!



Terima kasih Anies. Moga rezeki terus mencurah datang bagai air terjun mengalir laju dari pergunungan. Sebelum mengakhiri entri ini, sempat terdengar suara Encik Suami berkata :
Dodol dari mana ni? 
Kita tanya pula: Sedap tak? 
Jawab Encik Suami: Sedap. Dodol durian kan?


You May Also Like

42 ulasan

  1. Cute je dodol durian tu duduk dalam bekas macam tuuuuuu.
    Sedapppp tuuuu firdaus makan hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap. Lembut kenyal, tak manis sangat.

      Padam
  2. dodol dr melaka ke tu kak? lamanya x mkn... yg pandan pun sedap.. suka firdaus mkn dodol durian.. sama mcm alan dan awan.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, dodol Melaka. Haaa... ada kawan dodol rupanya Firdaus ni.

      Padam
  3. Amboi senyap-senyap Anies hantar dodol durian.
    Pek kecil-kecil senang makan. Nampak licin dodol durian itu.
    Moga murah rezeki Anies.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cantikkan dodol tu, macam baru dipek tu rasanya.
      Aamiin mudah-mudahan murah rezeki untuk Anies dan kita semua.

      Padam
  4. Wah... sedap tu dodol durian. Nampak comel pula dodol bila dimasukkan dalam bekas kecil-kecil mcm tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Bersih jew, nak makan pun senang.

      Padam
  5. Dodol jika dibuat kecil-kecil macam ni, sedap dimakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, dua tiga kali gigitan tu setiap bekas. Sedap dan senang nak makan.

      Padam
  6. Ayu & comelnya bekas ❤️tu.Bekas dodol tu pun cute sangat.Benarlah janji Allah sedekah taknakan pernah mengurangkan,malah menambahkan lagi rezeki...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang menarik bekas dodol tu, yang memandang pun jadi terpikat.
      In shaa Allah, rezeki Allah tidak pernah mungkir.

      Padam
  7. Jauh dodol tu terbang merentas sempadan. Firdaus dah boleh jadi duta mempromosikan dodol. Dia makan buat saya rasa macam nak cari dodol sekarang juga :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Dodol durian selamat mendarat, dua kali naik kapal terbang.
      Memang sedap dodol durian tu. Farrah kena cari juga heheheee.

      Padam
  8. dapnya daus mkn dodol durian

    BalasPadam
    Balasan
    1. Daus kata, jemput makan dodol Auntie PI :)

      Padam
  9. Comelnya bekas dodol tu. Dodol durian memang le sedap tapi dodol kalau baru buat memang sedap...kenyal dan lemak serta rasa dodol yang yummy...alahaiiii macam kena cari je bila dah habis pkp

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, sudahlah duduk dalam bekas comel, rasa dodol tu memang sempurna, kenyal lemak manis cukup rasa.

      Padam
  10. jauhnya terbang
    raya wajib ada dodol,tak sah kalu x ada he hee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, itulah salah satu kuih warisan untuk raya. Alhamdulillah, di awal raya tak berdodol, di hujung-hujung raya dodol sampai juga. Rezeki Allah.

      Padam
  11. wah dpt dodol durian..senang nk mkn dlm bekas kecik2 camni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan, dodol tu pun elok jew tak melekat langsung.

      Padam
  12. Sedap tengok Firdaus makan. :)
    Dodol durian ni, saya panggil lempuk. Dulu zaman kecik, bila balik raya di kampung bapa di Segamat, Johor, selalu jumpa lempuk. Lempuk zaman dulu, dia letak dalam daun... daun apa pulak, dah lupa. Daun tu, bila kering, dia jadi putih dan kering. Tapi memang sedap la, lempuk tu. Sekarang dah tak jumpa dah lempuk dalam daun. Orang letak dalam bekas je, macam ni. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oooo Nur panggil lempuk ye. Kami pun ada panggil lempuk juga tapi durian yang ditambah gula lepas tu dimasak sampai pekat beku.

      Padam
  13. lamanya tak makan dodol, suka letak dalam peti ais dulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum pernah letak dodol dalam petia ais. Nanti nak cubalah.

      Padam
  14. wah, sedapnyaaaa dodol tuu

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah dapat dodol...sedap tu dodol durian..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap, harum aroma durian, cantik pula kan.

      Padam
  16. Baru-baru ni dapat hamper ada dodol, sebiji macam ni la,.. tapi empat ketul aje, comel giler, nak makan sayang tapi tak makan lagi sayang 😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Daripada dipandang baiklah dimakan hihihiii. Tinggal satu bekas jew lagi dodol kami. Firdaus simpan, takut orang lain makan.

      Padam
  17. Rajin Anies mengacau dodol. Hehe. Tahniah kak Amie. Jauh terbang tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Banyak tenaga Anies tu hihihiii, siap bagi sayap kat dodol untuk terbang ke LD.
      Tq Sal.

      Padam
  18. sukanya daus dgn dodol. mmg susah nak cari dodol, kecuali time raya.

    BalasPadam
  19. Kalau dodol kan kak amie, SA suka yang cair2 lepas masak tu...sedapnyaaa...kalau dah beku SA kureng skit...

    BalasPadam
  20. Banyaknyaaa dodol.. seronok firdaus mkn ya hehehe.

    BalasPadam
  21. Alhamdulillah..dapat rezeki dari jauh kiriman tu. Wahh moden dah bungkusan dodol mini. Biasa nampak dalam bentuk segitiga tu. Sekarang dah letak dalam bekas mini ni. Tak sangka pulak Firdaus ni suka makan makanan tradisional. Bagus Daus suka makanan tradisional dan moden jugak. Nampak bersungguh betul makan tu.

    BalasPadam