Jom Sarapan Sanggar Pappek & Sambal Tomato
11:31 PGAssalamualaikum. Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung setia Amie's Little Kitchen. Selamat Hari Bapa buat semua yang bernama 'bapa' . Moga sentiasa sihat dan ceria sepanjang hari.
Apa agaknya aktiviti pada pagi ini? Seperti biasa memang tak lari kerja rutin terutama mencuci pakaian, mengemas rumah dan masak di dapur.
Beberapa minggu ini terasalah sunyinya di rumah tanpa Fairuz. Fairuz bersama abang sepupunya berada di Kota Kinabalu. Mereka tinggal di rumah sewa. Mereka berdua mengambil bekalan ikan dari Kudat. Kudat tidak jauh dari Kota Kinabalu. Perjalanan sehala lebih kurang 178km.
Sementara bekalan ikan dari Semporna dan Tambisan diuruskan oleh abang sepupunya Amin dan Aman untuk dibawa ke Kota Kinabalu.
Eh! Lain pula ceritanya.
Kita masuk dapur semula yok!
Minggu lepas Amie buat sanggar pappek di sini: SANGGAR PAPPEK SAMBAL TOMATO. Sanggar pappek itu untuk minum petang. Habis licin Encik Suami dan Firdaus makan. Sebelah malamnya pula Encik Suami kata: Sedaplah sanggar pappek petang tadi. Boleh goreng lagikah?
Aduhai! Waktu itu hampir pukul 10 malam. Amie kata esoklah saja.
Rupanya keesokan paginya Encik Suami cabut gigi. Jadi tak bolehlah nak makan sanggar pappek. Kelmarin Encik Suami bawa pulang pisang berangan, pisang kepuk dan pisang raja. Pisang berangan sudah masak ranum. Pisang kepuk pun sudah masak juga. Pisang raja saja yang belum masak. Jadi pagi ini Amie gunakan pisang raja untuk dijadikan sanggar pappek. Biasanya orang gunakan pisang kepuk @ nipah untuk sanggar pappek. Amie ikut gaya pembantu rumah kami yang gunakan pisang raja! Tapi pisang raja agak 'keras' sedikit hasilnya berbanding pisang nipah.
Pisang kepuk pula atas permintaan Firdaus, Amie buat Pisang Goreng Train to Hatyai. Resipinya d sini: PISANG GORENG TRAIN TO HATYAI.
Sanggar Pappek & Sambal Tomato |
Sanggar Pappek Pisang Raja |
Sanggar Pappek Pisang Raja, Pisang Goreng Train to Hatyai, Sambal Tomato & Teh Ceylon 888 |
Teh Ceylon 888 aroma pandan. |
Pisang raja. |
Pisang kepuk @ nipah @ saba. |
Tomato kampung. |
Cili merah dan cili padi. |
Belacan |
- 1/2 cawan minyak
- 1/2 cawan gula melaka parut
- 1 sudu kecil pati asam jawa
- garam / perasa pilihan secukupnya
- 2 biji cili merah
- 30 biji cili padi
- 30 biji tomato kampung - belah 2
- 3 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah
- 1 labu bawang besar
- 2 bungkus belacan
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.
- Masukkan gula melaka dan asam jawa.
- Gunakan api perlahan dan masak sehingga pecah minyak.
- Taburkan garam / perasa pilihan. Kacau rata dan padamkan api dapur.
Sambal Tomato |
Sanggar Pappek |
20 comments
Sarapan nampak muai. Memang betul-betul mempelbagaikan kegunaan pisang.
BalasPadamWah,pisang raja pun boleh yer...pernah juga buat,kami panggil pisang penyet.Lepas ni boleh try dengan pisang raja pula Tapi ralat dh seminggu cari pisang untuk goreng tak dapat.Teringin bila tengok pisang Train To Busan tu...ops Train to Hadyai...hihihi
BalasPadamKalau kita buat Sanggar Pappek tu ada tak yang nak temankan makan yek
BalasPadamAda🙋🙋🙋
Padampisang ni kena penyek2 dl ke kak?
BalasPadamsanggar papek tu pisang goreng penyek ke mksdnya?
Saya pun nak tanya, sanggar pappek tu pisang goreng yang dilenyek dulu ke sebelum digoreng? Apa beza dengan pisang goreng biasa? Hehehe
PadamSaya tengah membayangkan sanggar pappek panas-panas dimakan dengan sambal tomato tu... aduhai sedapnya!
BalasPadamaduh farrah!
Padambikin air liur meleleh :) ha ha ha ha...
Nampak begitu menyelerakan sambal tu Amie..kalau la dapat dicicah dgn ulam2an fuhhh..
BalasPadamSedap menu tu. 😋
BalasPadamnampak sedap.....xpernah lg tgk sambal tomato.....biasa dengan pisang goreng smbal kicap je....
BalasPadamminum petang kalau sediakan sanggar pappek ngan sambal tomato ni gerenti licin pinggan
BalasPadamBiasa makan pisang goreng je.. Ni macam² menu pisang ada..
BalasPadamsuka shida mkn pisg grg ade bijan tu..
BalasPadamGeram tengok tomato kampung merah-merah tu
BalasPadamsimple but fancyyyyyyy
BalasPadamPisang Saba di Sabah...ehehe,
BalasPadam1st time nampak tomato kampung..
Confused pulak tengok pisang raja dengan pisang nipah ni. Sanggar Pappek dan pisanag goreng, dua dua pun sodap.
BalasPadamkak, sambal tomato tu boleh tahan lama x kalau simpan?
BalasPadamWhat is an outstanding post! “I’ll be back” (to read more of your content). Thanks for the nudge!
BalasPadam토토사이트
I can’t imagine focusing long enough to research; much less write this kind of article. You’ve outdone yourself with this material. This is great content.