~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang )
Pakej Percutian Murah Bukit Tinggi dan Padang dan Sewa Kereta Murah
Bismillahirrahmanirrahim.
Lama tidak bercerita tentang jalan-jalan ke luar negara. Dua hari lepas, Pak Herman dari Padang berkongsi info perkembangan pelancongan di Sumatera Barat. Menurut Pak Herman awal Disember 2022, tiket penerbangan AirAsia dari Kuala Lumpur ke Padang sudah dibuka. Katanya lagi, bolehlah nanti Amie bantu promosikan syarikat pelancongan miliknya: ASL Tours & Car di medsos.
![]() |
| Pakej Percutian Murah ASL Tours & Car |
![]() |
| Sewa Kereta Murah di Padang |
Kami sangat berpuas hati dengan khidmat dari syarikat pelancongan Pak Herman, dan sebenarnya kami sudah merancang untuk meneroka lagi alam Minangkabau. Namun begitu buat masa terdekat ini masa dan keadaan kurang mengizinkan kerana ada komitmen lain. In syaa Allah pada masa akan datang, kami akan memilih khidmat Pak Herman untuk meneroka sebahagian lagi daerah di sana.
Boleh sewa kereta milik syarikatnya juga jika ingin memandu sendiri. Menurut Pak Herman, murah saja sewanya. Jadi, bolehlah runding-runding dengan beliau.
Boleh sewa kereta milik syarikatnya juga jika ingin memandu sendiri. Menurut Pak Herman, murah saja sewanya. Jadi, bolehlah runding-runding dengan beliau.
Google : Keindahan Alam Minangkabau
Antara gambar-gambar yang dikirm oleh Pak Herman.
Video kenangan kami bercuti di Bukit Tinggi Padang.
Kami datang untuk merehatkan fikiran, kami pulang dengan seribu satu kenangan. Gunung Singgalang dan Marapi seakan menggamit kami agar datang lagi. Lembah Harau dan Kelok 44 menuju ke rumah kelahiran Buya HAMKA, menikmati masakan Padang di tengah sawah nan menghijau, membeli belah kain sulam, Tasik Maninjau yang tiada duanya terpahat dalam ingatan. Berkunjunglah ke negeri penuh adat, dengan penduduknya yang sentiasa berbudi bahasa agar kita dapat mengenali akar budaya Melayu Nusantara.
Sila berunding dengan Pak Herman yang baik budi.
Hermann Hollande : +62812-6784-9399.
FB: Hermann Hollande
Anda pasti akan berpuas hati dengan khidmat pelancongan beliau.
Boleh lawati entri percutian kami di sini: BERCUTI KE BUKIT TINGGI, PADANG SUMATERA BARAT
![]() |
| Hermann Hollande |









