Bismillahirrahmanirrahim.
Pinjam perkataan SK : Koret-Koret yang bermaksud tinggal sedikit sewaktu SK Tanah Jauhar komen entri: Singgah Makan Tengah Hari di Kampung Batu 3 Gurun, Kedah. Kali ini dapat lauk koret-koret di mana pula ye?
Pinjam perkataan SK : Koret-Koret yang bermaksud tinggal sedikit sewaktu SK Tanah Jauhar komen entri: Singgah Makan Tengah Hari di Kampung Batu 3 Gurun, Kedah. Kali ini dapat lauk koret-koret di mana pula ye?
Kami sampai ke tempat makan ini pada pukul 01:38 petang. Ibarat kata SK, lauk tinggal koret-koret saja!
Setelah kekenyangan makan kuih akok Terengganu, kita pun terlelap beberapa kali. Kita terjaga sewaktu Encik Suami berhenti di stesen minyak. Entah di mana! Tapi kita beli minuman di situ.
Minuman ini kita belikan untuk pemandu setia kami.
Kita dengan Firdaus minum air sengkuang cina.
Beli aiskrim Lime and Vanilla.
Encik suami terus memandu untuk mencari tempat makan tengah hari.
Redup saja suasana di jalan raya kerana banyak pokok hijau-hijau.
Maka sampailah kami ke bandar Kuantan, Pahang.
Sampailah tempat yang dituju iaitu Akob Patin House.
Ramai pelanggan sedang menikmati makan tengah hari.
Sayangnya kebanyakan dulang lauk sudah hampir kosong. Yang tinggal hanya kuahnya sahaja.
Petanda apakah ini?
Adakah kedatangan kami terlalu lewat?
Atau waktu makan tengah hari dibuka lebih awal?
Adakah kedatangan kami terlalu lewat?
Atau waktu makan tengah hari dibuka lebih awal?
Atau lauk-pauknya sedap belaka sehingga pelanggan tidak ingat orang belakang.... ahaks!
Alang-alang sudah sampai ke sini, datang dari jauh pula maka makan sahajalah apa yang ada. Koret-koret pun koret-koretlah labu!
![]() |
| Firdaus - Nasi Putih + Telur Itik Masak Lemak + Ayam Masak Sambal |
![]() |
| Encik Suami - Nasi Putih + Sambal Ikan + Kangkung Tumis |
![]() |
| Amie - Nasi Putih + Gulai Pisang Muda + Ulam Pucuk Gajus + Sambal Budu |
![]() |
| Kepala Ikan Patih Buah Masak tempoyak |
Kata pelayan di situ hanya ada kepala ikan patin buah sahaja. Jadi, Amie mintalah kepalanya.
Walaupun dapat lauk koret-koret sahaja tetapi tetaplah berselera kami makan bertiga di sini. Kami minum air kosong sahaja.
Kesemuanya berjumlah RM58.50 sen.
![]() |
| Beli minuman di R&R. |
Sudah kenyang penrut, kami sambung lagi perjalanan dan Amie tertidur lagi. Encik Suami berhenti di RNR.... entah apa namanya. Yang tertera di butiran dalam galeri HP hanya 'Gambang' sahaja.
Harapnya sampailah ke kampung sebelum senja menjelma.
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)







