ADSENSE

Khamis, 30 Ogos 2018

Incheon Airport - KLIA2 - KLIA - Tawau -Lahad Datu

23 Ogos 2018.
Incheon Airport.
Terima kasih buat Christine yang sempat menghantar kami di lapangan terbang, yang memberikan khidmat cemerlang sepanjang percutian kami.
Terima kasih pada segalanya buat Nazatul yang masih bersama kami sehingga selamat tiba di KLIA2, yang sentiasa ceria, yang sentiasa membantu kami, yang sentiasa mengambil berat segala masalah kami dan menjadikan percutian kami penuh gelak ketawa sepanjang masa! Ini merupakan kali pertama Amie bergerak dalam kumpulan yang begitu ramai, tetapi pengurusannya sangat lancar!
Alhamdulillah, berkat doa sebelum dan sesudah berangkat ke destinasi, segalanya berjalan dengan lancar. Syukur kepada Allah kerana kami diberi peluang melihat muka bumi-Mu yang teramat luas dan mengambil iktibar dari pengalaman sepanjang perjalanan.
Buat semua rakan peserta trip Korea Selatan 19-23 Ogos 2018, selamat bersilaturahim, terima kasih dan maaf andai ada perkara atau perkataan yang menyinggung sepanjang kita bersama. 

 Selesai menunaikan solat di musolla, kami mula bergerak menuju ke pintu 123 untuk menaiki train.



 Terpegun seketika mendengar tiupan seruling gadis Korea.

Yang nak habiskan won danberminat dengan banana uyu bolehlah singgah di sini. Selepas ini tak ada pemeriksaan lagi (imigresen), dan selamat kalau nak bawa cecair (susu pisang) masuk kapal terbang heheheeee!

Terima kasih sekali lagi buat Dayah, teman berjalan dan teman sebilik, teman suka dan duka sepanjang bermusafir di bumi Korea.

Dalam perjalanan ke pintu 123, terpandang Korea Traditional Cultural Experience Center. Sesiapa yang tidak berkesempatan memakai hanbok, bolehlah berbuat demikian di sini. Percuma!

 Air Asia X yang dinanti akhirnya tiba jua! 
Perjalanan udara perlu ditempuhi selama 6 jam 20 minit.
Memandangkan perut tidak meragam sepanjang berada di Korea, maka Amie beranikan diri membeli nasi lemak di dalam kapal terbang.

Ni kes tak ada kerja lain nak dibuat. Ambil gambar nasi lemak sebenar, dan bandingkan dengan gambar .

Sama saja kan?
Lepas makan, tertidur seketika.
Bila terjaga, rupanya kapal terbang sedang hendak mendarat.
Beitu begini, lewat pukul 11 malam barulah Amie dapat menaiki KLIA Transit dari KLIA2 dan menjejak kaki ke KLIA pada pukul 11.47 malam. 

7.25 minit pagi terbang dari Kuala Lumpur ke Tawau.

 Dan bertemu si jantung-jantung hati!
Kami tidak terus balik ke Lahad Datu, sebaliknya menuju ke Semporna, bermalam di sana.

 Wajah-wajah yang dirindui!

Petang 25 Ogos 2018, bersamaan hari Sabtu, selamat sampai ke LD
In shaa Allah, ada rezeki dan umur panjang, serta waktu yang bersesuaian akan bercuti lagi bersama ARBA TRAVEL & TOURS.

Entri berkaitan dengan percutian ke Seoul & Pulau Nami:








Traditional Korean Food

Sedar tak sedar, kami sudah menghabiskan masa selama 5 hari bersama untuk trip musim panas ke Seoul dan Pulau Nami. Hari terakhir ini Christine membawa kami menikmati makanan tradisional Korea. Selama ini hanya tahu makan masakan Padang yang pelbagai, tetapi di sini tidak kurang hebatnya!

Masakan tradisional Korea yang dihidangkan pada tengahari 23 Ogos 2018 itu termasuklah nasi (rasa nasi pulut dibubuh kekacang, dan dalam keadaan masih panas, dihidangkan dalam mangkuk panas berwarna hitam). Selain sup dan ikan mackerel, meja kami dipenuhi dengan pelbagai lauk sampingan (banchan).

Disebabkan begitu banyak banchan, sampai tak tahu nak pilih mana satu. Akhirnya kembali kepada sunnah Rasulullah, ambil mana yang dekat dengan kita. He he heee... sesungguhnya memang tak terjamah kesemua hidangan yang disajikan itu!

 Jom Kak Peah.
Apa tunggu lagi.
Bismillah.












Selain air sejuk, kami turut dihidangkan dengan teh panas. Sedap betul hirup teh panas yang wangi selepas makan. Tak gitu, Kak Rafeah...hihiiii!

Kalau nak minum selain air sejuk dan teh panas, boleh ambil sendiri minuman sejuk lain di sebelah kaunter pembayaran.


 Alhamdulillah.
Selesai makan tengahari.

 Pandai rupanya kami makan masakan Korea.



 Dah kenyang makan, mata pun mulalah melilau melihat-lihat kiri kanan. 


Dari pengamatan di restoran ini, nampaknya ada sesuatu yang baru Amie pelajari.
Kalau di Bukit Tinggi, lauk-pauk masakan Padang secara tradisionalnya pinggan mangkuk  disusun satu persatu di atas lengan, tetapi di sini berbeza pula caranya.

Restoran ini memang telah menyediakan troli untuk mengambil meja makan setelah pelanggan selesai menikmati hidangan, dan akan menghantar meja penuh berisi hidangan juga dengan menggunakan troli lalu diletakkan di atas meja pelanggan.

 Nampak cekap, cepat dan tersusun betul pekerja restoran menjalankan tugasnya melayan pelanggan.

 Memang jempul gue bagi!

Satu lagi, kalau nak masuk toilet, sila dapatkan nombor ID di kaunter...he he heeee!

Wokeeeyyy...
Sebelum mengakhiri entri kali ini, Amie paparkan beberapa keping gambar kenangan pada hari terakhir berada di Seoul.

Sumber : Whatsaap Group


Lepas makan, jangan lupa uruskan kami di Incheon Airport tau...hihihiii!


 Rasa sayulah pula bila dikenangkan hari itu.... Khamis, hari terakhir menjejak kaki di sini.


Walaupun kami tiba pada muism panas, tapi kami pulang ketika musim luruh akan menjelma tidak lama lagi. Daun-daun marple pun mula kelihatan berguguran di atas anak-anak tangga yang kami lalui.

Dan sudah tentunya kami teringat bas besar berwarna ungu, yang penuh muatan kami seramai 39 orang termasuk tour leader, tour guide dan pemandu yang menjalankan tugasnya dengan sempurna.

Lupa nak tanya nama pemandu bas kami ini. Orangnya sentiasa sopan, menepati waktu dan sangat penyabar. Moga sentiasa sihat dan bertenaga agar dapat meneruskan khidmat membawa pelancong demi  memperkenalkan Korea kepada mata dunia.

Entri berkaitan dengan percutian ke Seoul & Pulau Nami:


Gyeongbokgung Palace (경복궁) , Royal Guards Changing Ceremony & Gwanghwamun Plaza

Annyeong yeorobun☺ Oh  it's already your departure day😢  We will meet at 08:20 and go to Gyeongbokgung Palace.  After tour of the palace we will watch Royal Guards Changing Ceremony at 10:00 and move forward to Gwanghwamun Plaza.  We will visit Sejong Museum and then move to lunch restaurant and to the airport.  Your flight departure time is 16:25.  Let's enjoy the last day full of fun😍
See you soon☺
Oh!
Tak disedari rupanya sudah sampai ke penghujung percutian!
Sedih pula baca mesej Christine.


Gyeongbokgung Palace merupakan salah sebuah istana yang tercebsar di antara 5 buah istana yang dibina semasa Dinasti Joseon. Kawasan istana ini terletak di sebelah utara kota Seoul. 

 Kami memasuki kawasan istana dari pintu belakang.



 Kawasan istana ini sangatlah luas. Cuaca pula sangat panas!


 Sebelum pintu pgar masuk ke istana dibuka, kami sempat jelajah kawasan di sekitar pintu masuk.






Sumber  Whatsaap Group










Sempat pula mengambil gamar segala jenis labu di sini. Ketika itu kita pun dipanggil untuk masuk kawasan istana. Tinggallah segala mak labu dengan labu-labu sayungnya!

Menurut sumber sejarah Korea, istana ini dibina pada tahun 1392 oleh seorang arkitek bernama Jeong do jeon. Kedatangan Jepun pada 1592-1598 telah menghancurkan istana ini. Kemudian usaha membangun dan membaikpulih dilakukan dengan terbinanya 330 buah bangunan serta 5,792 buah bilik.Istana ini berada di kawasan seluas 410,000 meter persegi. Istana ini menjadi gah semula di bawah pimpinan Heungseondaewongun semasa pemerintahan Raja Godong pada tahun 1852-1919.




Binaan istana ini nampak kukuh, dengan pelbagai ukiran pelbagai motif yang mencerminkan budaya hidup mereka.


Walaupun bukan diperbuat daripada batu marmar seperti Taj Mahal, tetapi terpapar kreativiti serta kesungguhan mengukir serta menyusun batu-bata menjadi bentuk yang bermotifkan ketinggian seni pada masa itu.
















 Selain pintu dan tingkap yang dibina dengan rapi, lihat pula bahagian bumbung!





Istana ( geoncheonggung) ini dahulunya merupakan tempat tinggal Raja Gojong dan permaisurinya Ratu Myeongseong. Raja Gojong dikatakan tidak pernah kembali ke istana ini setelah permaisurinya dibunuh dengan kejam sewaktu pendudukan Jepun.

 Sempat mengintai di bahagian dalam.
Apa yang ada di sana?

 Oh! Begini suasananya.


Barangkali kalau Amie buat kajian terlebih dahulu tentang istana ini, mungkin banyak info boleh dikongsikan. Bagaimanapun, jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut, rajin-rajinkanlah bertanya sama itu Pak Google....ngeee!





Jom kita lihat hiasan atau ukiran di bahagian bumbung dengan lebih dekat. Nampak cantikkan?








Binaan yang cantik dengan sentuhan tradisional Korea ini tersergam di tengah tasik. Memang rasa tenang dan mendamaikan apabila berada di sini. Tiupan angin yang lembut dingin melupakan seketika ciaca yang terik ketika itu. Binaan ini dinamakan Gyeonghoeru. Banyak ikan besar berenang-renang di dalam tasik ini.


Sumber : Whatsaap Group








 Ramainya orang berkerumun di bangunan ini. 

 Apa yang mereka sedang saksikan?

 Sumber : Whatsaap Group

Inilah Geunjeongjeon atau Imperial Throne Hall. Antara fungsinya termasuklah sebagai tempat raja menyambut utusan asing, pertemuan kaki tangan kerajaan, periystiharan raja serta acara pertabalan keluarga diraja dan sebagainya.




 Para pengunjung istana dengan pakaian hanbok yang cantik!

Gambar di atas menunjukkan dua era yang berbeza iaitu era pemerintahan diraja dan era Korea moden yang ditandai dengan binaan dua bangunan yang berbeza. Binaan tradisional tersebut ialah Heungnyemun iaitu pintu gerbang yang kedua setelah melepasi pintu gerbang  pertama iaitu Gwanghwamun.

Tinggallah dahulu istana  yang menempatkan balai penghadapan ini, sebab kami akan menyaksikan Royal Guards Changing Ceremony tepat pukul 10 pagi bertempat di tanah lapang antara Heungnyemun dan Gwanghwamun.



Nampaknya para pengunjung sudah berkumpul menanti acara yang akan berlangsung sebentar lagi.

 Para pengawal istana.

 Pegawai istana.

Sedang asyik menyaksikan acara yang baru bermula, tiba-tiba hujan gerimis turun membasahi bumi!

 Acara masih diteruskan, namun langit mendung terus mencurahkan hujan!



 Akhirnya diumumkan pembatalan acara tersebut, tidak dapat diteruskan kerana hujan semakin lebat.



 Kami pun terpaksalah berlarian mencari tempat perlindungan.

Bagaimanapun, di bawah pintu gerbang Gwanghwamun, para pengunjung boleh mengambil gambar.



 Nampaknya ramai pencinta budaya datang ke sini dengan memakai hanbok!

 Apa pun kami terpaksa tinggalkan Gwanghwamun untuk ke destinasi seterusnya.

Meninggalkan pintu gerbang istana terbesar di Korea Selatan, kami menapak ke Gwanghwamun Plaza.





 Tugu King Sejong.





 Tugu Admiral Yi Shunsin.



 Sempat tangkap bunga-bunga segar disiram air hujan!



Seterusnya kami ke Sejong Museum.









 Untuk lanjut boleh klik di sini : YI SUN-SIN.

Memandangkan ketika ini kami menunggu waktu untuk bergerak ke restoran pada pukul 11 pagi, jadi cuci mata dulu di sini. kalau ada yang tak cukup souvenir, bolehlah sambung beli di sini, sebab selepas makan tengahari kami terus bergerak ke lapangan terbang.


Wokey...
Jumpa lagi waktu makan tengahari nanti.


Entri berkaitan dengan percutian ke Seoul & Pulau Nami: