Rindu Seorang Adik!
8:00 PTGKami patut bersyukur kerana Firdaus jenis anak yang tidak menyimpan perasaan seorang diri. Adakalanya Firdaus menangis kerana rindukan abang-abangnya. Firdaus faham Abang Farid dan Fuad jauh di Malaya tetapi Firdaus tidak dapat terima Fairuz yang sudah sekian lama tidak pulang ke rumah. Dengan mulutnya yang becok dan banyak cakap, kami layan sahaja sebab tidak mahu dia rasa kesunyian.
Kalau boleh 24 jam minta kita layan dia, dari bangun pagi sehinggalah masuk tidur waktu malam. Baca doa sebelum tidur pun dia kongsi separut-separuh dengan kita. Dia baca satu kalimah dia suruh kita sambung satu kalimah lagi!
Petang tadi, Firdaus minta Amie buatkan sandwich untuk dia. Encik Suamilah yang keluar mencari roti dan bahan-bahan lain. Bukan main seronok Firdaus apabila Amie ajak buat sandwich tuna mayonis di dapur. Senyum lebar dia sampai ke malam kerana berjaya lapis roti dengan mentega, salad, tuna mayonis dan juga hirisan timun! Bertambah banggalah budak kecil ini dapat potong roti! Nampak macam sedap sangat dia makan!
Firdaus dengan Sandwich Tuna Mayonis. |
15 comments
Sedihnya bila Firdaus rindukan abang abangnya. Kalau tak covid ni, bolehlah jumpa bila bila masa cuti. Terubat rindu. Syukur ada kucing peneman Firdaus boleh main sama sama. Sesekali boleh main kereta control pulak.
BalasPadamKesian Firdaus. Syukur Allah datangkan kucing untuk Firdaus.
BalasPadamPandai Firdaus, siap cari info di internet cara jaga kucing. Hehe
terlalu lama tak bertemu. tu yg rinduuuuu sgt.
BalasPadamalahai.
Bagusnyaaa firdaus nak bela kucing, siap suruh belikan makanan kucing pakai duit tabung nya lagi.
BalasPadamBest bela kucing, boleh hilangkan stress. At least boleh jadi peneman, walaupun kucing tak boleh bercakap tapi dia dengar je kalau manusia bercakap dengan dia :)
Kanak-kanak baya Daus ni memang tengah excited nak explore macam-macam kan.Kalau zaman kita dah merata hutan,paya & permainan budak kampung kita terokai.Dah zaman mereka kini lain pula keadaannya + norma baharu lagi..Apapun semoga Daus jadi anak soleh..gud luck
BalasPadamMujur ada peneman sang kucing yg peramah. Betullah kucing ni boleh menghilangkan stress dan bosan. Semoga terubat rindu Firdaus terhadap abang2nya
BalasPadamAlhamdulillah kucing peneman lawan cakap. Hikmah kucing Allah pada dia.
BalasPadamApapun fikir positif setiap kejadian walaupun nampak tidak seronok.
rindu dah kat abang dia
BalasPadamsedih pula baca kisah firdaus meanggung rindu pada abangnya...cengkaman rindu mendera perasaansiapa saja
BalasPadamAlahai.. sedih pula baca kisah Firdaus.. Mujurlah ada si kucing sebagai peneman..
BalasPadamSebagai langkah berjaga2 elok lah hantar kucing tu gi suntik vaksin dan bg ubat cacing .. kucing mudah dpt jangkitan virus... Nanti dah sayang tiba2 pulak sakit... Sian firdaus.... Sabar ya nak moga pkp cpt berakhir ...
BalasPadamAlahaiiii kesiannya firdaus mesti rindu dengan abang-abangnya sebab selama ini ada je kawan untuk dia berbual. Bukan firdaus je yang rindu abang-abangnya, kak long saya yang dah warga emas pun rindu dengan adik-adiknya. Kalau buat vc mesti kami sama-sama menangis sebab kerinduan. Jauh nak dekat tak boleh. Redho je lah
BalasPadamAlahai, kesian dia rindukan abangnya kann. Inshaallah nty lepas kes kurang dapatlaa jumpa abang2 nya nty kan 😉 Nii mcm nadyya ponn sedih da lama xjmpa family..
BalasPadamKalau SA kat tempat Firdaus pun confirm merindu...confirm sedih..tapi tengok air muka Firdaus dia jenis suka pendam kan kak?
BalasPadamFaham perasaan firdaus tu. Nakkan perhatian abang2 bila tak ada rindulah
BalasPadam