Bismillahirrahmanirrahim.
Jumaat, 29 Disember 2023. Fuad ajak kami singgah makan tengah hari di R&R Jejantas Ayer Keroh Melaka. Agaknya selera Fuad sudah menyatu dengan hidangan nasi kandar! Jadi, dibawanya kami makan nasi kandar di Mr. Noodles & Rlash Nasi Kandar. Kita sebenarnya tidak biasa dengan harga nasi kandar baik di Penang atau pun di tempat lain. Maklumlah di LD memang tidak pernah jumpa restoran yang jual nasi kandar.
| Makan tengah hari di R&R Jejantas Ayer Keroh Melaka. |
| Amie : Sambal Telur Sotong, Bendi & Telur Masin |
| Abang Farid : Ayam Madu |
| Fuad : Ayam Goreng Bawang, Sayur Goreng & Telur Masin |
| Fairuz : Kari Kambing, Ayam Goreng Bawang, Sayur Goreng & Telur Masin |
- Nasi Putih 1/2 = RM1.10
- Nasi Putih X 3 - RM2.20 X 3 = RM 6.60
- Ayam Goreng Bawang X 2 - RM7 X 2 = RM14.00
- Ayam Madu 1 = RM7.00
- Kari Kambing 1 = RM12.00
- Sayur Goreng X2 - RM2.00 X 2 =RM4.00
- Telur Masin X 3 - RM1.50 X 3 = RM4.50
- Sambal Telur Sotong 1 = RM7.00
- Bendi 2 X RM0.50 = RM1.00
- Teh O Sejuk 1 = RM2.20
Jumlah Keseluruhan : RM59.40 sen.
Jadinya tahulah sekarang kuah-kuah yang pelbagai yang membanjiri nasi kandar itu tak perlu bayar. Betul ke?
| Bismillah. |
Encik Suami dan Firdaus pula tidak mahu makan nasi kandar. Ada nasi campur di Restoran Gulai Wangi. Di sinilah kami membeli makanan untuk mereka berdua:
- Nasi Putih RM2.20 X = RM4.40
- Telur Itik RM3.00 X 1 =RM3.00
- Ikan Keli RM7 x 3 = RM21.00
- Sayur Goreng 1 = RM2.00
- Telur Mata 1 = RM2.00
- Ayam Goreng 1 = RM6.50
- Teh Ais 1 = RM3.00
- Milo Ais 1 =RM4.00
Jumlah Keseluruhan : RM45.90.
| Firdaus - Ayam Goreng & Telur Mata |
| Encik Suami - Ikan Keli, Sayur & Telur Itik |
| Lauk tambahan : Ikan Keli Balado |
| Selepas ini, entah bila dan di mana hendak makan nasi kandar lagi. |
| Kari Kambing |
Harga Kari Kambing Fairuz RM12.00. Ya ampun! Banyak sungguh!
Terpaksalah abang-abangnya bantu habiskan si kambing dalam pinggannya.
Terpaksalah abang-abangnya bantu habiskan si kambing dalam pinggannya.