Sambal Belacan Kuini
8:06 PTGDua hari lepas beli buah kuini di pasar yang dibawa masuk dari Filipna. Beli sekilogram, harga RM10 dan dapat 3 biji tapi belum masak. Pagi tadi sudah terhidu-hidu aromanya. Oleh kerana aroma Ayam Palekko lebih kuat, jadi tengelamlah bau kuini.
Teringat sambal belacan bacang yang sangat mengecurkan di dapur Kamsiah Yusoff di Blog Detik-Detik Indah Dalam Hidupku, baiklah buat Sambal Belacan Kuini di dapur sendiri. Lagipun sudah dapat isyarat bau buah kuini menunjukkan sudah masaklah buah itu!
Seronok sungguh dapat masuk dapur walaupun sudah menjelang petang. Selesai makan nasi, azan Maghrib pun berkumandang seolah-olahnya kami baru saja berbuka puasa. Itulah makan tengahari kami merangkap makan malam pada hari ini.
Sambal Belacan Kuini |
Hidangan nasi hari ini berlauk sayur kacang panjang campur tempe, tauhu dan suhun masak lemak putih, ikan jepun @ sulig goreng, telur dadar dan sambal belacan kuini. |
Kacang panjang masak lemak putih dengan tauhu dan tempe. |
Ikan jepun @ sulig goreng. |
Buah kuini. |
- 7 tangkai cili padi
- 1 biji kuini - kupas kulit - cincang
- 3 biji bawang merah
- 2 cm belacan
- 4 biji limau kasturi - perah jusnya
- 1 biji limau kasturi - buang biji - cincang
- garam / gula / perasa pilihan
- Tumbuk cili padi, belacan, bawang merah, garam / gula / perasa pilihan. Suka hati nak tumbuk kasar atau lumat.
- Tambahkan hirisan kuini dan jus limau kasturi.
- Gaul sebati.
- Sedia untuk dihidangkan.
27 comments
Ya ampun...Sedap tu. Sambal belacan kena dengan nasi sejuk pun sedap.
BalasPadamBelacan tu kiranya sebagai salah satu identiti masakan orang kita.
Padamdengar pun dah terliur apatah lagi tengok, apatah lagi bau.. ermmm sedap...
BalasPadamjemput singgah sini ya https://saripkay.com/ kalau sudi exchange link boleh juga tingkatkan seo blog..
Baiklah. Nanti saya singgah.
PadamWaahhhh sambal belacan letak kuini..tak pandang kiri kanan dah...sok sek sok sek pedas tp sedap
BalasPadamSambal belacan kuini memang lain macam dia punya keenakannya! Buah bacang berpuluh tahun saya tak jumpa. Saya suka aroma kedua-duanya!
Padammasak lemak putih is my favorite
BalasPadamSuka aroma santan warna putih tanpa gangguan kunyit hehehee.
Padamsama la. sgt suka masak lemak putih.
Padammemang kena dgn ikan goreng dan sambal belacan :)
at the end, nasi da abis, kita hirup kuah lemak bercampur sambal belacan = ohsem!
kuini buat sambal mmg sedap
BalasPadamBetul Kak PI. Aroma dan rasanya tu cukup menggoda.
PadamHaha ulat itu dipanggil orang.
BalasPadamKecur tengok sambal kuini. Haah saya ada baca pos Puan Kamsiah guna buah bachang. Rasanya segala spesis mangga boleh ditambah pada sambal belacan.
Betul tu keluarga mangga boleh dibuat sambal belacan termasuklah kuini, bacang, bambangan, binjai...eh binjai masuk keluarga mangga ke?
PadamSamalah sy Kak Amie, dari kecik memang inilah lauk yang dihidangkan selain asam pedas. Telur dadar tu kira lauk wajib la.. cuma bila dah kahwin ni dapat suami yang jenis makan kari dan sambal jer, lemak2 putih ni tak dilayannya, hihi
BalasPadamHahahaaa... pakwe kita sebelum ni makan sayur lodeh versi orang dia saja, tapi akhirnya berjaya juga kita bawa makan versi lemak cili padi dan lemak putih.
PadamMakhluk dalam buah ku ini tu ada jenis ulat & ada jenis kumbang hitam kan....Sedapnya sambal ku ini....hihihi buah ku ini
BalasPadamHaaa... Mama Cella ni mesti dok teringat kenangan di Bukit Tinggi dengan Pak Jamil dia di sana. Buah ku ini...nakalnya!
PadamYa ampunnnn.....sedapnya sambal belacan kuini.....terliur SA dibuatnya...
BalasPadamMemang sedaplah SA. Rasanya hari ini nak buat lagi. Ada 2 biji kuini lagi.
PadamAda 'orang' tu merujuk kepada ulat ke kak amie? Huhuhu.
BalasPadamBuat stok sambal belacan banyak banyak, simpan dalam peti. Lagi sedapppp kan kak amie? Hehehe
Sedapnya sambal kuini. kalau ada depan mata, saya lupa kejap yang saya ada resdung tak boleh tahan makan belacan.
BalasPadamAda aikan goreng garing, sambal belacan, telur dadar dan sayur taugeh lemak tu memang makan bertambah macam ni. Bau kuinin tu menyengat bau dia. Dari jauh dah bau dah. Menyelerakan betul hidangan lauk kak Amie
BalasPadamya ampunnnn semua sy sukaaaaa
BalasPadamSetiap satu hidangan tu memancing selera :)
BalasPadammatching sgt lauk pauk akak ni.
BalasPadamsukar nak dpt kuini kat sini.
bau nya tu semerbak. sedapnya.
bertambah-tambah makan bila ada sambal kuinin nie.. tak pandang kiri kanan dah.. hehehe
BalasPadammsti bertambah nasi mkn dengan sambal kuini ni.
BalasPadam