Ubi Kayu Rebus Cecah Kelapa Parut
6:22 PTGHari ini sekejap hujan sekejap mendung. Gelap saja suasana di luar rumah. Apabila Amie lihat suhu menunjukkan angka 28'C. Suhu tertinggi pada hari ini ialah pada tahap 33'C dan suhu terendah ialah 23'C. Masuk dapur nak sediakan minuman petang pun kena buka lampu sebab gelap.
Wokey!
Siaplah ubi kayu rebus dengan kelapa parut dan satu kole kopi hitam Cap Kuda Terbang dari Padang.
Kelapa parut kali ini sangat istimewa kerana hampir 3 hari minta Encik Suami belikan, tapi tak juga sampai ke dapur. Sejak Taman Seri Perdana menjalani PKPD, tertutuplah juga pasar tempat kami selalu membeli barang basah. Coldstorage di taman perumahan kami pula sudah lebih 2 minggu ditutup. Khabarnya ada kes Covid-19 di situ. Encik Suami kata, susah sedikit untuk ke bandar LD untuk tembus ke pasar sebab ada SJR dan berlaku kesesakan trafik di sana sini.
Tengahari tadi, Encik Suami jinjing satu bekas berisi kelapa parut. Rupanya Encik Suami singgah ke kampung dan minta anak buah kutip kelapa di kebun. Encik Suami parut sekali di kampung gunakan mesin kelapa.
"Ini 4 biji kelapa," beritahu Encik Suami.
Ubi Kayu Rebus & Kelapa Parut |
Dalam suasana suram dan sejuk-sejuk manja, kami bertiga bersama Firdaus minum petang di dapur. Selain kelapa parut, Amie hidangkan ubi kayu rebus dengan sambal tomato. Amie sangka Firdaus tidak berminat untuk jamah ubi kayu rebus sebab sudah makan roti dan burger. Rupanya Firdaus ikut makan ubi rebus dan nampak suka sangat makan dengan kelapa parut! Ubi kayu rebus belum habis, Firdaus habiskan dahulu kelapa parut!
Amie gunakan 2 cawan kelapa parut. Tambahkan 1 sudu besar gula pasir dan secubit garam. Agaknya sedap betul makan ubi kayu rebus yang masih panas cecah kelapa parut lemak-lemak manis masin-masin manja gitu.
Minum Petang : Ubi Kayu Rebus, Kelapa Parut, Sambal Tomato & Kopi Cap Kuda Terbang |
10 comments
Syoknya layan ubi kayu rebus vs kopi O.Kelapa segar pulak tu..Esok macam nak sahaja turun ke bumi mencari bekalan ubi & pisang..Kalau dapat daun pisang ke sekali best juga...hihihi
BalasPadamWah! Seronoknya sesekali jejak kaki ke bumi di musim PKP ini. Mudah-mudahan bertambah sihat orang duduk kayangan ye.
PadamDengan cuaca yg sebegitu, memang layyan makan ubi kayu rebus ni.
BalasPadamSedap ubi rebus. Tak pernah lagi cuba makan dengan kelapa parut. Biasa makan dengan sambal je. Istimewa tu selepas 3 hari tak dapat. Akhirnya dapat 4 biji terus. Rezeki sekali dapat banyak. Bagus Daus suka makan jugak makanan tradisional. Kopi wajib ada :)
BalasPadamKebetulan...Saya pun baru mencabut ubi kayu di belakang rumah..
BalasPadamsuka ubi kayu ngan kelapa parut..slalu ltk extra gula hehe
BalasPadamWalau bagaimana masak ubi rebus saya tetap suka layan dengan sambal tumis dan ikan kering. Kopi cap terbang tu best ke. Lepas minum rasa nak terbang ke. hehehe
BalasPadamSedappnya makan time cuaca sejukkk! Kadang saya buat sira hehehe, memang sedappp!
BalasPadamSA x boleh makan ubi dan apa je bergelar ubi...sebab ada mild asthma..angin tu laju je naik sampai x leh bernafas..apapun terbaik menu ni...kadang cuba2 jugak makan...tapi mengidap la lepas tu
BalasPadamMemang biasa makan ubi rebus dengan kelapa parut.
BalasPadamWah sibuk betul Puan Amie bekerja dari rumah.