ADSENSE

Jumaat, 28 Ogos 2020

Tambunan : The Switzerland of the East - Melawat Tugu Tambunan

Tambunan, satu daerah di pedalaman Sabah yang pastinya memukau pandangan dengan suasana hamparan menghijau termasuk sawah padi nan luas terbentang serta keindahan alam semulajadinya yang masih belum tercemar! Tidak cukup rasanya sekadar singgah sebentar tanpa menikmati sepenuhnya muka buminya yang dipenuhi flora, sungai-sungainya yang berair jernih, air terjunnya yang dingin dan kemakmuran hidup masyarakat Dusun di lembah yang indah ini.

Jadi, jolokan Tambunan sebagai Switzerland of the East memang tidak dapat disangkal lagi. Bayangkan keindahan Switzerland, begitulah gambaran Tambunan! Sebelum kita meneroka lebih jauh, baiklah kita berkenalan terlebih dahulu dengan asal-usul kewujudan daerah ini.



Daerah Tambunan mendapat nama dari gabungan dua tempat yang didiami etnik Dusun Tambunan yang dinamakan Gombunan dan Tamadon. Boleh rujuk di sini: The Switzerland of the East - Tambunan, Sabah, Borneo

Ada tajau besar di belakang replika. 

Tajau mempunyai fungsi dan kisahnya yang tersendiri dalam masyarakat Dusun. Nak cerita tentang tajau memang panjang lebarlah! Jika berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, bolehlah tanya Pak Google.


Gambar atas menjelaskan : TAM diambil dari perkataan TAMADON, dan BUNAN dari GOMBUNAN. Maka lahirlah dengan sah nama TAMBUNAN!


Di hadapan pahlawan Tambunan ini, terletaknya Batu Perpaduan Tambunan dengan bintang 7 penjuru melambangkan 7 mukim Tambunan  serta mencerminkan penduduk Tambunan dahulukala dalam 7 potongan padi untuk BAMBARAYON atau semangat padi. Penduduk di sini juga mempercayai "KINOROHINGAN' telah membentuk bumi dalam masa 7 hari. Demikianlah serba sedikit tentang kisah perjuangan lebih kurang 500 tahun dahulu dalam mempertahankan keselamatan kawasan mereka yang dipelopori dua orang pahlawan iaitu Gombunan dan Tamadon.


                     
Kalau kami tidak berkunjung ke sini, memang kami tidak tahu kewujudahan Tugu Tambunan ini.

Anak-anak Sabah kelahiran generasi baru patut tahu tentang sejarah negeri kelahiran mereka. Ada juga manfaatnya Firdaus dan Firah datang melawat ke tempat ini bersama kami. 

Selepas melawat Tugu Tambunan, kami terus bergerak ke Tugu Peringatan Mat Salleh pula. Kisah perjuangan Mat Salleh tercatat dalam sejarah negara. Jadi, namanya bukanlah sesuatu yang asing dalam kalangan rakyat di negara kita.

Nampaknya catatan jalan-jalan ke pedalaman Sabah terpaksa dihentikan di sini dahulu. Tuan tanah akan merayap ke beberapa buah pulau di Semporna mulai esok sehingga hari Isnin. Kena tidur awal, sebab pukul 5 pagi kami akan bertolak ke daerah itu! Jumpa lagi.

Entri berkaitan perjalanan Lahad Datu - Tambunan - Keningau - Tenom - Kundasang:

Khamis, 27 Ogos 2020

Makan Tengahari di D'Putera Cafe, Pekan Tambunan

Kedatangan kami di pintu masuk Pekan Tambunan disambut dengan replika sompoton, iaitu sejenis alat muzik tradisional masyarakat Dusun dan Kadazan yang diperbuat daripada bilah-bilah buluh sejenis sumbiling. 

Kami terus menuju ke D'Putera Cafe, tempat makan tengahari  yang dicadangkan dalam perbincangan sebelum ini.


Maka, di sini kami bertemu setelah terpisah mengikut kenderaan masing-masing dari Lahad Datu. Cafe ini terletak di tepi sungai, berhadapan dengan Alliance Bank Tambunan dan bersebelahan dengan pentas terbuka 3T.

Selamat bertemu kembali Yati, dan adik Lin.
Nanti kita berkonvoi lagi keliling Sabah!

Oleh kerana kami sudah makan tengahari di Ranau, jadi sampai di sini hanya memesan minuman sahaja. Nampak menarik pula hidangan nasi goreng yang Lin pesan.

    

Nampaknya hidangan nasi lauk ikan bolu goreng ada di mana-mana! Cuma cara gorengan itu sahaja yang agak berbeza! Ada yang garing. Ada yang salut tepung. Ada yang nampak biasa sahaja seperti dalam gambar di atas.

Dar bersama si comel Firah, Jus dan Nano.

Selamat menjamu selera dengan hidangan yang dipesan.

Gee dan Lis, jumpa lagi kita di sini setelah travel ke Bangkok awal tahun yang lalu.

Kam dan family. Selalunya kita sama-sama solo ketika travel, tapi kali ini kita bawa anggota tentera masing-masing walaupun ada yang tertinggal... ahaks!

Pesan minuman sejuk untuk hilangkan dahaga.

Budak ini paling seronok dapat ikut jalan-jalan!

Kata Encik Suami, dari jauh datang ke Tambunan jangan lepaskan peluang cuba masakan orang Tambunan! Walaupun perut sudah diisi di Ranau, tapi tambah lagi ruang yang ada dengan menu mee hoon goreng Tambunan pulak!

Selepas itu, kami ke Masjid Nurul Iman untuk menunaikan solat jamak.


Sebenarnya kumpulan kami belum cukup jumlahnya. Ada sebuah keluarga lagi yang terpaksa ditinggalkan kerana masalah kenderaan. Tapi. akan menyusul kemudian mengejar kami. 
Entri berkaitan perjalanan Lahad Datu - Tambunan - Keningau - Tenom - Kundasang:

Rabu, 26 Ogos 2020

Lahad Datu - Tambunan - Keningau - Tenom : Singgah Makan Tengahari di Ranau

Jumpa lagi.
Agak lama tidak bersiaran di ruangan maya.
Malam ini timbul kembali setelah tenggelam beberapa hari.....hiks!
Jom ikut kami jalan-jalan merentas daerah di Sabah.
Perjalanan bermula seawal pukul 6 pagi pada hari Khamis, 20 Ogos 2020 dari Lahad Datu, merentas jalan hingga ke Telupid dan berhenti di Ranau untuk isi minyak dan isi perut. Oleh kerana kami menaiki kenderaan masing-masing bersama keluarga, jadi ada kalanya kami berhenti di tempat yang berbeza untuk tujuan tertentu. 

Sepanjang perjalanan dari Lahad Datu sehingga ke simpang Sandakan, pemandangan kiri dan kanan dipenuhi dengan tanaman kelapa sawit. Melintasi daerah Telupid hingga ke Ranau, mata disajikan dengan pemandangan hutan di kiri dan kanan jalan.

Naik bukit, turun bukit, melalui banyak selekoh, itulah jalan penuh liku yang perlu ditempuh untuk menuju destinasi. Jarak antara Lahad Datu ke Pekan Telupid ialah sejauh 199 km. Kami meneruskan perjalanan ke Ranau, manakala kawan-kawan yang lain berhenti di Telupid untuk qada' hajat dan juga bersarapan.

Jarak dari Telupid ke Pekan Ranau pula ialah sejauh 97 km. 

Apa yang menarik perhatian Amie ialah, di setiap selekoh jalan seolah-olah ada dunia yang berbeza dari jalan yang sedang dilalui!


Ia umpama misteri dengan kisahnya yang tersendiri kerana seolah-olahnya ada sesuatu yang tersembunyi di balik setiap selekoh yang akan dilalui!

Perjalanan sejauh 296 km dari Lahad Datu ke Ranau telah kami tempuhi dengan selamat. Alhamdulillah. Ketika kami tiba di Ranau, jam menunjukkan pukul 10:55 pagi. Memandangkan kereta yang lain masih dalam perjalanan dari Telupid ke Ranau, jadi selepas mengisi minyak kereta, kami singgah di Anjung Selera untuk isi perut.

Pada mulanya kami hanya ingin minum sahaja, tetapi apabila melihat lauk-pauk yang panas berasap tersusun dalam bekas hidangan, Amie pun terus meminta nasi putih. Encik Suami tegur, bukankah makan tengahari di Tambunan? Amie tunjuk ikan patin yang bergolek dalam dulang di tempat lauk-pauk! Amie sangka Encik Suami dan anak-anak tidak makan nasi! Rupanya semua mengambil nasi!

Seperti biasa, setiap hidangan mesti disertakan dengan semangkuk kecil sup kosong!

Siapa sanggup tolak bila berhadapan dengan lauk-pauk yang baru keluar dari belanga? Perut pun sudah berkeroncong sebab sengaja tak ambil sarapan sebelum bertolak. Bukan apa.... malas nak layan perut di pertengahan jalan... ahaks! 

Ikan patin ini sangat menggoda selera!
Tak tahu masak apa, tapi sedap!
Selesai makan, kenderaan yang lain pun sampai di Ranau, dan meneruskan perjalanan ke Tambunan. Kami pun menyusul dari belakang dengan memandu sejauh 63 km lagi untuk sampai ke Pekan Tambunan.

Sebagaimana perjalanan naik bukit turun bukit, bertemu selekoh yang banyak, serta melalui jambatan dan menyaksikan sungai yang berair jernih sepanjang pemanduan dari Telupid ke Ranau, begitu jugalah perjalanan dari Ranau ke Tambunan.

Dan, masih juga berasa seperti akan memasuki suasana atau dunia baru apabila berhadapan dengan selekoh! Teruja untuk mengetahui apakah pemandangan yang ada di hadapan sana!

Akhirnya kami tiba di sempadan daerah Tambunan.

Rasa kagum dan tak sabar untuk menjejak kaki ke sawah..... ahaks! 

Bersambung dalam catatan seterusnya!

Entri berkaitan perjalanan Lahad Datu - Tambunan - Keningau - Tenom - Kundasang:

Rabu, 19 Ogos 2020

Jalan-Jalan Cari Makan di Lepak's Corner

Bila ada perancangan nak jalan-jalan beberapa hari, mulalah kurang rajin nak masuk dapur sehari dua ni..... ahaks! Mula-mula nak bawa Fairuz untuk makan tengahari bersama, tapi Fairuz kata dia ada tugasan yang perlu disiapkan bersama kumpulannya. Jadi, hanya berdua bersama Encik Suami sajalah makan di Lepak's Corner yang terletak di Perdana Square, Bandar Sri Perdana: DI SINI

Jom basahkan tekak dengan cendol biasa.

Rasanya manis-manis manja. Encik Suami suka rasa begini.

Banyak juga pilihan menu di sini. Selain masakan tempatan, ada juga menu western. Bila terpandang ada menu ikan bolu tanpa tulang, kita pun tak fikir dua kali. Terus order! Isshhh....issshhhhh! Tak boleh nampak ikan bolu goreng tanpa tulang rupanya kita ni! Tiba-tiba teringin nak hirup kuah tom yam. Jadi, pesanlah satu mangkuk seafood tom yam. 


                   
Set nasi dengan ikan bolu goreng tanpa tulang yang baru digoreng tiba di meja kami. Ada sambal, beberapa keping tempe goreng dan keropok bawang.

Kita terbalikkan ikan bolu..... sedapnya! Tempe goreng yang bulat-bulat tu nampak comel. Sedap! Sambalnya pun sedap, tak pedas sangat. Rasanya sambal ini sambal cili padi campur tomato dan udang. Oleh kerana sudah banyak kali Amie paparkan ikan bolu ketika makan di restoran, bukan bermakna hidangan ini ada di kebanyakan restoran tau. Cumanya, kalau kebetulan masuk restoran, dan terjumpa menu ikan bolu goreng tanpa tulang, memang Amie tak lepaskan peluang untuk memesannya! Tanpa disedari, rupanya Amie ini peminat ikan bolu!

Sewaktu Amie pesan ikan bolu goreng tanpa tulang, Encik Suami mengingatkan : Kata tadi nak makan western food. Kita jawab: Lupakan dulu. Nak makan ikan bolu...hiks!
Jadi, Encik Suami seoranglah yang pesan western food: Chicken Chop Duo Platter. Kalau ada Fairuz memang ada gang makanlah sebab Fairuz pun suka menu western.

Sekian, perkongsian tempat makan di Bandar Sri Perdana, bandar baru yang tidak sampai pun 500 meter jaraknya dari taman perumahan kami. Kalau tersesat di sini, bolehlah singgah rumah kami.