Udang Masak Pindang Tumis dengan Nanas & Daeng Mangkuk -Mangkuk Landang - Landang
8:38 PTGMasak rebus-rebus ini ada yang panggil singgang dan tidak kurang juga yang panggil pindang. Sejak lahir ke dunia, telinga Amie dengar 'pindang'. Bonda selalu sebut pindang. Misalnya ikan masak pindang. Keluar dari kampung kelahiran, terdengar pula masakan singgang! Kemudian dengar lagi singgang tumis. Singgang kuning dan sebagainya.
Jom tanya Kamus Dewan apa maksud pindang dan apa makna singgang.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat:
- Pindang ialah sejenis masakan berkuah daripada ikan yang dimasak dengan asam (kunyit dan lain-lain).
- Singgang ialah sejenis masakan ikan, daging dan lain-lain) yang direbus dan digarami.
Oleh kerana ada segala pindang dan singgang, ingat 2 benda sahaja yang berbeza iaitu kalau kuning dikunyiti itu namanya pindang. Kalau direbus dan digarami itu namanya singgang!
Tegur Amie kalau ada yang silap ya.
Bonda kata, kalau nak aroma yang lebih menyegarkan bolehlah tumis dahulu bahan perencah sebelum ditambah air. Itulah masak pindang, gaya masakan Bonda kita. Kunyit hidup jangan dilupakan!
Kali ini Amie kongsikan paparan Udang Masak Pindang Tumis dengan Nanas. Satu lagi menu iaitu Ikan Kayu Goreng, tetapi cara masakannya Amie perolehi dari rakan baik Amie yang berketurunan Bajau iaitu Puan Hajah Al Maidah. Boleh klik : KENALI MASAKAN SUKU KAUM BAJAU PANTAI TIMUR SABAH NEGERI DI BAWAH BAYU
Udang Masak Pindang Tumis dengan Nanas, Ikan Kayu Goreng & Sayur Kangkung Tumis Belacan. |
Seperti biasa, apabila sudah terasa masamnya nanas Amie tidak bubuh asam keping atau asam gelugor. Nanas yang Amie gunakan kali ini nanas tak berapa masak. Jadi rasa masamnya memang timbul.
Jika inginkan kelainan dalam masakan bergoreng, cubalah resipi Daeng Mangkuk-Mangkuk Landang-Landang (bahasa Bajau) ini. Dalam bahasa Bajau, daeng bermaksud ikan.
- 400 gram udang kertas - bersihkan
- 400 gram hirisan nanas setengah masak (ada rasa masam)
- 1 batang serai - diketuk
- 1 helai daun kunyit - siat dan simpul
- 800 ml air
- 4 sudu besar minyak
- garam / perasa pilihan
Bahan tumbuk / kisar:
- 3 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah
- 1 cm halia
- 2 cm kunyit
Cara memasak:
- Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk bersama serai sehingga terbit aroma.
- Masukkan hirisan nanas dan gaul.Tuangkan air dan biarkan kuah mendidih.
- Setelah nanas layu, masukkan udang kertas.
- Apabila kulit udang berubah warna, masukkan daun kunyit.
- Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
- Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.
- 1 ekor ikan kayu anggaran 600 gram – bersihkan dan potong 5 bahagian
- minyak untuk menggoreng
- 1 sudu kecil pati asam jawa
Bahan tumbuk / kisar:
- 1 sudu kecil garam
- 3 cm kunyit hidup
- 15 biji cili padi
- Gaul ikan bersama semua bahan tumbuk dan perap 15 minit.
- Goreng sehingga masak.
- Angkat dan toskan.
14 comments
Unik sungguh tajuk masakan AMie niari, daeng amngkuk landang-landang..
BalasPadamTak silap hari tu ada baca blog Sis Lin tulis, singgang dan pindang tu sejenis masakan yang seakan sama cuma singgang ni tak bertumis, semua bahan lebur dalam periuk, kalau pindang kena tumis dulu. Wallahu 'alam, Sk pun jarang masak kedua jenis masakan ni
Baca tajuknya teruja betul saya nak tahu bagaimana rupa Daeng Mangkuk-mangkuk Landang-landang.Daeng ni macam nama pahlawan Bugis dalam Sejarah.
BalasPadamPernah tengok chanel 703 kat Filipina pun ada masakan singgang ni dipanggil "sinigang" bunyi nak sama kan.Bila Google "sinigang" memang ada & hampir sama la...
Amie..akak dtg nk dinner ni..lauk sungguh unik namanya
BalasPadamLama juga tak makan masak pindang..Kena dengan sambal belacan, perghhh....
BalasPadamSedapnyaaaa
BalasPadamKalo kt serawak ni singgang or pindang ni dipanggil "lempah kuning".. lempah ikan, lempah udang.. mcm tu la.. hehehe
BalasPadamSama fahaman macam Amie. Pindang, masak kuning, mak saya ajar. Bila saya kawin orang kelantan, saya jumpa ikan singgang. Ikan kayu singgang, kuah jernih, tapi sedap! Peh... lagi-lagi ada budu. Meleleh, Amie.. :D
BalasPadamoh daeng tu maksudnya ikan...udang tu kalo kt umh ni fav ankdara..die sorg dkt 10 ekor
BalasPadamAduhaiiii udang dengan nenas masak pindang hishh menceces air liurlah.... Kalau demam sesekali makan masakan pindang buat naikkan selera yang takde selera sebab dia masam masam rasanya. Bila hirup kuah terus kebah demam sebab berpeluh peluh lepas makan.
BalasPadamSaya biasa lauk singgang, pindang belum pernah lagi.
BalasPadamkalau orang melanau sarawak, pindang ni masak rebus2 dan berkuah sikit..boleh jugak x berkuah..poaling suka pindang ikan kembung...makan ngan beras huma or beras bario...
BalasPadamIkut pemahaman saya yang rebus berkunyit tu singgang. Pindang tu tak pernah tahu pulak masakaan rebus kecuali telur pindang. Lain tempat lain panggilan kot. Lepas tu bila dah bercampur campur lain panggilan jadi kecelaruan pulak.
BalasPadamSinggang pernah dengar, pindang tak pernah dengar hehehe. Mungkin disini panggil lain tapi saya yang tak tahu hehehe. Tapi tetappp sedappp. Menyelerakan!
BalasPadamJadi lapar kalau masuk kat blog kak Amie ni..
BalasPadam