Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini teringin pula hendak berbuka puasa dengan cekodok pisang. Melihat sesikat pisang saba yang masak ranum, tentu tambah lemak manis dilenyek dengan tepung, sedikit gula pasir dan secubit garam. Bubuh sedikit serbuk penaik. Apabila digoreng tenggelam, terbit aroma pisang yang harum.
Selamat berbuka puasa hari ke-14.
Apa hidangan berbuka rakan-rakan hari ini?
Amie berbuka puasa dengan cekodok pisang dan minum jus tembikai.
Apa hidangan berbuka rakan-rakan hari ini?
Amie berbuka puasa dengan cekodok pisang dan minum jus tembikai.
Cekodok Pisang |
Jus Tembikai |
Hari ini balas dendam sebab kelmarin tak masak nasi dan masak asam pedas ikan pari. Jadi selain makan cekodok pisang, kami makan nasi berlauk:
- Asam Pedas Ikan Pari
- Sayur Campur Taugeh & Kucai
- Udang Galah Goreng Garam Kunyit
- Telur Masin
Hidangan Berbuka Puasa |
Asam Pedas Ikan Pari |
Puas hati dapat masak Asam Pedas Ikan Pari. Tak ada daun kesum dan bunga kantan, Amie gunakan serai dan daun limau purut sahaja. Itu pun sudah cukup sempurna rasanya. Kuahnya nampak berlinang-linang berkilat kerana beberapa kali terbit minyak, renih dan terus renih sehingga pekat.
Sayur campur : taugeh, lobak merah, kacang buncis & kucai. |
Telur Masin |
Udang Galah Goreng Garam Kunyit |
Perut kenyang makan cekodok berketul-ketul dan minum dua gelas jus tembikai. Alhamdulillah.