Mengimbas kenangan lalu ketika berkunjung ke Surabaya:
Bukan setakat 2 kali, 7 kali pun Amie mahu ke sana lagi! Banyak kali ajak Encik Suami ke sana, nak bawa anak-anak masuk kebun epal, tengok pokok epal, dan petik buah epal tetapi Encik Suami tak mahu. Rupanya bukan semua orang yang punya kaki suka jadi 'kaki jalan'!
Tahun 2016 : Gang kaki jalan - Nano, Jusna, Cikin & Kemi.
Tahun 2016 : Kesejukan mencengkam sampai ke tulang sum-sum ketika menanti matahari terbit di Puncak Penanjakan untuk melihat suasana Bromo sunrise. Tak sedar meleleh sesuatu dari hidung yang kebas kesejukan!
Tahun 2016 : Hanya dapat merakam gambar ini sahaja kerana ketika itu cuaca mendung dan tidak dapat melihat matahari terbit.
Tahun 2016: Bermalam di Bromo Permai. Sejuknya ya ampuuunn!
Tahun 2016 : Bangun pagi di Bromo Permai, boleh melihat pemandangan Gunung Batok di seberang jalan.
Tahun 2019 : Bermalam di Bromo View Hotel. Suhu normal. Tidak sejuk seperti di Bromo Permai. Tidak ada pemandangan pergunungan Bromo di sekitarnya.
Tahun 2019: Detik-detik indah akhirnya dapat dirakam sepenuhnya! Tak sia-sia bangun seawal pukul 1 pagi untuk bersiap, seterusnya menaiki jeep menuju ke Penanjakan. Kali ini cuaca baik, tidak mendung. Dapatlah melihat matahari terbit!
Ketika ini suhu tidaklah begitu sejuk seperti waktu kami datang pada 2016 kerana menurut pemandu pelancong, daerah ini sudah 7 bulan mengalami kemarau!
Syukur Alhamdulillah diberi peluang melihat alam nan indah ciptaan Yang Maha Esa!
Tahun 2016: Makan tempe goreng paling sedap di dunia ketika turun dari puncak Penanjakan. Sayangnya, kali kedua datang ke sini, tempe goreng ini tidak dijumpai lagi. Puas mencari, tapi tak ada rezeki!
Tempe goreng dalam kenangan!
Sampai sekarang teringat-ingat keenakannya dan belum jumpa rasa yang sama!
2016 : Di kaki Gunung Batok. Rasa dingin sekali!
2019 : Berdiri di kaki Gunung Batok, suhunya tidak sedingin dulu. Berpeluh pula pakai baju sejuk.
Pertama kali naik kuda padi.
2019 : Biarlah yang lain naik kuda menuju ke kawah gunung berapi. Ada tarikan lain yang menyebabkan Amie tidak mahu ke sana!
Ini pula nasi dicampur jagung.
Pelanggan mengambil sesenduk nasi putih, sesenduk nasi dengan jagung kuning dan sesenduk nasi jagung putih. Kemudian mereka tambahkan lauk kegemaran masing-masing seperti sayur, ikan masin dan juga telur serta sambal belacan. Sekali pandang tidak ada bezanya seperti kita makan nasi dengan pelbagai lauk-pauk!
Inilah di antara pemandu-pemandu jeep yang membawa penumpang ke Puncak Penanjakan dan seterusnya ke kaki Gunung Bromo. Sementara penunggu para penumpang menunggang kuda ke kawah gunung berapi, mereka berehat seketika untuk mengisi perut.
Gambar atas dan bawah : Tempat yang sama tetapi suasana sudah berbeza. Mengabadikan kenangan di Padang Savanah berlatarbelakangkan Bukit Teletubbies.
Gambar atas :2016
Gambar bawah :2019
2019 : Padang Savanah sudah kehilangan rumputnya akibat kemarau panjang, dan Bukit Teletubbies kehilangan seri warnanya!
Tempat seterusnya yang paling dinanti untuk didatangi sudah tentulah ladang epal di Malang.
Nakal sungguh pengunjung yang datang! Ditinggalkannya bekas gigitan epal. Rasanya ini bukan bekas gigitan tupai atau burung!
Rasa nak duduk lama-lama di bawah pokok epal dari pagi sampai petang! Boleh makan epal secara percuma di kebun ini. Kalau nak bawa balik, petik saja, kemudian timbang dan bayar.
Gambar di atas dirakam pada tahun 2016.
Sekarang kita lihat pula gambar tahun 2019. Kunjungan ke kebun epal di Malang juga tetapi di kawasan lain.
Bunga epal warna putih, buahnya hijau.
Bunga epal warna merah, buahnya merah.
Lebat sungguh buah epal!
Sesungguhnya kami seperti rusa masuk kampung!
Terheran-heran!
Bukan selalu berpeluang menikmati suasana sebegini!
Jadi, ambil kesempatan ambil gambar selagi ada masa!
Cukuplah!
Nanti datang lagi. Pujuk lagi Encik Suami ikut sekali dengan anak-anak. Kalau boleh nak berlama-lama di Malang saja.
Tahun 2016 hanya sempat naik sampan di Pasar Apung. Tahun 2019 dapat bergaya ala-ala pelumba Formula 1 Sepang di Museum Angkut Racing Corner!
Perasan jadi Amie Shumacher kejap hihihihhh!
Seronok-seronok jew.
Memang seronok pun.
2019 : Gang kaki jalan - Salawati, Dayah & Kamsiah.