Bismillahirrahmanirrahim.
Tidak terasa masa berlalu begitu pantas. Tiba-tiba hari ini sudah masuk hari ke-18 kita berpuasa. Bermakna tinggal seminggu lebih sahaja lagi kita akan menyambut Aidil Fitri, in syaa Allah.
Fairuz hendak makan Sup Gear Box. Katanya hendak sedut sumsum lembu yang lembut dan berlemak dalam tulang sendiri kaki lembu. Amie renih seketul tulang gear box dalam slow cooker. Seperti biasa, selepas tekan butang slow Amie masuk bilik dan tidur. Biasanya tidur tidak lena apabila terbau aroma sup yang menerjah dari dapur sehingga masuk di celah pintu bilik!
Encik Suami tidak menjamah Sup Gear Box sebab sedang dalam proses diet makan. Itu sebabnya Amie selalu sediakan salad campur untuknya. Biasanya Encik Suami hanya makan nasi dengan sayur rebus, ayam atau ikan kukus sahaja.
Selain Sup Gear Box idaman Fairuz, Amie masak nasi dengan lauk:
- Ikan Tilapia Goreng
- Telur Masin
- Sayur Pucuk Paku & Taugeh Masak Lemak
- Sambal Siram Minyak Panas
| Nasi Putih |
| Sayur Lemak Pucuk Paku & Taugeh |
| Ikan Tilapia Goreng & Telur Masin |
| Sambal Siram Minyak Panas |
| Dumpling Kimchi |
| Jus Tembikai |
| Salad Campur |
Sewaktu hari pertama mendapat rawatan di hospital, berat Encik Suami 79 kg. Sekarang berat Encik Suami 59 kg setelah Amie jaga diet pemakanannya lebih kurang dua bulan. Petang tadi Encik Suami beli baju raya. Dari saiz XL pada tahun lepas, bertukar kepada saiz M!
Dengan penurunan berat badan, diet yang seimbang dan senaman yang konsisten diharapkan agar kesihatan Encik Suami bertambah baik.