Ayam Masak Lemak Cili Padi Pedas Berapi dengan Nanas
7:55 PTGWalaupun seharian mengikuti kursus online, tetapi sempat juga bersilat di dapur. Waktu rehat dari pukul 1:15 hingga 2:30 petang Amie gunakan sebaik-baiknya untuk masak, solat dan tepat pukul 2:30 kembali menghadap ZOOM.
Ayam Masak Lemak Cili Padi Pedas Berapi dengan Nanas |
Tidak banyak pilihan bahan untuk dimasak. Melihat cili padi yang masih banyak dan sebiji nanas yang tak berapa masak, timbul selera untuk menikmati masakan lemak cili padi pula! Teringat NUR SLOW RUNNER suka bubuh daun kunyit dalam masakan lemak ayam, Amie pun lari ke belakang dapur cantas dua tiga helai daun kunyit.
Kali ini Amie tidak kira berapa biji gunakan cili padi, sebaliknya Amie ambil satu genggam masukkan dalam mesin pengisar bersma kunyit hidup dan bawang! Teringat sewaktu berkunjung ke rumah kawan di Ampangan, Negeri Sembilan Amie melihat ibu kawan Amie kaut saja segenggam cili padi untuk masak lemak terung dengan ikan! Waktu itu memang tidak dapat bayangkan betapa pedasnya hasil masakan itu nanti. Tetapi ketika makan, tidaklah pedas sangat walaupun gunnakan cili padi kampung. Santan kelapa ada 'kuasa' tersendiri untuk seimbangkan rasa pedas cili padi.
Kali ini nanas yang Amie gunakan belum masak sepenuhnya. Memang keluar rasa masamnya, dan tak perlu Amie tambahkan asam keping, sebaliknya Amie tambahkan satu sudu kecil gula perang ke dalam masakan.
Bahan-bahan:
- 1/2 ekor ayam - potong ikut suka
- 500 gram nanas (setengah masak) - potong ikut suka
- 250 ml santan pekat
- 600 ml air
- 2 batang serai - diketuk
- 2 helai daun kunyit siat dan simpul
- gula perang secukupnya
- garam / perasa pilihan
- 30-40 tangkai cili padi
- 3 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah
- 3 cm kunyit hidup
- Masukkan ayam dan nanas ke dalam periuk / kuali.
- Kemudian masukkan air, bahan kisar dan serai.
- Masak sehingga ayam empuk dan nanas menjadi kecut. Boleh rasa kuah, sekiranya kurang masam bolehlah masukkan asam keping.
- Seterusnya tuangkan santan, garam / gula / perasa pilihan.
- Kacau selalu supaya tidak pecah santan.
- Apabila kuah mendidih, padamkan api dapur.
Ayam Masak Lemak Cili Padi Pedas Berapi dengan Nanas. |
Firdaus makan nasi tuang kuah sampai banjir. Dua kali budak kecil itu tambah nasi. Selepas makan, Firdaus terus lari masuk bilik air.
Mommy masak sedap sangat! Daus suka makan. Tapi Daus nak mandi sebab pedas!
Oh! Wahai Ayam Masak Lemak Cili Padi Pedas Berapi dengan Nanas! Kenapalah engkau sedap sangat?
17 comments
Memang kalau masak lemak pekat dan pedas makan Bert am baht am bah.
BalasPadamNampak sedapnyer
BalasPadamTapi dah tua2 ni wak tak berapa berani pedas2
kak amie suka memasak sebab tu busy mcm mna pun kak amie tetap memasakkkk
BalasPadamuiii.. SHa tgk cili tu kak amie... tau dah sedapppp.... xpedas tak sah!
BalasPadamsedapnya, kena pulak dgn sambal belacan. umphh!
BalasPadamSaya setuju dengan Fatimah Nabila. Masak lemak kalau digabungkan dengan sambal belacan, memang ummmp.
BalasPadamAduiiii.. Sedapnya... Ok ni boleh jadi lauk buka puasa hari ni.. Lama xmakan masak lemak ayam ni
BalasPadamLauk ni kalau ada baki,makan hari ni bertambah sedap ni.Kuayb dah mesra dalam isi nanas.Kalau Daus pun boleh tambah nasi,pastilah sedap masak lemak cili padi tu....
BalasPadamsedapnya lemak manis masam pedas terliur pandang
BalasPadamsedapnya nmpak..tmbh2 lg bila pedas.
BalasPadamcomel je daus siap kena mandi lps mkn sbb panas. haha
Favorite laukkkk! Pedas menyengat! Sedapp sangat tu firdaus makan sampai menambah dua kali. Air tangan ibu kannn tak pernah tak sedapppp!
BalasPadamAda resepi yang masukkan kerisek dalam masak lemak cili api ni, tapi kita tak pernah cuba lagi, kalau masukkan nenas dan daun kunyit tu pernah buat sekali, akhirnya sy berbalik pd resepi asal MLCA yg cuma guna cili api dan kunyit, halia serta serai.
BalasPadamguna cili kg buat masak lemak cili api..mmg terangkat la kak Amie..aduhai shida xmkn pedas sgt ^_^
BalasPadamMasak lemak kalau taruk daun kunyit lagi sedap, tapi tulah rumah saya semua perut omputih tak makan pedas. Hihi
BalasPadamWah..nanti SA nak cuba...x pernah lagi masak lemak cili api ayam campur nenas
BalasPadamWahh memang terasa pedas terangkat tu huhu.. memang sedap pernah mkn masak lemak letak nenas
BalasPadamSedapnya ayam masak cili api pedas berapi. Berpeluh makan macam ni. Hihi...
BalasPadamKalau ada rencah masakan yang masam tu memang tak letak dah asam keping. Sedap juga letak nanas.