Lempeng Ubi Kayu & Kopi Cap Kuda Terbang

6:35 PTG

Selamat petang semua. Dalam suasana PKP ini, tak bolehlah terlalu banyak songel nak makan itu dan ini. Apa yang ada itulah patut disyukuri. Oleh kerana pergerakan terhad, dan lebih baik duduk di rumah saja jadi bekalan makanan yang ada janganlah dibazirkan. Dalam seminggu mungkin 3 atau 4 kali makan dari bahan yang sama. Kalau ada pisang, kelmarin buat pengat pisang, hari ini buat pisang goreng dan esoknya mungkin boleh buat sira pisang. Kelmarin rebus jagung, hari ini buat perkedel jagung, mungkin esoknya boleh buat bubur jagung pula. Haaaa.... betul tak?

Nampaknya hari ini sudah kena tegur Encik Suami. Katanya, ubi kayu yang banyak berlonggok itu takkan dibiarkan jadi buruk? Buatkan bingka ubi, kan sedap. Minta maaf Encik Suami. Bingka ubi memang sedap. Tapi kita tak sanggup nak selongkar stor di belakang dapur untuk keluarkan oven dan peralatan lain. Sejak Encik Suami pindahkan sebahagian peralatan memasak ke dalam stor, Amie sudah tidak berminat untuk buat kuih-muih yang perlu dibakar dalam oven. Amie suka gunakan peralatan memasak yang ada di depan mata saja.

Petang kelmarin sudah rebus ubi kayu makan dengan kelapa parut. Jadi hari ini Amie buat lempeng ubi kayu pula. Firdaus pula, sejak tidak ada kawan di rumah, apa yang kami makan itulah juga yang dia makan. Ubi kayu, pisang dan lempeng semua boleh masuk perutnya!

Jemput minum petang, hirup Kopi Cap Kuda Terbang panas - panas. Blogger Notie tanya, lepas minum kopi rasa nak terbang ke? Hahahaaa.... lepas minum kopi habis basah kuyup! Berpeluh-peluh. Sihat gitu.... ahaks! 

Lempeng ubi kayu campur kelapa parut ini Amie temankan dengan sambal tumis bawang. Amie tak ada ikan bilis, jadi gantikan dengan sedikit belacan saja. Sedaplah juga rasanya. Makan lempeng ubi kayu dan minum kopi ini teringat zaman purbakala sewaktu ke kebun atau menoreh getah. Inilah makanan orang kampung kami. Kalau bawa bekal lempeng ubi, mesti ada kopi hitam!  Terbayang-bayang Bonda di dapur dengan cahaya pelita minyak tanah sedang memarut ubi dan kelapa. Kemudian melempeng dalam kuali atas dapur kayu api!

Lempeng Ubi Kayu, Kopi Cap Kuda Terbang dan Sambal Tumis Bawang

Lempeng Ubi Kayu


Bahan-bahan untuk Lempeng Ubi Kayu:
  • 2 cawan ubi kayu parut
  • 1 cawan kelapa parut
  • 1 sudu besar gula pasir
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak
Cara:
  1. Letakkan kuali di atas dapur. Gunakan api kecil. Oles minyak di atas kuali.
  2. Masukkan adunan ubi kayu mengikut sukatan yang dikehendaki dan ratakannya.
  3. Terbalikkan lempeng supaya kedua-dua belah masak sekata. Jika suka lempeng yang garing, tambahkan masa lempeng di atas kuali sehingga lempeng kelihatan kuning keemasan.
  4. Angkat dan hidangkan bersama sambal tumis dan kopi panas.
Malam tadi selesai baca travelog Backpack INDIA Punjab ke Kashmir. Sempat bermimpi jalan-jalan ke Amritsar, Srinagar, Gurez Valley, Pahalgam dan Sonamarg. Syukurlah dapat bangun awal pagi bersiap sedia untuk bergoogle meet. 

Malam ini akan sambung baca travelog Backpack Jejak AVATAR di China - Wuhan, Hankou, Yichang dan Zhanjiajie. 

Sebelum itu nak tangkap Firdaus dulu untuk  mengaji Quran.

Travelog Backpack Jejak AVATAR di China.


13 comments

  1. Sedapnyaaaaa..esok nak melempeng la...nak buat sambal sardin jugak...cicah sambal sardin kan...

    BalasPadam
  2. Syoknya banyak ubi kayu....
    Try buat bengkang ubi dalam air fryer la cikgu.Semalam tengok Adah buat burn cheese cake dalam air fryer.Saya macam nak try buat bengkang la dalam air fryer.Cikgu cuba la dulu.Nanti saya follow...hihihi

    BalasPadam
  3. Tak pernah makan lempeng ubi. Tapi, mesti sedap.

    BalasPadam
  4. Akak baru buat lempeng kelapa ja cicah kuah kari..ubi kayu tak pernah cuba lagi

    BalasPadam
  5. Hehe rajin Puan Amie mempelbagaikan masakan untuk bahan yang ada maka tidak jemu makan.

    BalasPadam
  6. Betullah tu, Kak Amie.. memang kalau ada satu bahan asas, macam2 menu yang keluar nanti, seminggu makan jagung, seminggu ubi, hihi.
    Tapi lempeng ngan kopi tu betul2 memanggil2

    BalasPadam
  7. Sedap ni . Ni antara menu wajib bila balik kampung

    BalasPadam
  8. Kalau barang dah simpan dan susah nak ambil tu memang rasa malas betul nak keluarkan. Nampaknya kena rajinkan olah makan. Betul kak Amie, musim sekarang makan apa yang ada je. Bersyukur masih ada rezeki. Mujur jugalah Firdaus tak memilih sangat makan. Ikut taste mommy. Orang dulu memang sukakan Kopi O pekat. saya suka kopi pun sebab dulu nenek selalu hidangkan Kopi O. Sedap juga diolahkan ubi kayu jadi lempeng.

    BalasPadam
  9. Sedappppnyaa lempeng, tapi lempeng ubi tak pernah makannn hehehe. Biasa makan lempeng kosong atau lempeng nyior.

    BalasPadam
  10. Saya pun kurang rajin nak masak kalau kena guna oven. Nak tunggu panas lagi. Oven tu guna setahun sekali time buat kuih raya je

    BalasPadam
  11. Lempeng tuu nampak sedapp.. tapi kat uma nadya ada kelapa jaaa. Kene buat nii ptg nii. Hehe

    BalasPadam
  12. hahaha ingatkan minum kopi terbang rasa nak terbang rupanya basah kuyup dengan peluh. hehehehe

    BalasPadam
  13. Orang dulu2 memang suka kopi apa lagi kopi kampung. Pekat likat manisnya. Kalau tak pekat kopi cair memang kena marah lah dengan aruah mak. Aruah bapak suka minum kopi bila malam sebelum tidur layan radio siaran singapura. Cerita seram pulak tu sambil dengar sambil tarik bantal takut. hehehe kenangan tu

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe