Jus Kedondong Asam Boi
3:30 PTGPetang ini cuaca sangat panas. Jom kita minum jus kedondong asam boi.
Jus Kedondong Asam Boi |
Seronoknya kalau ada yang boleh sediakan segelas Jus Kedondong Asam Boi. Apa boleh buat, kalau tangan tak bergerak sendiri sudah tentu Jus Kedondong Asam Boi tak sampai ke mulut... ahaks! Bukan susah mana nak buatnya pun. Yang penting ada buah kedondong, asam boi puTih, gula pasir dan kiub ais. Ada yang bubuh limau kasturi. Amie tak bubuh sebab bagi Amie jus kodondong sahaja pun sudah cukup kemasamannya.
Untuk dapatkan warna hijau, tak perlulah kupas kulit buah kedondong.
Untuk segelas Jus Kedondong Asam Boi, Amie gunakan 2 biji kedondong saiz sederhana. Cuci bersih, belah 2 atau 4, bubuh 200ml air dan gula pasir secukupnya, kemudian kisar hingga halus. Selepas itu tapis untuk asingkan jus dengan hampas kedondong. Bubuh 3 biji asam boi dan kiub ais.
Hidangkan.
Bismillah!
Masam.
Manis.
Masin.
Sejuk.
Nyaman!
Cukup rasa.
Buah kedondong |
23 comments
Dulu pernah tanam kedondong.. Mati pulak pokoknya.. kalau tak dah boleh buat jus.. hihi
BalasPadamBoleh tanam lagi. Pokok kedondong cepat berbuah.
PadamUish...sedap & segarnya....Katanya jus ni bagus untuk turunkan tekanan darah.
BalasPadamSaya kalau dapat buah kedondong,haruslah jadi pajeri...ish,sedapnya
Oh! Baguslah kalau boleh turunkan tekanan darah. Dah masuk usia emas ni memang darah boleh naik bila-bila masa hahahaa!
Padamsaya suka kedondong ni...tapi tak pernah la buat jus...kekah macam tu saje
BalasPadamDulu-dulu memang suka kekah kedondong. Sekarang ni rasa ngilu pula gigi. Tu pasal suka buat jus saja.
PadamMinuman penghilang dahaga ni. Terbaik! :)
BalasPadamSedapkan Nur.
PadamRajin betul Puan Amie masak dan buat air. Macam-macam bahan ada di dapur Puan Amie.
BalasPadamEncik Suami selalu bawa pulang macam-macam pemberian dari orang. Itu yang boleh buat macam-macam di dapur.
PadamSetiap orang seleranya berbeza ye.
BalasPadamsedap jus kedondong asam boi ni... yummy
BalasPadamSedappppp bila dijadikan minumannn. Hilang dahaga kalau minum waktu panas panas.
BalasPadamnanti nak cari jugak lah kak... aduhai sedap nya masam manis srut2 minum petang-petang
BalasPadamRefreshing jus ni sedap pekat
BalasPadamBuah rare yang susah nak jumpa sekarang ni. Sedap betul kalau dapat ni. Makan macam tu je pun dah sedap dah. Buat jeruk, buat air lagilah..semua sedaplah cerita dia.
BalasPadamAduhaiiiiiii ngences ni....hehehe
BalasPadamadoiii... sedapnya jus kedondong.. lama pulak rasa x minum jus rare ni
BalasPadamSy kalau makan di kedai, nampak menu jus kedondong ni, mesti nak order. Tapi sy tanya dulu, jus atau kordial, hihi.
BalasPadamFresh..sedap..bagai terasa jus segar ni lalu di tekak..lagi satu SA suka jus timun...ya allah sedapnyaa..nak- nak timun jepun tu....
BalasPadamair ni mmg fav kalu lepak kt gerai2 tepi jln dulu
BalasPadamSedapnyabila kedondong di gabungkan bersama asam boi.. Memang terbaik..
BalasPadamsedapnya mnum sejuk2 ni..
BalasPadam