Travelog Normi Nas

8:11 PTG

30 Mei 2021, terpandang iklan Jualan Penghabisan Stok Travelog Normi Nas. Tarikh akhir promosi pada 31 Mei 2021. Masa sudah terlalu suntuk untuk fikir dua kali. Disebabkan waktu itu agak sibuk, Amie minta tolong Abang Farid belikan dahulu. Nanti boleh claim bayaran penuh termasuk harga pos.

Alhamdulillah, hari ini J&T sampaikan bungkusan Travelog Normi Nas sebanyak 6 buah. Jom kita belek-belek tajuk dan selak dua tiga helai, dan terus ke belakang kulit buku.

Travelog Normi Nas


Backpack HARBIN -23'C

Kisah kembara sejuk beku tetapi kekal hangat di ingatan. Buat pertama kali penulis mengalami suhu -23'Celcius. Di Harbin, penulis melawat Festival Ais dan Salji Antarabangsa. Bongkah-bongkah ais diukir menjadi struktur terkenal di dunia. Salji juga dibentuk pelbagai rupa. Hasilnya sudah tentu menakjubkan! Penulis juga meneroka bandar Mudanjiang. Kemudian ke Suifenhe, sempadan China - Rusia dan dapat menyaksikan sendiri pertembungan dua budaya yang unik.

Backpack Jejak AVATAR di China

Penulis berasa bertuah dapat jejakkan kaki ke empangan terbesar di dunia, menaiki kereta kabel terpanjang di dunia dan berjalan-jalan di sungai tercantik di dunia. Semuanya bertaraf dunia. Lagi bertuah apabila dapat melihat kawasan gunung-ganang yang menjadi inspirasi filem Avatar. Pemandangan sebegitu bukan hanya sekadar fantasi, tetapi ia benar-benar wujud di alam nyata!

Backpack INDIA Punjab ke Kashmir

Menurut penulis, India merupakan negara yang paling buruk pernah dilawati tetapi India jugalah negara paling indah dalam 16 negara yang pernah dijejakinya sebelum ini. Ada tempat yang paling kotor, tetapi sebahagian daerah ia begitu bersih sehingga ke belakang bangunan. Penulis juga terjumpa manusia gila seks di sana tapi tak kurang juga manusia jujur yang turut ditemui. Katanya lagi, semua negara pun begitu tetapi India ekstrem, sama ada paling hebat atau sebaliknya.

Backpack Bonceng Motor : Medan - Parapat - Berastagi

Berlainan dengan kembara  sebelum ini, penulis banyak menggunakan pengangkutan awam. Kali ini penulis bonceng motor ke beberapa daerah di Sumatera Utara!

Backpack BRUNEI Datang Disambut TAUFAN

Mengembara ke Brunei, bunyinya seperti pelancongan santai dan tenang. Namun tidak kepada penulisnya. Nampaknya pengembaraan ke Brunei ini tidak setenang yang difikirkan. Mengapa buku ini diberi judul Datang Disambut Taufan? Apa yang berlaku seterusnya? Apa yang memukau di Brunei? Bagaimana pula karakter dan budaya orang Brunei? 

KRABI Pergi Naik Bas, Balik Naik Tren

Ini bukan percutian ala-ala datin!
  • Saya terasa seperti mahu memasukkan tangan ke celah lubang kaunter yang muat dua tangan itu dan mencekik pegawai itu semahunya!
  • Hati gembira dan bersyukur kerana berjumpa orang senegara. Di sini tiada lagi Cina atau Melayu. Di sini orang Malaysia bersatu.
  • Lelaki yang membawa kami segera mencangkukkan sabit yang sentiasa ada di tangannya ke telinga Dik Dik!
  • Memang mencabar! Demam terus, malah ada sesuatu yang lebih menakutkan berlaku ke atas saya. Jeng jeng jeng!


Selain 6 buah buku travelog, dikirimkan sekali penanda buku, sekeping poskad, sebatang pen, diskaun tambahan 2% untuk pembelian buku seterusnya dengan harga atas RM60 (Shopee sahaja) dan dua biji gula-gula KOPIKO. 



Cepat jew semut nak mengejar gula-gula KOPIKO tu!

Memang tak sabar nak baca, tapi malam ini terpaksa siapkan tugasan yang asyik tertangguh! Esok pula dari pukul 9 pagi sehingga 5:15 petang Amie ikut serta kursus online. Mudah-mudahan ada masa yang sesuai untuk konsentrasi baca buku travelog ini sebagaimana Amie boleh tamatkan bacaan novelog /travelog Ustazah Basikal Siri 1 dan 2 tempohari!

15 comments

  1. Rajinnya Puan Amie baca buku. Selamat membaca.

    BalasPadam
  2. Selamat membaca. Tak boleh travel secara fizikal, kita baca jelah pengalaman orang dulu

    BalasPadam
  3. Bagus-bagus buku sekarang. Alhamdulillah, rakyat Malaysia mula mendokumentasikan apa yang dilakukan. Buku sebegini nampak santai, tapi pasti ada isi-isi yang bermaklumat yang diperlukan untuk dirujuk oleh generasi kini dan generasi akan datang.

    BalasPadam
  4. banyak buku yg dibeli mmg rajin membaca bagus sgt menambah tahu ilmu

    BalasPadam
  5. Tabik spring dengan cikgu Amie yang suka membaca.Kata orang kalau rajin membaca dapat elakkan nyanyok kerana otak bekerja..Wallaua'lam

    Selamat mentelaah

    BalasPadam
  6. Wow, Amie suka ye, baca buku-buku bercorak travelog macam ni.
    Menarik kan, bila kita dapat tahu tentang negara orang. Selamat membaca, ye! :)

    BalasPadam
  7. Wah selamat membaca!! Seronok juga membaca buku travelog ya sebab kita boleh tahu macam-macam dari pengalaman orang lain

    BalasPadam
  8. menariknya buku travelog ni. slmt membaca kak amie..

    BalasPadam
  9. Dalam sibuk bergoogle meet, memasak untuk keluarga, masih sempat ber-travelog dgn buku2, i salute

    BalasPadam
  10. Seronoknya membaca kan kak amie...kak amie nak tanya ni..kat mana nak beli buku2 travelog normi nas tu...

    BalasPadam
  11. Banyaknya buku tentang normi mas ni. Nampak menarik dan best la kak amie

    BalasPadam
  12. Special buku ni penulisan dari pengalaman. Dan cover buku pun hasil dari gambar travelog penulis. Selamat membaca Kak Amie :)

    BalasPadam
  13. wah bestnya macam2 cerita menarik...suka baca pengalaman orang travel ni apa lagi kalau gaya bahasa yang santai tapi masyuk dalam jiwa...best best...mana nak dapat ya

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe