Petikan Kisah-Kisah Masyhur Kalamullah al-Quran Karim

by - 3:12 PTG

Buku Petikan Kisah-Kisah Masyhur Kalamullah al-Quran Karim terbitan tahun 2014 oleh Darul Mughni Trading ini Amie beli di Kedai Buku Popular di Tawau pada tahun 2016. Amie belikan untuk Firdaus. Ada buku-buku lain juga yang Amie beli untuknya. Waktu itu Firdaus baru berumur 3 tahun, dan baru nak kenal huruf dan nombor.

Jadi, Amie letak buku ini di rak buku. 5 tahun kemudian Amie teringat semula buku ini. Oleh kerana mata pun dah tak berapa terang, berhari-hari jugalah mencari, entah dicelah mana. Akhirnya jumpa!

Ketika Firdaus sedang bersenang-senang tidak ada kerja sekolah, Amie suruh baca buku Petikan Kisah-Kisah Masyhur Kalamullah al-Quran Karim. Kalau kita ada di sebelahnya, memang habislah dia baca satu cerita. Firdaus ini nakal tau! Kalau kita buat kerja lain, dia pun tutup buku!

Firdaus dengan buku Petikan Kisah-Kisah Masyhur Kalamullah al-Quran Karim.


Dari kulit buku depan, setiap muka surat hingga ke kulit belakang kertas yang digunakan sangat berkualiti. Buku ini mengandungi 195 halaman, dan setiap halaman dipenuhi cerita bergambar yang berwarna.

Ruangan yang boleh diisi dengan maklumat pemilik buku.

Ada 12 buah cerita.

Setiap helaian cerita disertakan dengan gambar berwarna.


Sesuai dijadikan bahan bacaan peringkat kanak-kanak.


Pada akhir setiap cerita, disusuli dengan nilai penceritaan.


Menarik bukan?


Wokey!
Sebenarnya nak kurangkan mengantuk duduk memandang skrin dan menadah telinga! Alhamdulillah, laporan BDR hari ini sudah dihantar.
Hari ini berwebinar dari 9:00 pagi hingga 12:30 tengahari. Sambung lagi 2:30-5:00 petang. Seperti biasa, apabila ada kerja bertindih-tindan maka PC, Mr Lappy & Mr HP semua on!
Ya Allah!
Sesungguhnya ketika ini aku sangat mengantuk!
Pada masa yang sama bantu Firdaus ikuti PDPRnya, tunjuk ajar latihan yang diberi dan kemudian hantar hasil tuugasan masuk ke google class room.

You May Also Like

12 ulasan

  1. Menarik lah content dalam buku tuuuu! Boleh tahu kisah kisah terdahulu yang tak pernah tahu hehehe.

    BalasPadam
  2. Bagus budak-budak didedahkan dengan buku sebegini. Semoga bermanfaat untuknya.

    BalasPadam
  3. Ilustrasi cantik dan menarik.
    Amboi sampai 3 peranti kena tengok. Kalau saya mata sudah berpinar.
    Jaga diri Puan Amie. Kagum saya Puan buat pelbagai kerja.

    BalasPadam
  4. Selamat membaca ye adik Firdaus. Semoga awak dan ibu tabah menghadapi PDPR. Huhu

    BalasPadam
  5. cantik dan menarik untuk anak2 baca. bagus mereka baca sirah2 islam.

    BalasPadam
  6. Bagus baca buku-buku mqcam ni.Kisah-kisah dari Al Qur'an bagus dibaca kerana memang kisah benar & bukan dongengan.

    BalasPadam
  7. Menarik bukunya, alahai Firdaus ni nakal2 budak, kan.. tengok muka dah tau, taat pada mummy dan daddy

    BalasPadam
  8. Bagus buku ni untuk anak- anak terutamanya Firdaus..banyak pengajaran yang Firdaus boleh belajar dari buku ni..alahai..mana ada Firdaus nakal kan...biasa la Firdaus explore dunia kanak- kanak...

    BalasPadam
  9. Bagus juga tu ada masa luangkan untuk membaca. Firdaus kena ada teman baru dia semangat nak baca buku habis. Hihi

    BalasPadam
  10. ilustrasi dan warna yg menarik๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

    BalasPadam
  11. Menarik betul buku ini untuk anak-anak. Warna-warni dan cantik ilustrasinya.

    BalasPadam
  12. buku yang bagus.. Layoutnya pun menarik.. Berwarna warni..

    BalasPadam