Bismillahirrahmanirrahim.
Ada sekali Amie tulis entri tentang Mee Tauhu di sini:
Menu Mee Tauhu sangat terkenal di Sabah. Amie kurang pasti di mana keistimewaannya kerana ramai sungguh pelanggan yang datang ke mana-mana tempat makan yang menawarkan menu Mee Tauhu!
Hidangan Me Tauhu mengandungi mi kering (mi Sabah) yang digoreng, dan dihidangkan bersama kuah pekat warna perang yang mempunyai rasa manis dan savoury, mengandungi tauhu sumbat isi ikan. Selain tauhu, ada juga peria, terung dan lada sumbat bergantung permintaan pelanggan. Mi goreng tadi boleh ditambah telur mata juga.
Di Kota Kinabalu dan beberapa daerah lain, mee tauhu sering dijual di kedai kopi Cina Muslim atau gerai makanan tempatan. Rasanya lebih lembut dan tidak terlalu pedas, sesuai dimakan waktu sarapan atau makan malam.
Dalam gambar di atas, Amie bersama kawan-kawan sedang menikmati Mee Tauhu di Bandar I Peak, Lahad Datu. Restoran penuh dengan pelanggan dan dibuka tempat makan sampai di luar. Kami datang lebih kurang pukul lapan pagi, tetapi menu sumbat-sumbat seperti terung, peria, lada dan sebagainya sudah habis. Yang tinggal hanya tauhu sahaja, sesuai dengan nama menu Mee Tauhu.
Huurrmmm.... mana satu muka kartun Amie?
Setiap hidangan Mee Tauhu dilengkapi dengan sepiring mi goreng, semangkuk kuah pekat ada rasa taucu berisi tauhu lembut dan tauhu keras berinti isi ikan serta semangkuk kecil sambal serta limau kasturi.
| Sarapan Mee Tauhu bersama Encik Suami. |
Minggu lepas Amie bersama Encik Suami bersarapan di Restoran Mee Tauhu, Bandar I Peak. Datang pukul lapan pagi, tapi semua pilihan lauk sumbat-sumbat sudah habis, kecuali tauhu lembut @ putih dan tauhu keras berinti isi ikan sahaja. Amie minta telur mata.
Seperti biasa, restoran penuh sesak sehingga ke luar, dan tidak kurang ramainya pelanggan yang berbaris membeli untuk dibawa pulang!
Amie masih mencari rahsia apa istimewanya Mee Tauhu Sabah!
Mungkin disebabkan kuahnya, sebab apabila hendak makan tuangkan kuah di atas mi goreng yang kering tadi. Kuah yang pekat berisi tauhu lembut dan keras tadi memang mempunyai rasa tersendiri. Dan lebih enak dinikmati ketika masih panas!
Mungkin disebabkan kuahnya, sebab apabila hendak makan tuangkan kuah di atas mi goreng yang kering tadi. Kuah yang pekat berisi tauhu lembut dan keras tadi memang mempunyai rasa tersendiri. Dan lebih enak dinikmati ketika masih panas!