Semakin Bertambah Usia, Semoga Bertambah Amal Baik Dalam Hidup

by - 9:50 PG

 Selamat ulang tahun buat Encik Suami yang jatuh pada 17 Jun 2021. Semoga dengan bertambahnya usia, akan bertambahlah juga amal baik dalam hidup.


Kelmarin petang kami sambut ulang tahun Encik Suami secara kecil-kecilan bersama Firdaus. Abang Farid tolong beli KFC secara online. Foodpanda hantar ke rumah sebelum Encik Suami pulang. Firdauslah yang seronok sangat kemaskan meja makan. Tak sabar dia menunggu babanya sampai.

Firdaus membaca doa makan.


 Firdaus nyanyi untuk Encik Suami.

Selamat ulang tahun Baba, kata Firdaus.


20 minit sebelum Maghrib, Encik Suami pergi kampung, rumah adik ipar. Katanya ada bacaan Yasin. Memandangkan musim PKP 3.0, Encik Suami pergi sendiri saja. Rupanya di kampung, anak buah sudah sediakan kek ulang tahun untuk Encik Suami.

Encik Suami & kakak iparku.

You May Also Like

15 comments

  1. Selamat hari lahir Cik Majid.. Semoga diberikan kesihatan yang baik dan ceria-ceria selalu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. In shaa Allah sama-sama diberikan kesihatan yang baik oleh-Nya.

      Padam
  2. Selamat hari lahir buat suami Kak Amie Cik Majid, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki serta diberikan kesihatan yang baik..tudiaa cake dia tu...nampak sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih SA. Aamiin ya Allah. Moga sama-sama dikurniakan umur yang panjang, murah rezeki dan sihat selalu. In shaa Allah.

      Padam
  3. selamat milad buat encik suami kak Amie, semoga berkah sepanjang umur dan selalu dalam lindungan Allah. Aamiin.

    BalasPadam
  4. Selamat harijadi. Semoga diberkati Allah dan diterima amal.
    Hari ini harijadi anak buah.

    BalasPadam
  5. selamat hari lahir tuan. semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan, insyaAllah

    BalasPadam
  6. Selamat ulang tahun untuk suami kak Amie, En. Majid. Semoga panjang umur, murah rezeki dan ceria selalu. Di Selangor ni masih takut-takut nak buat majlis kecil walaupun kalangan famili sendiri

    BalasPadam
  7. Semalam dah wish kat En Majid.Hari ni nak wish untuk semua saudara mara ipar duai cikgu la pulak.Semoga ukhwah sesama saudara juga kekal hingga ke syurga...

    BalasPadam
  8. Selamat hari lahir suami kak amie! Semoga dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah dan berbahagia selalu!

    BalasPadam
  9. Seronok yaaa.. selamat hari lahir buat suami kak Amie. Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Ameen 🎉😁

    BalasPadam
  10. Selamat ulangtahun buat Raja Hati Kak Amie

    BalasPadam
  11. Happy belated birthday buat suami kak Amie. Moga panjang umur dan dikurniakan kesihatan yang baik.

    BalasPadam
  12. Selamat Hari Lahir suami kak Amie. Semoga dipanjangkan usia dengan segala kebaikan dan dimurahkan rezeki dengan segala keberkatan. Aaaminn...

    Excited Firdaus celebrate birthday Baba. Eh eh Firdaus gunting rambut dah ye. Lain rupa dia dah gunting dan tak pakai spek.

    BalasPadam
  13. selamat ulang tahun kelahiran utk suami akk. moga dikurniakan kesihatan yg 👍 serta rezeki yg melimpah. aminnn

    BalasPadam