Ayam Singgang Budu
3:59 PTGMata! Kenapalah engkau suka mengantuk! Selepas solat dan makan tengahari, badan rasa melekit pula. Kita pun segarkan diri dengan mandi. Cuaca pula tidak menentu. Dari pagi cerah membawa ke panas, tetapi sekarang mendung pula. Capai buku Dunia di Sebalik Tembok dan sambung baca tapi mata seakan tertutup pula! Apa tidaknya. Lepas mandi terus baring dalam bilik tidur, pasang pendingin hawa, kepala letak atas bantal! Memanglah gaya orang mengantuk disorongkan bantal! Ikutkan hati memang akan tertidurlah sampai ke petang melewati waktu Asar. Baiklah bangun, turun ke bawah dan tulis entri dalam blog. Pukul 3.31 petang nanti masuk waktu Asar. Ada beberapa minit lagi untuk solat Asar.
Rancangannya selepas solat Asar nanti akan keluar sekejap, berkunjung ke ATM.
Cerita main masak-masak hari ini, Amie penuhi selera setiap orang. Encik Suami ingin makan ikan tuna goreng, Amie gorengkan. Firdaus ingin makan telur dadar dari kelmarin. Hari ini Amie tunaikan. Amie ingin makan Ayam Singgang Budu, Amie masak untuk diri sendiri tapi Encik Suami yang lebih-lebih hirup kuah singgang....ahaks!
Amie masak tidak banyak tetapi pelbagai. Apabila siap ada macam-macam pulak dalam talam:
- Nasi putih
- Singgang Ayam Budu
- Ikan Tuna Goreng
- Telur Dadar
- Peria Tumis Udang Kering
- Ulam-ulaman daun salad, tomato ceri & timun
- Sambal Kicap
- Honeydew
Ayam Singgang Budu |
Nasi putih & lauk-pauk. |
Ikan Tuna Goreng. |
Peria Tumis Udang Kering. |
Telur Dadar. |
Ulam-ulaman daun salad, tomato ceri & timun. |
Sambal Kicap. |
Honeydew |
- 500 gram ayam - potong ikut saiz yang disukai
- 3 sudu besar budu
- garam / gula / perasa pilihan
- 2 keping asam gelugor
- 1 sudu kecil ketumbar biji - tumbuk kasar
- 2 batang serai - diketuk
- 2 cm halia - hiris halus
- 2 cm lengkuas - hiris halus
- 3 ulas bawang putih - hiris
- 5 biji bawang merah hiris
- 3 tangkai cili kering - potong 2
- 10 tangkai cili padi
- air secukupnya
- Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan gaul sebati.
- Tuangkan air sehingga ayam tenggelam.
- Nyalakan api dapur.
- Masak sehingga ayam empuk.
- Sekiranya kurang perasa, sila tambah lagi mana yang kurang.
15 comments
bisnes online
BalasPadamperniagaan online
Hehe bagus penuhi permintaan suami, anak dan diri sendiri.
BalasPadamBelum pernah buat lagi singgang ayam ni..Singgaj daging & tulang pernah buat macam ni..Idea yang bagus ni...hihihi
BalasPadammeriah menu makan kak amie setiap hari...
BalasPadamNampak sedap..rasa nak cuba la nanti..tunggu budu sampai order kat Shopee
BalasPadamDulu masa awal-awal covid-19 ada seorang profesor viral di media sosial menyatakan kandungan ramuan dalam lauk singgang boleh merawat covid-19..
BalasPadamFaham sangat bila mengantok disorongkan bantal tu. on air cond pulak tu, memang hanyut dibuai mimpi. Alhamdulillah hidangan memenuhi selera masing masing. Unik hidangan singgang dan budu. Lain dari yang lain.
BalasPadamaida pernah buat ayam singgang budu ni.
BalasPadamlast year PKP rasanya. masa tu seingat aida trending kejap lauk ni :)
lebih kurang resepi nya. google resepi je.
sedap. nanti nak repeat la. aida suka budu.
Meriahhhh betul makanan dalam talam kak amie! :)
BalasPadamhoneydew is my top favorite food !
BalasPadamUlam-ulaman salad tu menarik sungguh warnanya.. Satu lagi honeydew tu.. Lamanya tak makan.. Nak kena pergi cari juga..
BalasPadamfuhhh meriahh betul makanannya
BalasPadamsedapnya nmpk ayam singgang budu ni. first time dengar.
BalasPadamFirst time dengar nama lauk singang budu nii. Tapi nadya xmakan budu😅 mesti sedap kan? 🥰
BalasPadamLauk2 kak amie tak pernah yg tak meriah hehe
BalasPadam