Mee Hoon Kaki Ayam
11:19 PGSelamat pagi semua. Moga sihat-sihat saja. Amie jenguk dapur sekejap saja sebab selepas ini akan menyahut panggilan majikan ke tempat kerja. Ada tugasan yang perlu dilaksanakan di sana. Sempat juga sediakan sarapan untuk Encik Suami dan Firdaus. Kelmarin Encik Suami minta Amie simpankan sedikit Kaki Ayam Masak Kicap untuk sarapan pagi ini. Katanya, hendak makan dengan mee atau me hoon goreng. Oleh kerana tidak ada mee, jadi Amie pun goreng mee hoon saja. Mee hoon itu pula Amie bahagi dua. Separuh goreng kosong dengan kicap, dan separuh lagi bubuh udang dan sotong. Mee hoon kosong itulah yang akan dimakan bersama Kaki Ayam Masak Kicap.
Mee atau mee hoon goreng dengan kaki ayam masak kicap yang dijual di warung memang menjadi pilihan pelanggan. Tidak hairanlah dalam masa yang singkat, jualan laku keras. Pelanggan yang datang lewat, selalunya gigit jari sajalah.
Tiba-tiba teringin nak buka warung Mee Kaki Ayam Masak Kicap!
Untuk mengetahui resepi Kaki Ayam Masak Kicap ini bolehlah klik di sini: KAKI AYAM MASAK KICAP YANG SANGAT LEMBUT HINGGA TERLERAI KULIT DARI TULANG!
Sarapan pagi : Mee Hoon Goreng & Burger |
Mee Hoon Goreng Kosong |
Kaki Ayam Masak Kicap |
Mee Hoon Goreng Seafood (Udang & Sotong) |
Burger roti rangup kegemaran Firdaus. Roti dipanaskan dalam air fryer. Cukuplah hidangan sarapan pagi ini untuk alas perut hingga tengahari. Mungkin Amie akan pulang lewat petang jadi bolehlah Encik Suami dan Firdaus ulang makan.
17 comments
Uncle peminat kaki ayam! hehehehe
BalasPadamMenarik sarapannya. Tadi pagi sarapan nasi goreng saja.
BalasPadamMemang mananti mee kaki ayam kicap tu sebab semalam dah baca kata nak masak mee kaki ayam kan...
BalasPadamTak dapat makan,dapat tengok pun jadilah sebelum entah bila akan sampai seru untuk masak sendiri kaki ayam kicap tu...hihihi
Sedap tu kaki ayam yg dimasak hingga terlerai tulang2nya
BalasPadamCantiknyaaaa rupa meehun goreng akak.. terasa nak makan meehun goreng pulak 😆 kaki ayam pon sedap. My fav tuuuuuu 🥰
BalasPadamDah petang. Agaknya sudah habis licin sarapan pagi.
BalasPadamTak pernah tak kecur kalau datang ke dapur Kak Amie ni :D
BalasPadamSA peminat kaki ayam tapi tak pernah masak kicap macam tu selalu buat masak sup je...
BalasPadamSinggah di dapur Kak Amie ni, tak pernah mengecewakan tau.. kenyang kita tengok mihun goreng dia
BalasPadamSedapppp pulak mee hoon kak amie, pakej sekali sotong udang, lagi double triple sedapppp! Hehehehe
BalasPadamTerliur tengok kaki ayam masam kicap tu. :)
BalasPadamtak pernah makan kaki ayam...
BalasPadami love burger roti !!
BalasPadamDua dua meehoon sedap. Best gak tu roti burger garing. Haa boleh sangat tu kalau kak amie nak bukak warung Mee Kaki Ayam Masak Kicap.
BalasPadamsedapnyaaaaaa kaki ayammmm
BalasPadamnanti aida klik resepi kaki ayam masak kicap tu ekk.
BalasPadamnampak amat sedap.
selalu buat sup aje, kak.
sedapnya mihun goreng, ditambah mkn dengan kaki ayam pula. double sedap jadinya..
BalasPadamkak amie buka la warung. habis pkp, syu singgah hehe