Bismillahirrahmanirrahim.
Terima kasih Aisyah kerana beberapa kali mesej mengingatkan tarikh jamuan perpisahan kelas. Sepatutnya jamuan diadakan pada 19 Mac, tetapi Amie masih lagi buat kerja-kerja menoreh di Kota Kinabalu dan akan pulang ke LD pada 20 Mac. Jadi, tarikh jamuan ditunda pada 20 Mac pula. Dan, akhirnya ditunda lagi ke tarikh 21 Mac. Jadinya, petang kelmarin sebaik sahaja jejak kaki ke LD, dapatlah berehat pada sebelah malamnya. Hari ini pun, sebenarnya ingat-ingat lupa untuk hadir sebab sibuk menyambung kerja.
Masing-masing hadir dengan berpakaian hitam emas. Rupanya tema makan malam! Haiiyyoooo....kita terlupa! Apa pun majlis berjalan lancar dalam suasana santai.
Masing-masing hadir dengan berpakaian hitam emas. Rupanya tema makan malam! Haiiyyoooo....kita terlupa! Apa pun majlis berjalan lancar dalam suasana santai.
Wajah-wajah yang bakal dirindui. |
Semoga kalian berjaya mencapai cita-cita! |
Oleh-oleh makan malam. |
Terima kasih guru-guru mata pelajaran yang sudi hadir memeriahkan majlis. Untuk 41 orang murid, sebagai guru kelas, cikgu mohon ampun dan maaf di atas segala kekurangan dalam pengurusan kelas, dan salah silap sepanjang kita bersama. Terima kasih raikan kehadiran semua guru yang terlibat dan juga hadiah yang diberikan. Semoga kita akan bertemu lagi. Salam sayang.
Sebenarnya rasa sayu hadir majlis perpisahan ini. Tak mampu nak tulis banyak-banyak!