Syukur Dengan Rezeki Allah
12:33 PTGEncik Suami pulang ke rumah dengan membawa:
- bunga betik (kembang kates)
- pucuk betik (pucuk kates)
- pucuk bayam Brazil
- kelapa mawar
Syukur Alhamdulillah. Rezeki Allah untuk kami hari ini.
Pucuk dan bunga betik (kates). |
Pucuk betik (dalam bahasa Cocos betik disebut kates) dan bunga betik ini nanti Amie akan olah jadi masakan lodeh Cocos.
Encik Suami suka sangat makan nasi lauk Bunga & Pucuk Masak Lodeh Cocos. Sebelum kahwin Amie tak tahu bunga betik boleh dijadikan sayur. Terima kasih arwah MIL dan jiran-jiran di kampung Encik Suami yang rajin kongsi resipi dan masakan ini.
Bayam Brazil |
Pucuk bayam Brazil ini Amie akan simpan, dan esok boleh goreng dengan mee hoon.
Kelmarin Amie tanya Encik Suami, tidak adakah lagi kelapa muda? Sedapnya minum air kelapa muda. Kalau masak singgang ikan air tawar dengan air kelapa muda tentu sedap sangat!
Rezeki Allah!
Hari ini selain pucuk dan bunga betik serta pucuk bayam Brazil, Encik Suami bawa pulang 13 biji kelapa mawar. Manisnya air kelapa mawar! Terlupa sebentar keenakan rasa kelapa pandan....ahaks!
Teringat Bonda pernah menegur kakak kerana suka mengadu kepada Bonda apabila suaminya bawa pulang sesuatu yang tidak disukainya. Antaranya burung wak-wak dan ikan sungai. Kakak akan hantar makanan yang tidak disukai ke rumah Bonda, siap dengan kata-kata: Saya tak suka makanan begini. Saya tak makan makanan begitu. Walaupun kakak tidak suka, tapi Bonda nasihatkan begini:
- suka makan atau tidak, itulah rezeki Allah yang dibawa suami pulang ke rumah
- suka atau tidak makanan itu, jaga mulut jangan sampai suami terasa hati, nanti kalau suami tidak bawa apa-apa lagi, pandai pula mulut bising
- sepatutnya masak sahaja makanan itu , kalau tak mahu makan, hidangkan sahaja untuk suami
- kadang-kadang kita tidak sukakan satu-satu makanan itu pada hari ini, tetapi tidak mustahil suatu masa nanti kita akan berubah selera pula sehingga menyukai makanan tersebut
وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ ۗ وَاللَّـهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al Baqarah: 216).
Follow us: @syahidacom on Twitter | syahidacom on Facebook
15 comments
Pucuk betik yang saya tahu ada orang buat ulam. Pernah cuba rasa, pahit ya amat! Bunga betik tak tahu pulak boleh dimasak juga. Serbaguna juga ye sepokok betik macam pokok pisang. Sedapnya dapat minum air kelapa. Rezeki selepasa teringin. Sedap bayam brazil campur dalam meehun. Suka kerangupan bayam brazil. Ye, pernah dengar juga pesanan macam ni. Semoga kita sentiasa jadi manusia yang sentiasa bersyukur.
BalasPadamsedapnya minum air kelapa muda!!!
BalasPadambayam brazil mmg adik ada tanam kat rumah ni...
Saya baru tahu yang bunga betik boleh dimakan.
BalasPadamBetul, syukur la suami bawa balik apa-apa pun.
Bestnya, minum air kelapa. :)
Alhamdulillah untuk semua rezeki yang Allah berikann.
BalasPadamTapi sedappnya minum air kelapa sejukkk sejukkkk.
Alhamdulillah rezeki tu kak AMie :)
BalasPadamshida suka bayam brazil..air kelapa..
Bunga betik sedap buat kerabu
BalasPadamSukaaaa..bunga betik & pucuk betik..pahit2 pembuka selera
BalasPadambunga betik tu buat kerabu sedapnya kan kak, meratah pun takpe
BalasPadamSA x suka sebab pahi..tapi mak SA SUKA
BalasPadamBayam Brazil antara sayur yang senang tumbuh. Dulu saya ada tanam, membesar dengan baik dan merebak-rebak. Siap beri pada kawan-kawan yang nak anak pokok untuk ditanam. Tapi kini saya dah tak tanam lagi.
BalasPadamSedap nya mnum air kelapa waktu2 panas kan kak
BalasPadamJarang guna putik atau bunga betik.
BalasPadamHaah diam kalau tidak suka.
wah banyaknya bunga betik. Ya betul tu semua rezeki yang Allah beri. Kalau tak suka diam jangan di hina rezeki yang Allah beri. Syukur Allah beri rezeki.
BalasPadamkalau saya dapat tak tahu lah nak buat apa bahan2 tuh..
BalasPadambym brazil aida da takde da.
BalasPadamnak kena replant la. rindu nak makan.