Bunga Betik Tumis & Sambal Hijau
7:52 PTG
Bila masak bunga betik, selalu terkenang MIL. MIL pandai masak bunga betik, terutamanya masakan lodeh. Masak sayur lodeh bagi keluarga sebelah Encik Suami memang berbeza dengan masak sayur lodeh kita di Malaya. Biasanya sayur lodeh MIL adalah campuran pucuk ubi opah, jantung pisang dan bunga betik serta pucuk betik. MIL masak gunakan perencah cili kering kisar, ketumbar, bawang putih dan bawang merah serta santan.
Huurrmmm... cerita tentang masak sayur lodeh MIL, tiba-tiba jadi rindu pula!
Untuk layan rindu masak sayur lodeh, marilah tolong Amie masak bunga betik di bawah ini....hiks! Tumis bunga betik pun merupakan salah satu resepi yang biasa MIL masak.
Bahan-bahan:
10 tangkai bunga betik (anggaran satu cekak) - lurutkan bunganya dan buang tangkainya.
2 keping asam gelugor
1 biji cili merah - hiris
1 biji cili hijau - hiris
(jika suka pedas boleh tambah hirisan cili padi)
3 biji bawang putih
5 biji bawang merah
2 sudu besar udang kering - rendam hingga kembang dan toskan airnya
1 sudu kecil belacan
3 sudu besar minyak
garam / gula / perasa pilihan
Cara:
1. Celur bunga betik sehingga lembut. Toskan.
2. Tumbuk kasar bawang putih, bawang merah, belacan dan udang kering.
3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk hingga wangi, dan kemudian masukkan cili merah serta cili hijau. Kacau sekali dua.
4. Masukkan bunga betik dan gaul rata.
5. Tambahkan gula / garam / perasa pilihan.
6. Tutup api dapur dan sedia untuk dihidangkan.
Selain sayur tumis bunga betik, Amie lengkapkan hidangan dengan sambal ijo @ sambal hijau, ikan goreng dan sup kaki ayam.
Sup kaki ayam ini Amie tambahkan lobak merah, kentang dan juga sawi pahit.
Amie goreng dua jenis ikan iaitu ikan panit (gambar atas) dan ikan sulig (dua ekor ikan gambar bawah).
Tersangatlah sedapnya makan nasi panas dengan lauk ikan goreng bubuh sambal hijau!
Tak pandang dah lauk lain!
Meh! Kongsikan resepi sambal hijau. Boleh juga lihat resepinya di sini : Sambal Hijau @ Sambal Ijo
Ini antara bahan yang diperlukan untuk memasak sambal hijau.
Oleh kerana ada tomato hijau, jadi tak perlu banyak penggunaan limau nipis. Bagi Amie cukuplah sekadar rasa sedikit masam sahaja. Tak bubuh jus limau nipis pun rasanya tetap sedap.
Gunakan cili hijau.
Nak rasa lebih pedas, tambahkan cili padi. Dah namanya sambal hijau, kenalah rajin pilih cili padi hijau di antara yang merah tu...ahaks!
Tomato pun nak mula keluarkan warna kuning sebab terbiar beberapa hari di sudut dapur. Dari mula beli, warna hijau, sekarang dah berubah warna.
Jomlah masak.
250 gram cili hijau - buang tangkainya
50 gram cili padi hijau - untuk hasil yang lebih pedas
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji tomato hijau
1/2 sudu kecil jus limau nipis
3 sudu besar minyak untuk menumis
gula pasir secukupnya
garam secukupnya.
Cara memasak:
1. Potong kasar cili hijau dan cili padi
2.Kemudian kukus cili hijau dan cili padi bersama bawang merah, tomato dan bawang putih selama lebih kurang 5 minit.
3. Jika sudah layu, tumbuk bahan di atas secara kasar sehingga sebati.
4. Panaskan minyak dan tumis semua bahan sehingga layu dan terbit aroma.
5. Akhir sekali, tambahkan gula, jus limau nipis dan garam. Kacau rata dan masak sehingga pecah minyak.
6. Angkat dan hidangkan.
7 comments
tergoda tgok sambal ijo kak amie.
BalasPadamtergoda tengok sambal hijau akak tu, teringat arwah nenek dana biasa masak sambal hijau gitu boh tomato hijau rasa dia memang sedap sangat...
BalasPadamtumis bunga betik tu dana tak pernah cuba, tak tahan pahitnya tu kak
wah tak tau lah plak bunga betik boleh buat masak macam tu. selalu dok jumpa, bunga betik tu buat ulam ja cicah budu :D
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamGreat, thanks for sharing this blog post.Thanks Again. Keep writing. Enjoy the power to create and control people in a virtual world where there are no rules with sims 4 news– On Xbox One, PS4 and PC.
BalasPadamSambal hijau tuu ❤
BalasPadamAnak-anak dan ayahnya sangat suka kaki ayam, kalau saya lebih tergiur dengan tumis bunga betik.. Saya belum pernah buat tumis bunga betik, kak Amie, hanya beli siap saji dari warung Manado, takut gagal bila memasaknya sendiri.. Hehehehe
BalasPadam