Coto Ayam Makassar
6:02 PTGBertemu lagi dalam entri Coto Ayam Makassar.
Dalam entri yang lepas, ada yang bertanya bolehkah organ dalaman dalam Coto Makassar digantikan dengan bahan lain. Sebenarnya banyak kali juga Amie terangkan dalam entri-entri sebelumnya, ada pilihan lain selain perut / limpa / paru boleh gunakan daging atau ayam. Ikut sukalah mana yang nak dipilih.
Dalam entri Amie yang lalu, selalu juga Amie terangkan perbezaan di antara coto dengan soto. Dalam kamus Wikipedia, selain soto atau coto, ia juga dikenali dengan nama stroto! Dalam Kamus Dewan kita pula kata, soto ialah sejenis makanan seperti sup yang dicampur dengan daging ayam bersama nasi himpit (mi, taugeh dan lain-lain). Apa pun sebenarnya soto ni memang pelbagai! Soto dikaitkan dengan kuahnya yang kelihatan lebih jernih, manakala coto pula kuahnya lebih gelap - pekat sedikit sebab ada campuran kacang tanah.
Kali ini tajuk entri ialah Coto Ayam Makassar, dan bukannya Coto Makassar seperti kebiasaannya. Oleh kerana ada yang bertanya, bolehkah gantikan daging lembu (dan bahan dalaman lembu) dengan ayam, jadi Amie paparkan Coto Ayam Makassar. Sebenarnya Amie pernah kongsikan paparan Coto Ayam Makassar tetapi Amie tidak sertakan resepinya. Jadi, perlu faham ada beza di antara soto dengan coto. Apabila disebut coto ayam, bemaksud kuahnya tidak sama dengan soto ayam yang biasa kita makan. Eloklah disambung terus rangkaikata Coto Ayam Makassar supaya tidak keliru.
Coto Ayam Makassar dengan Buras |
Coto Ayam Makassar dengan Buras |
Bahan-bahan isi dan kuah:
- 1/2 ekor ayam (anggaran 800 gram) - potong 2
- 2 batang serai - diketuk
- 3 cm halia - diketuk
- sedikit garam /perasa pilihan
- 2 liter air basuhan beras yang ketiga
Cara:
- Masukkan ayam ke dalam periuk dan tambahkan air basuhan beras, serai, halia dan garam / perasa pilihan.
- Rebus dengan menggunakan api perlahan sehingga ayam empuk.
- Apabila ayam rebusan sudah empuk, keluarkan dari periuk.
- Biarkan air rebusan terus mendidih dengan api perlahan.
- Sementara itu boleh panaskan minyak dan goreng ayam yang direbus tadi hingga kekuningan. Kemudian carik-carik isi ayam goreng tadi.
Bahan kisar:
- 7 biji bawang merah
- 3 biji bawang putih
- 1 sudu besar ketumbar biji
- 1 sudu kecil jintan putih
- 4 batang serai - ambil isinya yang putih - hiris -hiris
- 2 cm lengkuas
- 2 cm halia
- 1 sudu kecil lada putih
- 3 sudu besar minyak
1 cawan kacang tanah goreng - kisar halus (jika sukakan kuah lebih pekat, boleh tambahkan kacang tanah) Amie gunakan kacang tanah tak berkulit. Kalau inginkan kuah warna gelap, boleh gunakan kacang tanah berkulit.
garam / perasa pilihan
Cara memasak:
- Panaskan minyak dan tumis kesemua bahan kisar kecuali kacang tanah kisar dan garam hingga pecah minyak.
- Kemudian masukkan bahan tumis ke dalam air rebusan yang sedang mendidih.
- Seterusnya masukkan bahan pemekat dan penyedap serta pelengkap untuk kuah iaitu kacang tanah kisar.
- Kacau rata dan biarkan mendidih seketika sehingga sebati dah kuah agak pekat. Pekat sedikit saja ya, bukannya pekat macam kuah kacang nak makan dengan sate tu.... ahaks! Pandai-pandailah mengagak macamana untuk selera sendiri. Macam kuah laksa juga. Ada yang suka cair, tak kurang juga yang suka pekat.
- Ketika ini kalau kuah tak cukup rasa, bolehlah tambah garam / perasa pilihan.
- Padamkan api dapur.
Coto Ayam Makassar ini enak dinikmati bersama buras, taburan bawang goreng, daun sup, daun bawang, limau kasturi dan sambal / kicap lada. Kalau tidak ada buras, boleh gantikan dengan nasi himpit atau ketupat nasi. Kalau tidak ada kedua-duanya, bolehlah dimakan bersama mee hoon atau suhun yang sudah dicelur terlebih dahulu.Ikut selera masing-masinglah nak makan dengan apa.
Coto Ayam Makassar dengan Mee Hoon |
Ada kuah coto lebihan masakan kelmarin. Encik Suami simpan dalam peti sejuk. Hari ini Amie panaskan semula. Oleh kerana tidak ada buras, Amie gantikan dengan mee hoon. Jadilah juga Coto Ayam Makassar.
Wokey!
Tak boleh lama-lama membebel di sini.
Amie nak sambung baca travelog.
Sekarang sudah hampir 3/4 baca travelog Krabi - Pergi Naik Bas, Balik Naik Tren.
Jumpa lagi.
Harap esok dapat baca buku lain pula.
20 comments
Setiap kali baca pasal coto makassar masakan cikgu ni setiap kali tu semangat nak mencuba masak..Tengok buras tu pun rasa nak cuba buat juga..Tapi belum kesampaian lagi..
BalasPadamSaya masih tak mahir buat buras walaupun dah ikut tutorial. Tangan masih keras lagi hihihiiiii.
PadamSaya baru tahu beza soto dan coto.
BalasPadam1st time dgr coto, sedapnyaa, boleh cuba ni..
BalasPadamSaya pun baru tahu beza coto dan soto. Lajunya Amie membaca. :)
BalasPadamAda yang suka masukkan kacang tanah goreng ketika makan soto tapi rupanya ada makanan yg masukkan kacang tanah kisar iaitu coto. Mgkin boleh dicuba satu hari nanti cuma ada tekak yang cerewet la plak kat sini, hihi
BalasPadamOk first time tau jenis makanan coto ni...
BalasPadamTengok kuah nya, ok baru nampak beza ngan soto...
:)
Nampak sedapnyer
BalasPadamCoto dan soto, lebih kurang je bunyinya tapi lain rupanya hehehe
BalasPadamPuan memang hari-hari memasak ke? Macam-macam makanan dimasak. Terbaiklah. Hebat!
BalasPadamsedapnya kak Amie..berselera shida tgk menu kak AMie :)
BalasPadamAkak dok ulang sebut-soto,coto,soto,coto..
BalasPadambeza nama nrasanya juga
BalasPadamIngatkan typo td rupanya namanya mmg coto.. guna air basuhan beras ye kak? br tau ni
BalasPadamOk, baru tau kewujudan coto. Ingatkan typo tadi. Huhu. Guna air beras untuk memasak tu serius saya tak pernah cuba. Menarik ni.
BalasPadamCoto ke namanya ingatkan soto tp lebih kurang isinya. Menu menarik kak amie
BalasPadamMenggoda betul lah kak...
BalasPadamSA baru ni adala cuba nak masak Coto Makassar ni...last2 jadi mee sup...hahahaha....
BalasPadamBaik baik faham dah soto, coto, coto ayam makassar, coto makassar. Terima kasih untuk penerangan tu, barulah tahu soto ni pelbagai rupanya.
BalasPadamSaya ingatkan ejaan je lain.. rupanya masakannya pun berbeza.. menarik untuk dicuba..
BalasPadam