Menjamu Selera dengan Mix Appetizers - Mezze Syrian di Dama Rose Puncak Alam
Tempat makan kami di Puncak Alam. Sewaktu meninggalkan kampung dan memasuki 'pintu' Puncak Alam, teringatkan kisah zaman dahulu kala sewaktu berkebun dengan arwah ayahanda, dan adik-beradik yang lain serta bonda. Di kaki bukit - dulu dipanggil Bukit Kelawar, itulah tempat kami bercucuk tanam. Bukit Kelawar seperti sudah tidak wujud lagi. Seingat Amie dahulu bukit ini merupakan kuari, tempat pekerja pecah batu. Selain mendengar bunyi letupan batu di Bukit Kelawar, terdengarlah suara lotong dan siamang berkelahi di pinggir hutan. Nanti akan datang segerombolan babi hutan dengan anak-anaknya berlari arah ke bukit. Nun di hujung paya, bersama-sama anak-anak kampung bersebelahan pondok di kebun kami, beramai-ramailah kami menangguk anak ikan dan udang di bawah sinar terik matahari.
Manisnya kenangan itu!
Tak sangka, hutan tempat beruk dan monyet, serta ayam hutan berkokok dan ibu babi hutan menyondol bersama-sama anaknya kini sudah menjadi bandar besar : Puncak Alam. Dan tidak pernah terbayang akan ada sebuah tempat makan dari timur tengah, akan berdiri di sini : Dama Rose - Syrian Kitchen yang Amie kunjungi bersama Fuad beberapa hari sebelumnya : Dama Rose : Syrian Kitchen dengan Sentuhan Levantine.
Kami memesan:
Honey Lemon Tea - Pot
Shawarma - Arabian Chicken
Mix Appertizers
Dama Rose Claypot - Seafood
| Mix Appetizers |
| Hot Honey Lemon Tea |
| Mix Appertizers hidangan dari dapur Syrian ini menggamit kenangan sewaktu makan di Palestin dan Jordan. |
| Dama Rose Claypot ini ada tiga pilihan : chicken, lamd & mix seafood. Kami memilih mix seafood. |
| Sedikit-sedikit tetapi banyak rasa. |
Kami memulakan hidangan dengan mix appertizers yang dihidangkan bersama roti pita Arab. Di atas dulang tersusun pelbagai hidangan kecil seperti hummus yang lembut dan berkrim, salad yang segar, mohamara yang kaya rasa, pistachio hummus yang cantik kehijauan, terung panggang dan yalanji yang dibalut daun anggur.
Amie suka konsep begini. Tidak ada satu hidangan yang menjadi milik seorang. Semuanya diletakkan di tengah meja untuk dicuba, dicuit, dicolek dengan roti pita dan dikongsi bersama. Mungkin inilah keistimewaan mezze. Sedikit-sedikit tetapi banyak rasa. Dan yang paling penting, banyak tangan mencapai hidangan yang sama sambil banyak cerita dikongsi di sekeliling meja.
| Hummus – pes kacang kuda yang lembut dan berkrim, dihiasi minyak zaitun, delima dan parsli. |
| Baba Ghanoush/Mutabal – berasaskan terung yang dipanggang, memberikan rasa berasap dan tekstur lembut. |
| Pistachio Hummus – hummus berwarna kehijauan dengan rasa kacang pistachio yang lebih terserlah. |
| Mohamara biasanya berasaskan lada merah/cili, kacang walnut dan bahan lain yang memberikan rasa manis, pedas dan sedikit masam. |
| Salad segar – memberikan keseimbangan kepada mezze yang lebih berkrim dan kaya. |
| Yalanji – daun anggur berinti, biasanya memberikan rasa masam segar apabila dimakan bersama lemon. |
| Shawarma - Arab8ic Chicken |
| Dama Rose Claypot Mix Seafood |
| Makan dengan udang saja pun sudah cukup enak! |
| Total : RM155.40 sen. |