Ayam Palekko Makan Sama Buras

12:02 PTG

Pagi ini rasa stress sikit. Tiba-tiba rasa sakit kepala sewaktu menyusun modul KSSM SPM 2021 untuk latih tubi bulan September nanti. Walaupun masih banyak masa, tapi kena siapkan lebih awal supaya tidak terlupa atau kelam kabut apabila sampai waktunya. Bukan apa. Nak minta quatation  di kedai untuk cetak beratus modul, dan isi nota minta pun satu hal di musim PKP 3.0 ini.

Malam tadi sudah susun jadual waktu kerja untuk hari ini. Tidur awal. Bangun awal. Sediakan sarapan awal. BDR diawalkan satu jam untuk memberi laluan Google Meet yang mengganggu kerja BDR pada pukul 9 pagi. Laporan BDR akan dibuat sebelah petang nanti. 

Awal pagi sudah siap masak Ayam Palekko. Semerbak aromanya memenuhi ruang dapur. Ketika membuka tingkap dapur, agaknya kalau jiran terbau, terus terjaga dari tidur sebab aroma masakan Bugis pagi-pagi lagi menerjah masuk ke rumah mereka.

Encik Suami balik dari membeli-belah sarapan pagi. Apabila diberitahu kita agak sibuk pagi ini, cepat-cepat dia lari ke warung mencari makanan untuk alas perut. Di atas meja dapur, tersusun hasil dari warung:

  • buras
  • kuih penyaram
  • karipap
  • mee hoon goreng
  • nasi goreng
  • ayam goreng
Tiba-tiba dapat mesej, Google Meet dianjak ke pukul 10:30 pagi.
Baiklah. Boleh teruskan BDR.
Pukul 10:30 pagi.
Tiba-tiba dapat mesej Google Meet dianjak lagi ke pukul 1 tengahari.
Baiklah.
Sambil menunggu hasil tugasan dihantar murid, kita pun cetak modul sebanyak 95 muka surat. Seperti biasa gunakan printer sendiri, kertas sendiri dan ink sendiri. Oh! Kali ini dakwat itu Encik Suami yang beli untuk kegunaan mencetak slip gaji pekerja dan lain-lain urusan kontraktor. Minta sikit ... ahaks!
Tiba-tiba dapat mesej Google Meet dianjak sekali lagi ke pukul 2:30 petang!
Terus datang migrain!
Minta Firdaus ambilkan segelas air suam dari penapis air di dapur.
Habis segelas, minta ambilkan lagi.
3 gelas minum air suam.
Badan berpeluh.
Kepala terasa ringan sedikit.

Berehatlah sekejap.
Jom masuk dapur. Kita tengok Ayam Palekko yang Amie masak awal pagi tadi. Ayam Palekko juga dikenali dengan nama Nasu Palekko. Asalnya, bahan yang digunakan ialah itik. Oleh kerana susah nak dapat itik, bolehlah gunakan ayam. Biras Amie biasanya gunakan ayam pencen atau ayam kampung. Amie gunakan ayam daging. Palekko bermaksud periuk tanah. Nasu Palekko atau Ayam Palekko bermakna ayam yang dimasak dalam periuk tanah. Mana nak cari periuk tanah? Kita gunakan kuali sajalah sebagai pengganti periuk tanah.

Di mana-mana pun kalau Amie makan Ayam Palekko mesti kena bersedia dengan rasanya yang sangat pedas! Apa tidaknya. Cili padi merupakan salah satu bahan wajib untuk menghasilkan masakan ini. Sudahlah pedas dengan cili padi, ditambah pula dengan lada putih! Dapat bayangkan tak macamana tahap kepedasannya?

Kalau tak boleh tahan pedas, boleh kurangnya jumlah cili padi.
Apa pun, itulah keunikan masakan yang bernama Ayam Palekko atau Nasu Palekko. Kalau tak pedas cili padi, tak tahulah apa nama boleh diberi.
Ketika dimasak, memang terbit aroma yang semerbak dari bahan perencah termasuk serai, halia dan kunyit hidup ditambah pula dengan daun limau purut!

Dan satu lagi, kalau dah tahu nak makan pedas, jangan lupa sediakan air minuman panas! Barulah nanti sedar, langit itu tinggi atau rendah.....hahahahahaa!

Ayam Palekko


Ayam Palekko & Buras


Buras Nasi

Buras Pulut

Serunding kelapa & ikan bilis.

Kuih penyaram.



Jom lihat resipi Ayam Palekko @ Nasu Palekko di bawah ini. Amie gunakan cili padi merah, kunyit hidup, serai dan halia. Kalau gunakan cili padi hijau, warna Ayam Palekko hijau kekuningan. Boleh masukkan daun salam, tapi Amie tak ada daun itu. Nasu Palekko ini selain dimakan dengan buras, sedap dimakan bersama nasi putih juga.

Bahan-bahan:
  • 500 gram ayam - potong kecil-kecil
  • 2 batang serai - ketuk
  • 4 helai daun limau purut - tarik tulang belakang - ramas
  • 1 sudu kecil pati asam jawa - bancuh dengan 3/4 cawan air
  • 4 sudu besar minyak
  • garam / gula / perasa pilihan
Bahan tumbuk / kisar:
  • 1 genggam cili padi
  • 3 ulas bawang putih
  • 7 biji bawang merah
  • 2 cm kunyit hidup
  • 2 cm halia
  • 2 sudu kecil lada putih
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Tumis serai dan bahan kisar  hingga terbit minyak.
  3. Masukkan ayam.
  4. Gaul rata.
  5. Tuangkan bancuhan air asam jawa. Biarkan mendidih.
  6. Perlahankan api dapur.
  7. Setelah ayam empuk, dan kuah mulai pekat masukkan daun limau purut, garam / gula /perasa pilihan secukupnya.
  8. Kacau beberapa kali dan biarkan seketika sebelum padamkan api dapur.
Buras & Ayam Palekko


Hilang dah rasa sakit kepala. Jumpa lagi.
Sudah pukul 12 tengahari.
Waktu Zohor di LD hari ini pukul 12.11 tengahari.
Nak solat dulu.
Kemudian sambung BDR, buat laporan.
2:30 Google Meet.... itu pun kalau tak ubah masa lagi!

20 comments

  1. Oohh kuih panyaram tu kalau kt sini kuih jawa...

    BalasPadam
  2. Huhuhu,ingatkan saya jer yang mudah stress.Tengah manage kerja malam tadi diserang sakit dada.Ingat dah sampai ajal dah malam tadi..huhuhu,semoga Allah matikan kita dalm hasnul khotimah

    Burassssss....i like it..!

    Penyaram tu cantik kejadiannya,bibir seksi macam Angelina Jolie..
    En Majid memang peminat mee hoon yer..hihihi

    Wah,seronoknya waktu Zohor awal...

    BalasPadam
  3. Kalqu suka betul masakan pedas. Boleh bayang berpeluh-peluh makan tapi terus suap nasi ke dalam mulut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada tertinggal perkataan saya sebelum kalau.

      Padam
  4. Kalau tak bagitau palekko nampak macam rendang ayam lah pulak apa lagi dengan cili api dengan lada putih pergg berasap le

    BalasPadam
  5. Buras tu burasak ke? Ayam palekko tu nampak sedap. Mcm rendang ayam nampaknye

    BalasPadam
  6. Ya ampunnn..berapa kali nak postpone dia meeting. Dari pagi membawa ke petang. Mahunya tak stress migrain terus. Mencabar betul bila meeting online dengan BDR lagi. Siapkan modul lagi. Bertabahlah Kak Amie. Dapat rasakan bau tumisan serai halia kunyit tu. Macam ayam masak kunyit pun ada ni. Dapat masak guna periuk tanah liat mesti dapat rasa yang authentic Ayam Palekko.

    BalasPadam
  7. Amboi...banyak kali postpone google meetnya ye kak..kalau SA pun akan pening kepala...

    BalasPadam
  8. walaupun sibuk bdr tp menu kak amie ttp x mengecewakan.. kalo sy bila dh penat tu terus order je.. hihihi

    BalasPadam
  9. Macam-macam makanan ada. Meriah.

    BalasPadam
  10. Kalau saya pun stress, meeting asyikk postpone huhuhu.
    Ayam palekko first time dengar. Kuih penyaram tu macam akok tapi takde kedut kedut macam akok hehehe

    BalasPadam
  11. disebabkan BDR.. senang2 ja timing berganjak kan .. hahah

    BalasPadam
  12. Berapa kali anjak GM tu, memang boleh migrain la dibuatnya bila kita dah susun jadual siap2, apapun ayam palako tu tertarik pulak kita bila Kak Amie sebut pedas pedas pedas, nak pulak hirup air panas lepas makan pedas, berdesing tapi nikmatnya ya Tuhannnn

    BalasPadam
  13. masuk blog admin ni bru saya tau nama2 kuih and maknan lain. hehe nnti boleh try cari or buat. terima kasihh
    oem malaysia
    kilang oem
    kilang oem malaysia
    oem malaysia

    BalasPadam
  14. Sakit kepala sebab makan lambat kot kak. Tapi kalau saya pun kerja dok tangguh-tangguh gitu boleh stress

    BalasPadam
  15. Boleh bayang betapa berpeluh-peluhnya ketika makan hidangan ini.. hehehe..

    BalasPadam
  16. menariknya ayam palekko ni. nk cuba buat la bila2 nnti. nmpk mcm boleh buat ni. hehe..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe