Jom Petik Mangga Udang

by - 11:57 PG

Sekarang rakan-rakan di Malaya sedang menikmati keenakan buah durian. Musimnya sudah tiba. Nampaknya di penghujung musim durian di Malaya, barulah nanti bermulanya musim durian di tempat kami. 

Orang kata berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak.

Jadi sekarang kami bermangga udang dahulu sementara menanti musim durian tiba!

Beberapa minggu lepas Firdaus mengekori Amie dari belakang sewaktu Amie meronda-ronda keliling rumah. Rupanya budak kecil ini gunakan telefon yang sudah tidak digunakan lagi untuk mengambil gambar buah mangga udang!



Gaya Firdaus tangkap gambar mangga udang.

Mangga udang sudah mula masak dipokok. Ada yang gugur ke bumi, dan ada yang dipetik. Ada saiz besar dan ada saiz kecil.

Berat sangat ke mangga udang itu dik? Sampai berpeluh-peluh hidung.... ahaks!


Buah mangga udang saiz kecil dan saiz besar.
Kelmarin Encik Suami bawa masuk dapur 2 biji saiz yang berbeza. 
Amie timbang saiz yang besar, dan beratnya 2.4 kilogram.

Mangga udang seberat 2.4 kilogram.


You May Also Like

19 ulasan

  1. Masya Allah besarnya mangga udang tu lebih 2kg Teringat semalam mak saya call cakap ada jiran bagi harumanis besarrrrrr kata mak...mak terus timbang..sebiji 400gm.
    Ni kalau mak saya dapat ni mau tak jadi makan ni.400gm pun mak dah teruja..apa lagi 2.4 kg..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaaahahaaa... mau terguling-guling saya gelak Mama Cella kata kalau makan nampak mangga 2.4 kg, mak tak jadi makan mangga harum manis 400 gram.

      Padam
    2. Eh! Salah... Kalau nampak mangga 2.4 kg, mak tak jadi makan.

      Padam
  2. Besarnya mangga udang tu rasa rebeh nak bawak ya firdaus. Sebiji 2 kilo mak aiiii besarnya.

    BalasPadam
  3. Ya allah besarnya buah mangga udang tu...sedapnya kalau mencicah ni...

    BalasPadam
  4. puas makan ni..besarnya..

    BalasPadam
  5. Maaakkk aii.. Besaunye. Puas makan sebijik tu.

    BalasPadam
  6. Besar betul. Ini memang dapat hilang kempunan makan mangga.
    Hehe Firdaus pun hendak jadi jurugambar.

    BalasPadam
  7. besar giler buahnya. buat ape jer kak buah tuh? makan gitu jer ke?

    BalasPadam
  8. Puas hati tu kalau dapat makan, berat jugakkk 2.4kg tuuuu.

    BalasPadam
  9. dana tak jumpa lagi durian kak, kalau ada pun mahal juga harganya...
    aduhai menggoda betul mangga tu, besar bebeno ye kak... 1 biji tu kenyang betul 3 beranak nak habiskan

    BalasPadam
  10. 2.4kg maknaii besar betul mangga ni pias

    BalasPadam
  11. Wahh besar betul mangga udang. Puas makan sebiji ni. Rezeki dapat bermangga udang dulu kat sana Kak Amie. Ada gaya Firdaus tangkap gambar tu.

    BalasPadam
  12. Besar buah dari orang ni, Firdaus, hihi.

    Hari tu ada kawan bagi mangga ni tapi dalamnya ada 'orang'... sy larikkkk

    BalasPadam
  13. kak... ada biji x? sy nakkkk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ada, Sha pun nak juga kak.. hehehe

      Padam
  14. Pergh!! Besarnya mangga tu Amie.. Puas makan..

    BalasPadam
  15. woww. besarnya mangga tu. isi dia mcm mne kak amie? sedap x.

    BalasPadam