Makan kekapis memang mengasyikkan! Apalagi kalau hanya dimasak secara ringkas, kemanisannya dan kekenyalannya terasa begitu enak sekali. Tapi kali ini Amie cuba resepi Kekapis @ Scallop Masak Lemak Cili Padi pula. Walaaaa......
Bahan-bahan:
500 gram isi kekapis yang telah dibersihkan
200 ml santan pekat
1 batang serai - dititik
1 keping asam gelugur
garam / perasa pilihan
minyak
Bahan tumbuk:
15 biji cili padi
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
sedikit belacan
sedikit kunyit hidup
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan tumbuk bersama serai hingga wangi.
2. Masukkan kekapis dan asam gelugur. Kacau seketika dan tambahkan santan pekat.
3. Apabila santan mula mendidih, masukkan garam / perasa pilihan.
4. Padamkan api dapur.
Jangan ambil masa yang lama untuk masak kekapis sebab nanti kurang kemanisan dan kekenyalannya bertukar liat pula!
Teringin pulak nak makan Ayam Gerang Asam!
Apa yang menarik tentang resepi ala nyonya ini?
Kalau anda perasan, selepas makan... walau sudah cuci tangan sebersih-bersihnya kecuali kalau banyak bermain sabun sebab cuci banyak pinggan mangkuk, anda masih dapat bau banyak aroma pada tangan anda! Apa tidaknya... tangan anda telah menggaul gerang asam bersama nasi... dan terdapat pelbagai gabungan bahan serta herba dalam gerag asam tadi! Bayangkan, bila daun kesum dan bunga kantan bertemu dengan belacan, ditambah pula dengan lengkuas dan serai, kunyit hidup tidak ketinggalan! Oh....! Sesiapa yang belum pernah mencuba resepi ini, anda patut mempelajarinya satu persatu supaya tidak tertinggal bahan masakan tersebut!
Bahan-bahan:
175ml minyak
0.5 liter air
35 gram asam jawa - bancuh dengan sedikit air
1kg daging ayam - 10 keping
3 tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan
2 sudu teh gula
1.5 sudu makan serbuk ikan bilis
Bahan kisar halus:
25 tangkai cili kering
300 gram bawang merah
3 ulas bawang putih
7 biji buah keras
2 cm kunyit hidup
2.5cm lengkuas
4 batang serai
1.5 sudu teh serbuk belacan
Hiasan: daun limau purut, daun bawang & hirisan cili
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar halus sehingga wangi.
2. Masukkan air asam dan biarkan bahan-bahan tersebut mendidih.
3. Selepas itu masukkan daun kesum dan bunga kantan dan renihkan selama 8 minit.
4. Besarkan api dan masukkan perasa serta ayam. Biarkannya sehingga daging ayam empuk atau masak.
5. Tutup api dapur setelah kepekatan kuah memenuhi citarasa masing-masing.
Kalau nak tau lepas makan ada tertinggal bau atau tidak di tangan anda, kenalah cuba dulu!
Siapa tuan punya resepi kuih gunting @ kerepek gunting yang kita makan sejak zaman kanak-kanak lagi? Amie masih ingat lagi kalau sudah di penghujung Syawal, ketika kuih muih tinggal keladak, kalau berkunjung ke rumah jiran, ada segenggam dua kuih gunting dihidang bersama! Biasanya kalau di sekolah, kawan-kawan pasti akan membawa kudap-kudapan ini untuk dimakan waktu rehat! Nampaknya kuih gunting @ kerepek gunting atau ada juga yang sebut biskut gunting ini 'evergreen' sifatnya... sebab kuih ini masih belum dilupakan dari dulu, kini dan harap terus kekal pada masa akan datang! Membuatnya tidaklah sesukar mana, dan bahan-bahan yang digunakan pun bahan biasa yang digunakan untuk masakan harian.
Bentuk kuih gunting pun macam-macam. Ada yang digunting kecil-kecil macam biji-biji kacang, dan biasanya bentuk begini rasanya agak keras! Ada yang digunting nipis dan serong pula. Rasanya pun pelbagai. Ada yang rasa kari, ada yang masin begitu saja. Ada pula yang agak pedas! Pendek kata, apa pun bentuk guntingan dan rasanya, kami tetap menggelarnya kuih gunting! Jadi... siapa tuan punya resepi kuih gunting @ kerepek gunting ini? Entahlah... milik bersama kot sebagaimana hasil warisan budaya yang lain seperti pantun dan gurindam yang tiada nama pengarangnya, sebab dikongsi bersama secara turun-temurun melalui tradisi lisan.
Pagi tadi, semasa sedang mengemas mana yang patut, kami dikejutkan dengan pengumuman melalui pembesar suara yang disampaikan oleh pihak berkuasa supaya mematuhi arahan perintah berkurung! Oleh kerana rumah kami berhampiran dengan jalan utama Lahad Datu - Tawau, jadi memang jelas kedengaran arahan tersebut! Nampaknya kami terpaksa menjalani perintah berkurung mulai 6 petang sehingga 6 pagi sehingga 2 Ogos ini. Terbayanglah suasana raya yang barangkali tidak semeriah seperti tahun-tahun sebelum ini. Biasanya pada hari Ahad kami akan keluar ke pasar atau pasaraya mencari apa yang patut, tapi hari ini kami lebih selesa duduk di rumah sahaja.
Wokeeeyyy... kita kembali cerita tentang kuih gunting yang Amie buat pagi tadi. Kalau kuih gunting orang lain bentuknya comel je, tapi kuih gunting kita nampak kasar semacam aje, nampak benarlah kemalasannya he hehehhe... tapi dari segi rasa, jangan marah ye kalau Amie kata kuih gunting Amie ini sedap! Terlajak sedap tau!
Jom tengok sukatan dan resepi yang Amie buat seperti di bawah ini.
Bahan-bahan:
4 cawan tepung gandum
1 cawan bawang merah & putih goreng - hancurkan
1/2 cawan udang kering - rendam hingga kembang dan tumbuk halus
1 sudu makan jintan manis - ratakan
2 sudu makan serbuk kari - ratakan
2 pelepah daun kari - lurutkan
1 sudu makan serbuk pati ayam MAGGI atau garam
1 cawan air
1/2 cawan minyak panas
minyak
Cara:
1. Masukkan tepung gandum ke dalam sebuah bekas / mangkuk.
2. Masukkan bawang merah & putih yang dihancurkan, udang kering tumbuk, jintan manis, serbuk kari dan serbuk pati ayam MAGGI.
3. Tuangkan minyak panas dan gaul rata.
4. Tuangkan sedikit demi sedikit air dan gaul lagi sehingga adunan menjadi sebati dan tidak melekat.
5. Biarkan adunan selama 10 minit.
6. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut suka dan bulat-bulatkan untuk memudahkan proses mencanai.
7. Taburkan sedikit tepung gandum di tempat untuk mencanai supaya tidak melekat. Canai doh sehingga nipis dan kemudian bolehlah dipotong ikut saiz yang dikehendaki. Anda boleh gunakan pisau yang tajam atau gunting.
8. Taburkan tepung supaya tidak melekat tetapi jangan terlalu banyak supaya hasil gorengan tidak bergelembung.
9. Panaskan minyak yang banyak dan goreng hingga kuning keemasan. Jangan lupa masukkan sedikit daun kari untuk menaikkan aroma.
10. Toskan minyak dan setelah benar-benar sejuk bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara.
Awas yaaa.... biar pun rupa Kuih Gunting @ Kerepek Guntingku ini jelek, tapi ada rasa yang tersendiri tau! Kalau tak percaya... boleh cuba! Tapi kalau anak-anak dan suami habiskan sebelum tiba raya, jangan salahkan Amie tau.... ha hahahhaah! Bayangkan... biarpun ringkas dan tak rupawan, tapi kerepek gunting ini mengandungi bahan yang membangkitkan rasa enak seperti bawang merah & putih goreng, udang kering dan juga jintan manis yang mampu menimbulkan aroma yang tersendiri bila dicampur dengan serbuk kari dan digoreng pula dengan daun kari!
Lain-Lain
Perintah Berkurung 12 Jam di Enam Kawasan Pantai Timur Sabah: Kami Akur Arahan Pihak Berkuasa!
Amie tidak pernah menyentuh atau memaparkan entri tentang isu terkini yang melanda daerah kami. Dan akhirnya.... perintah berkurung pun dikuatkuasakan di enam kawasan pantai timur Sabah untuk meningkatkan keselamatan di kawasan terbabit yang difahamkan seluas 121, 272 batu nautika persegi. Kawasan perintah berkurung ini adalah kawasan laut iaitu tiga batu nautika sehingga perairan antarabangsa sempadan Filipina.
Antara enam kawasan tersebut termasuklah Sandakan, Kinabatangan, Semporna, Kunak, Tawau dan Lahad Datu. Dengan perintah tersebut, mana-mana pihak yang tidak mematuhi arahan akan ditangkap, dan nampaknya kami terpaksa berkurung dari jam 6 petang sehingga jam enam pagi!
Oh! Rutin harian kami sebelum ini... keluar rumah sebelum pukul 6 pagi dan seisi keluarga berada di rumah selepas jam 6 petang!
Teman-teman:
Doakan keselamatan kami di sini.....
Perintah
berkurung 12 jam mulai terbenam hingga terbit matahari dikenakan ke
atas enam kawasan pantai timur Sabah untuk meningkatkan keselamatan
kawasan itu.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaludin Abdul Rahman berkata, enam kawasan itu adalah Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna, Kunak dan Tawau, lapor The Star hari ini.
Katanya, kawasan perintah berkurung itu adalah kawasan laut iaitu tiga batu nautika dari pantai sehingga perairan antarabangsa di sempadan Filipina.
Jalaludin berkata, ia melibatkan kawasan 362 batu nautika dan kawasan seluas 121,272 batu nautika persegi. Katanya, pihak keselamatan akan menangkap mana-mana pihak yang melanggar perintah itu. – 19 Julai, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/perintah-berkurung-12-jam-di-enam-daerah-pantai-timur-sabah#sthash.WI6OgHGP.dpuf
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaludin Abdul Rahman berkata, enam kawasan itu adalah Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna, Kunak dan Tawau, lapor The Star hari ini.
Katanya, kawasan perintah berkurung itu adalah kawasan laut iaitu tiga batu nautika dari pantai sehingga perairan antarabangsa di sempadan Filipina.
Jalaludin berkata, ia melibatkan kawasan 362 batu nautika dan kawasan seluas 121,272 batu nautika persegi. Katanya, pihak keselamatan akan menangkap mana-mana pihak yang melanggar perintah itu. – 19 Julai, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/perintah-berkurung-12-jam-di-enam-daerah-pantai-timur-sabah#sthash.WI6OgHGP.dpuf
Perintah
berkurung 12 jam mulai terbenam hingga terbit matahari dikenakan ke
atas enam kawasan pantai timur Sabah untuk meningkatkan keselamatan
kawasan itu.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaludin Abdul Rahman berkata, enam kawasan itu adalah Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna, Kunak dan Tawau, lapor The Star hari ini.
Katanya, kawasan perintah berkurung itu adalah kawasan laut iaitu tiga batu nautika dari pantai sehingga perairan antarabangsa di sempadan Filipina.
Jalaludin berkata, ia melibatkan kawasan 362 batu nautika dan kawasan seluas 121,272 batu nautika persegi. Katanya, pihak keselamatan akan menangkap mana-mana pihak yang melanggar perintah itu. – 19 Julai, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/perintah-berkurung-12-jam-di-enam-daerah-pantai-timur-sabah#sthash.WI6OgHGP.dpuf
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaludin Abdul Rahman berkata, enam kawasan itu adalah Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna, Kunak dan Tawau, lapor The Star hari ini.
Katanya, kawasan perintah berkurung itu adalah kawasan laut iaitu tiga batu nautika dari pantai sehingga perairan antarabangsa di sempadan Filipina.
Jalaludin berkata, ia melibatkan kawasan 362 batu nautika dan kawasan seluas 121,272 batu nautika persegi. Katanya, pihak keselamatan akan menangkap mana-mana pihak yang melanggar perintah itu. – 19 Julai, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/perintah-berkurung-12-jam-di-enam-daerah-pantai-timur-sabah#sthash.WI6OgHGP.dpuf
Perintah
berkurung 12 jam mulai terbenam hingga terbit matahari dikenakan ke
atas enam kawasan pantai timur Sabah untuk meningkatkan keselamatan
kawasan itu.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaludin Abdul Rahman berkata, enam kawasan itu adalah Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna, Kunak dan Tawau, lapor The Star hari ini.
Katanya, kawasan perintah berkurung itu adalah kawasan laut iaitu tiga batu nautika dari pantai sehingga perairan antarabangsa di sempadan Filipina.
Jalaludin berkata, ia melibatkan kawasan 362 batu nautika dan kawasan seluas 121,272 batu nautika persegi. Katanya, pihak keselamatan akan menangkap mana-mana pihak yang melanggar perintah itu. – 19 Julai, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/perintah-berkurung-12-jam-di-enam-daerah-pantai-timur-sabah#sthash.WI6OgHGP.dpuf
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaludin Abdul Rahman berkata, enam kawasan itu adalah Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna, Kunak dan Tawau, lapor The Star hari ini.
Katanya, kawasan perintah berkurung itu adalah kawasan laut iaitu tiga batu nautika dari pantai sehingga perairan antarabangsa di sempadan Filipina.
Jalaludin berkata, ia melibatkan kawasan 362 batu nautika dan kawasan seluas 121,272 batu nautika persegi. Katanya, pihak keselamatan akan menangkap mana-mana pihak yang melanggar perintah itu. – 19 Julai, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/perintah-berkurung-12-jam-di-enam-daerah-pantai-timur-sabah#sthash.WI6OgHGP.dpuf
Petang tadi, sementara menunggu daging ayam lembut dalam rendaman sempat pula baring-baring depan televisyen melihat chef dari Kanada (kalau tak silap) masak Aloo Gobi (adeeehhh... tak pasti siaran apa, tapi Channel 703). Walaupun ini masakan India, tapi macam mudah pulak tengok orang putih masak. Kebetulan pula ada bahan-bahan untuk sediakan Aloo Gobi di dapur. Selesai saja chef tadi masak, Amie pun terus ke dapur berkira-kira nak buat Aloo Gobi yang sama!
Bahan-bahan:
1 cawan potongan kubis bunga
1 cawan potongan kentang - chef tak kupas kulit tapi Amie buang kulit
1/2 cawan kacang peas
1 labu bawang besar - dicincang
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu makan serbuk kari
2 sudu besar mentega
hirisan daun ketumbar
1 cawan air
garam
Cara:
1. Panaskan mentega dan masukkan jintan putih. Goreng sebentar dan masukkan pula bawang besar.
2. Setelah bawang besar layu, tambahkan serbuk kunyit serta serbuk kari. Gaul rata.
3. Masukkan kentang serta kubis bunga.
4. Tambahkan air dan tutup kuali.
5. Perlahankan api dan masak sehingga kentang menjadi empuk.
6. Masukkan kacang peas, dan perasakan dengan garam.
7. Gaul sekali lagi dan padamkan api dapur.
8. Angkat dan taburkan hirisan daun ketumbar.
Kalau ikut kehendak dan selera anak-anak, memang menu ikan merupakan pilihan terakhir selain ayam sebagai pilihan utama, diikuti dengan lamb. Apa pun Amie sentiasa cuba 'memujuk' agar anak-anak menjadikan ikan sebagai lauk pilihan ... kalau boleh yang pertama! Itu sebabnya Amie pelbagaikan resepi masakan ikan di bulan puasa ini dan Amie kenal pasti sangat anak-anak suka makan ikan masak sos.
Bahan-bahan:
5 keping ikan tuna - bersihkan - lumur dengan sedikit garam dan kunyit
1/2 cawan sos cili Thai
1/2 cawan sos tomato
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap manis
minyak
Bahan kisar:
10 biji cili kering
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
sedikit belacan
sedikit halia
Cara:
1. Goreng ikan tuna hingga masak. Angkat.
2. Tinggalkan sedikit minyak bekas gorengan ikan tadi, dan tumis bahan kisar hingga wangi.
3. Masukkan sos tiram, sos cili Thai, sos tomato dan kicap manis. Gaul rata dan masak sehingga pecah minyak.
4. Masukkan ikan goreng dan gaul sebati.
5. Padamkan api dapur.
Lama benar rasanya tak mengunyah penuh asyik Kerepek Jejari Ketam. Pertama kali Amie buat kerepek paling sedap di dunia ini DI SINI. Dulu Amie buat tak payah bubuh apa-apa, cuma tambahkan daun kari saja... itu pun dah cukup sedap! Memang banyak kali fikir juga bila nak mulakan projek membuat kerepek jejari ketam ni, sebab terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk menyiatnya! Apa pun, hendak seribu daya, tak hendak seribu daya kaannn...
Ambillah seberapa banyak jejari ketam yang nak disiat. Tapi pastikan jejari ketam tadi sudah cukup lembut dan mudah untuk disiat. Untuk kerepek jejari ketam kali ini Amie tambahkan serbuk kari. Amie bubuh sikit saja, anggaran 1 sudu makan untuk lebih kurang 1/2 kg jejari ketam... he heheh tak habis menyiat 1 kg tu!
Panaskan minyak yang banyak untuk menggoreng tenggelam. Kalau nak tambah aroma kari lagi, masukkan sekali daun kari semasa menggorengnya. Bila kerepek nampak kuning keemasan, angkat dan toskan.
Siap dah! Tunggu benar-benar sejuk baru masuk dalam bekas kedap udara.
Sebenarnya Kerepek Jejari Ketam Aroma Kari ini Amie buat kelmarin petang, ketika semua anak sedang tidur dari yang sulung sampailah yang bongsu termasuk Bapanya sekali! Tak seorang pun yang perasan ada snack lazat ni di dapur... ha hahaha... kalau kelmarin mereka tahu, tentu Amie tak dapat tangkap gambarnya (petang tadi).
Hari ini terajin sedikit nak buat jelly. Ada sebungkus serbuk jelly kelapa dalam kabinet dapur, dan entah bila masanya dibeli benda ni. Tengok tarikh luput pada 30 November 2014. Oh! Sebelum sampai ke tarikh itu baiklah digunakan. Jadi kerja-kerja menjelly pun bermulalah.....
Bahan-bahan:
225 gram serbuk jelly kelapa
2 biji air kelapa muda campur dengan air sehingga 300ml
isi kelapa muda - ambil yang benar-benar lembut anggaran 1 cawan
1 cawan gula melaka
Cara:
1. Masak air bersama air kelapa muda hingga mendidih.
2. Masukkan gula melaka dan isi kelapa muda.
3. Kacau hingga sebati dan padamkan api dapur.
4. Tuang ke dalam bekas pilihan dan bekukan di dalam peti sejuk.
Untuk kuahnya, Amie gunakan susu cair serta sirap rose sebagai penyeri.
Keluarkan jelly kelapa dari acuan, dan bubuh dalam bekas. Tambahkan hirisan buah-buahan kegemaran. Tuangkan susu sirap rose dan tambahkan ketulan ais batu.
Bila teringat kerabu hasil ai tangan Bonda, terasa-rasa sedang menikmatinya keenakannya! Biasanya Bonda akan panggang dulu kelapa sebelum memarutnya. Harum wangi baunya! Dan biasanya, kalau kesuntukan masa Bonda tidak memanggangnya pula, tapi hasilnya tetap menyelerakan! Itulah... nostalgia terindah bersama keluarga. Hidangan kerabu daun pucuk ubi dengan ikan masin goreng sudah cukup lengkap sebagai lauk hidangan nasi sekeluarga. Tapi... sekarang ni, mana nak cari pucuk ubi? Belu pucuk ubi pun, bila sampai rumah cuma dapat seco'et! Rupanya daun ubi tua! Tak apalah, kita gunakan bahan lain seadanya saja.
Amie ada 500 gram perut, jadi okeylah tu kalau nak buat kerabu. Tambah bahan itu bahan ini serba sedikit akan banyaklah hasilnya, dan bolehlah ratah-ratah begitu saja. Kali ini Amie hanya celur saja perut tetapi tidak pada bahan-bahan yang lain, sebab Amie nak hasil kerabu yang rangup! Amie bubuh hirisan cili padi yang kecil-kecil tu.... ho hooo mau berasap telinga dibuatnya bila asyik meratah ko! Dan satu lagi, Amie gunakan kelapa parut segar, tak payah disangai terlebih dahulu. Selain itu Amie juga tambahkan pelbagai jenis herba untuk menambah aroma seperti bunga kantan, daun ketumbar dan daun kesum.
Bahan-bahan:
500 gram perut - rebus hingga lembut - hiris memanjang
1 cawan kelapa parut
1 labu bawang besar - hiris nipis
1 cawan taugeh - buang ekor
1 batang baby lobak merah - hiris nipis
5 batang kacang panjang - hiris hipis
1 kuntum bunga kantan - hiris halus
5 tangkai daun ketumbar - hiris halus
2 tangkai daun kesum - hiris halus
2 biji limau nipis - ambil jusnya
garam / gula / perasa pilihan
Bahan tumbuk:
1 genggam udang kering - rendam hingga kembang
15 biji cili padi
Cara:
1. Gaul bahan tumbuk bersama kelapa parut bersama garam / gula / perasa pilihan hingga sebati.
2. Masukkan kesemua bahan hiris ke dalam mangkuk dan tuangkan bahan tumbuk.
3. Gaul sebati bersama jus limau nipis.
4. Hidangkan segera.
Teringat beberapa hari sebelum tibanya bulan puasa, kami anak beranak makan di luar. Masing-masing dengan pesanan makanan panas yang digemari. Ketika menunggu hidangan tiba, Amie meninjau di bahagian lauk pauk, mana tahu ada hidangan yang enak, bolehlah buat pesanan tambahan. Amie terpandang ayam masak sos lemon dan meminta pelayan restoran membawa sepinggan ke meja kami. Sementara menunggu pesanan hidangan tiba, anak-anak mencicipi ayam masak sos lemon... dan akhirnya habis sepinggan! Walaupun hidangan masing-masing sudah ada di depan mata tetapi ketika Amie memesan sepinggan lagi ayam masak sos lemon, sekali lagi habis licin! Oh! Rupa-rupanya anak-anak suka ayam masak sos lemon.
Hari ini Amie memikirkan seketika cara tersendiri untuk menyediakan Ayam Goreng Sos Lemon. Amie inginkan hasil gorengan ayam yang rangup di bahagian luar dan berjus di bahagian dalamnya. Untuk itu Amie gunakan bahagian peha ayam, memandangkan Amie juga kurang menggemari bahagian dada. Untuk sosnya pula, Amie inginkan warna yang cantik tanpa menggunakan sebarang pewarna, dan juga rasa yang sedap! Jadi Amie campurkan jus lemon bersama jus limau sunkist yang manis, serta pekatan pati oren sunquick selain sedikit sos plum dan Stok Ayam Pekat Maggi. Oleh sebab, jus limau sunkist sudah manis, Amie tidak tambahkan gula dalam sos ini.
Inilah hasilnya... nampak lembut berjus di bahagian dalam, dan rangup di bahagian luar. Amie hanya membuang tulang ayam, dan membiarkan saja kulitnya diperap bersama beberapa jenis tepung.
Amie betul-betul berpuas hati dengan hasil Ayam Goreng Sos Lemon ini. Anak-anak dan Encik Suami kata... sangat sedap! Mana tidaknya.... bukan saja Ayam Goreng Sos Lemon licin, nasi dalam periuk pun habis dikorek tak tinggal baki!
Wokeeeeyyyy... masa untuk kongsi resepi. Kalau sesiapa berminat nak buat, dipersilakan dengan segala senang hati, tapi pastikan kena buat lebih sedikit dari kebiasaan, takut ada yang menjilat jari! Biasanya kalau masak ayam, Amie gunakan 2 bahagian peha tapi untuk resepi ini Amie gunakan 3!
Bahan-bahan:
3 keping daging ayam bahagian sukuan peha - bersihkan dan pisahkan / buang semua tulang
1 biji telur ayam - ambil putih telur
1 sudu makan serbuk pati ayam Maggi Cukup Rasa
4 sudu makan tepung jagung
4 sudu makan tepung gandum
4 sudu makan tepung beras
1 sudu teh serbuk lada putih
minyak yang banyak untuk menggoreng tenggelam
Cara:
1. Gaul daging ayam bersama serbuk pati Ayam Cukup Rasa hingga rata dan kemudian celupkan ke dalam putih telur.
2. Campurkan serbuk lada putih, tepung jagung, tepung gandum dan tepung beras dan gaul sebati.
3. Salutkan daging ayam tadi dengan campuran ketiga-tiga tepung.
4. Panaskan minyak yang banyak. Goreng tenggelam daging ayam tadi sehingga masak atau berwarna kuning keemasan.
5. Angkat dan toskan.
6. Potong ikut citarasa masing-masing dan tuangkan sos lemon di atasnya.
6. Potong ikut citarasa masing-masing dan tuangkan sos lemon di atasnya.
Untuk sosnya pula, terpulang sekiranya anda inginkan yang cair atau sebaliknya. Sebenarnya Amie terlupa untuk masukkan gula, tapi bila berbuka puasa barulah Amie teringat. Bagaimana pun disebabkan jus limau sunkist yang Amie gunakan memang manis, jadi rasanya sudah cukup lazat! Sekiranya jus limau yang agak masam, mungkin perlu tambahkan sedikit gula.
Bahan-bahan:
1 biji lemon - ambil jusnya - lebih kurang 3 sudu besar
2 biji limau sunkist - ambil jusnya - lebih kurang 1 cawan
4 sudu makan pekatan pati oren Sunquick
1 sudu makan sos plum
1 sudu makan Stok Ayam Pekat Maggi
1 labu bawang besar - dicincang
3 ulas bawang putih - dicincang
2 sudu besar mentega
2 sudu teh tepung jagung - bancuh dengan 3/4 cawan air
Cara:
1. Panaskan mentega dan goreng bawang besar serta bawang putih hingga hampir kekuningan.
2. Masukkan jus lemon, jus limau sunkist dan pekatan pati oren Sunquick, sos plum serta Stok Ayam Pekat Maggi.
3. Masak sehingga kuah mendidih, dan kemudian perlahankan api.
4. Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau seketika sehingga sos menjadi pekat.
5. Padamkan api dapur.
6. Tuang sos di atas ayam goreng tadi.
Selamat mencuba! Anak anda pasti menggemarinya!
Ketika sama-sama memilih barang-barang dapur di pasaraya, Amie tanya Encik Suami, apalah yang nak dihidangkan untuk anak-anak waktu buka puasa nanti. Buat nasi kuning pun boleh.... selamba saja Encik Suami bersuara. Agaknya dah lama tak makan nasi kuning kot! Maklumlah Nasi Kuning memang hidangan sarapan pagi yang terkenal di Negeri di Bawah Bayu. Okeylah, tak dapat makan sebelah pagi makan waktu berbuka puasa pun kira okey kaaannn....
Nasi Kuning
Bahan-bahan:
5 pot rice cooker beras bashmati
1 batang serai - dititik
3cm halia - hiris halus
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam
500ml pati santan
Cara:
1. Didihkan air dalam periuk pengukus.
2. Masukkan santan bersama serai, halia, serbuk kunyit dan garam ke dalam kuali. Buka api dapur dan biarkan sehingga mendidih.
3. Masukkan beras dan kacau sekali-sekala sehingga beras kembang dan mengering.
4. Pindahkan beras dari kuali ke dalam periuk pengukus.
5. Kukus selama 15-20 minit atau sehingga nasi masak.
Kalau nak hasil nasi kuning yang lebih sedap, gunakan beras biasa atau beras wangi dan campurkan segenggam beras pulut. Rasa nasi yang agak melekit dengan pulut itu yang selalu menambahkan selera bila dimakan bersama sambal ikan tambah lagi kalau ada serunding! Cadangnya kelmarin (semasa menyediakan Nasi Kuning ini), Amie nak campurkan beras biasa dengan beras pulut, tapi bila selongkar sana sini tak jumpa pula beras pulutnya! Entah di mana Amie simpan. Akhirnya Amie gunakan beras bashmati saja. Banyak kali juga Amie kongsi entri Nasi Kuning, kalau rajin carilah di bawah label Aneka Hidangan Nasi. Amie kongsikan salah satu entri DI SINI.
Hidangan Nasi Kuning memang cukup sedap kalau ada sambal ikan, tapi bertambahlah sedapnya jika rajin buat serunding dan sediakan sup!
Amie tambahkan lauk ayam goreng yang ringkas, bubuh rempah sedikit bersalut sedikit tepung. Siapa sanggup tolak ayam goreng? Anak-anak yang tak sanggup.... Amie & Encik Suami tolak 'dulu' ayam goreng sebab nasi kuning lebih sedap berlauk sambal ikan! He he hehehe.... Kita tengok resepi sambal ikan tenggiri di bawah ini:
Sambal Ikan
Bahan-bahan:
3 keping ikan tenggiri - saiz besar
garam secukupnya
gula secukupnya
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu makan asam jawa - bancuh dengan 1/2 cawan air
minyak
Bahan kisar:
15 biji cili kering
5 biji bawang putih
7 biji bawang merah
1.5cm belacan
1 batang serai
Cara:
1. Lumurkan ikan tenggiri dengan garam dan kunyit. Goreng hingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak.
3. Masukkan pati asam jawa.
4. Masukkan ikan tenggiri yang telah digoreng. Biar masak sehingga kuah memekat.
5. Masukkan garam dan gula secukupnya.
6. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Alhamdulillah....
Entah berapa kali Amie nampak resepi Kari Ikan Gaya Goa di dapur YATIE dan kemudian banyak kali juga terserempak dengan resepi yang sama di dapur YANA. Rupanya resepi istimewa ini dipanjangkan oleh sifu masakan kita, Che Mat Gebu yang asal usulnya diperkenalkan oleh Chef Wan.
Bahan-bahan:
600 gram ikan tenggiri - Amie gunakan ikan kaci
3 biji tomato*
3 biji cili hijau*
3 camca besar serbuk ketumbar*
3 camca besar serbuk jintan putih*
2 camca teh serbuk kunyit*(*dikisar halus)
2 biji bawang besar, dicincang
3 ulas bawang putih, dicincang
1 inci halia, dicincang
1/2 camca besar biji sawi
4 camca besar cili kisar (boleh kurang kan)
500 ml santan (mat guna 200 ml santan + 300 ml air)
1/2 cawan jus asam jawa
2 biji tomato, belah 3 setiap satu
1 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa
Cara:
- Panaskan minyak dalam periuk, Tumis bawang besar, bawang putih, halia, daun kari dan biji sawi hingga harum. Masukkan bahan kisar halus, cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
- Tuang sedikit air, kemudian tambah santan, kacau rata. Bila mendidih, masukkan ikan tenggiri dan jus asam jawa. Kacau perlahan. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masukkan tomato, dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, roti, lempeng atau roti prata...
Orang kata kalau nak makan hati kenalah berulam jantung ha hahaa.... tapi kali ini Amie kongsikan Hati Berlimau! Kalau nak tahu apa rasanya, sedap tidaknya, berani-beranilah cuba masak.
Resepi : Hati Berlimau (Kabd Ad-Dajaj Fi Salsah Al-Laymun
Sumber : Buku Masakan Arab oleh Chef Norzailina Nordin
Bahan-bahan:
300 gram hati ayam - dipotong
2 sudu besar minyak sapi
1 biji bawang besar - dicincang halus
3 ulas bawang putih - ditumbuk
60 ml air
1/2 sudu teh rempah campuran (mixed spices)
1-2 sudu besar jus lemon
20 gram daun parsli - Amie tak ada stok
garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
Cara:
1. Gaul hati ayam dengan garam. Perapkan selama 20 minit.
2. Panaskan minyak sapi dalam kuali. Goreng hati ayam hingga hampir masak.
3. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Kacau hingga berbau.
4. Bubuh air, serbuk lada hitam, rempah campuran dan jus lemon. Kacau selama 2-3 minit. Letak di dalam pinggan.
5. Taburkan daun parsli dan hidangkan.
Anak-anak bukan main suka kalau Amie hidangkan sotong goreng! Nampaknya hanya resepi seperti inilah yang jadi kegemaran anak-anak, sebab selain goreng memang tak ada yang mahu usik. Amie cuba pelbagaikan cara gorengan sotong dan sebenarnya sepanjang 10 hari berpuasa, sudah empat kali Amie goreng sotong begini, sama ada untuk berbuka puasa atau bersahur. Tak sampai berapa minit, habis licin sotong goreng yang dihidangkan.
Seperti biasa, Amie campurkan serbuk ENO dalam adunan tepung untuk gorengan. Nampaknya anak-anak sudah biasa dengan aroma dari daun ketumbar, jadi Amie pun tidak ragu-ragu untuk meletakkan lebih banyak cincangan daun tersebut.
Jom kita tengok resepinya di bawah ini.
Bahan-bahan:
600 gram sotong - bersihkan, buang kulit, mata, kepala dan isinya termasuk telur, kemudian potong ikut suka
1/2 cawan daun ketumbar cincang
1 sudu teh jintan manis kasar
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu makan serbuk ENO
5 sudu makan tepung jagung
5 sudu makan tepung gandum
3/4 cawan air
1 sudu makan serbuk pati ikan bilis
minyak
Bahan tumbuk:
2cm halia
3 ulas bawang putih
1 sudu teh lada putih
Cara:
1. Dalam sebuah bekas, campurkan tepung jagung, tepung gandum, serbuk kunyit, daun ketumbar cincang, jintan manis kasar, pati ikan bilis dan bahan tumbuk. Tambahkan air dan adun sebati. Jika adunan terlalu pekat, tambah sedikit air lagi. Akhir sekali masukkan serbuk ENO dan gaul sekali lagi. Biarkan 5 minit.
2. Panaskan minyak untuk menggoreng tenggelam.
3. Celupkan sotong ke dalam adunan dan goreng hingga kuning keemasan.
4. Angkat dan toskan.
Acar Ikan Masin yang Amie paparkan ini merupakan hasil masakan empat hari lepas. Untuk memenuhi permintaan Encik Suami Amie usahakan juga walaupun hasrat untuk memasaknya asyik tertangguh-tangguh! Setelah melihat sendiri hasilnya, dan tempoh ketahanannya, Amie pun tidak ragu-ragu untuk kongsikan bersama. Sebelum ini Amie memang selalu buat acar ikan masin terutama kalau kami balik ke Selangor, tapi tidaklah sampai 3 hari acar itu tahan, disebabkan ahli keluarga yang ramai termasuk anak cucu menantu yang datang bertandang, jadi larislah acar tadi!
Macam-macam cara untuk menghasilkan acar ikan masin. Terpulanglah kepada citarasa masing-masing, dan yang penting acar ikan masin sememangnya tahan lama jika disimpan elok-elok dalam bekas kedap udara. Ada yang gunakan ikan talang, ikan kurau dan pelbagai jenis ikan lagi. Untuk acar Ikan Masin ini Amie gunakan 500 gram isi ikan yu masin.
Bahan-bahan:
500 gram isi ikan yu asin - rendam hingga lembut dan potong dadu
20 ulas bawang putih - kupas
20 biji bawang merah kecil - kupas
20 biji cili padi minyak
3 cm halia - hiris halus
3 sudu makan serbuk kari ikan
1 sudu makan pati asam jawa - bancuh dengan 50ml air
1/2 cawan cuka
4 sudu makan gula
200ml minyak
sedikit garam / perasa pilihan
Bahan kisar:
15 biji cili kering
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1. Panaskan minyak dan tumis halia serta bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan serbuk kari, dan bancuhan air pati asam jawa. Masak sehingga pecah minyak.
3. Masukkan cili padi minyak, bawang putih, bawang merah serta ikan yu. Gaul sebati.
4. Setelah kesemua bahan tadi masak, tambahkan cuka, gula dan sedikit garam / perasa.
5. Perlahankan api dapur dapur dan biarkan masak sepenuhnya sehingga terbit minyak sekali lagi.
6. Padamkan api dapur.
7. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.