Bismillahirrahmanirrahim.
Minggu ini kami menggelar diri kami sebagai Gang Sarapan Nasi Sejuk! Rupanya banyak kelebihan makan nasi sejuk berbanding nasi panas. Kalau hendak tahu, rajin-rajinlah rujuk Pak Google.
Di ladang getah kami, ada lebih 2,000 anak torehan dan lebih 100 penoreh. Kami di antara penoreh yang perlu masuk ladang pada pukul 6:45 pagi. Bukan 6:45 pagi baru berjalan masuk ladang tetapi sudah berada di ladang untuk kerja-kerja torehan. Waktu rehat kami pada pukul 9:15 hingga 9:45 pagi. Dalam jangka waktu tersebut sudah tentulah perlu tenaga untuk bekerja. Tidak boleh harapkan kantin sebab sebelum 6:45 memang belum siap sepenuhnya sarapan yang hendak dijamah. Jadi, kami ini yang datang awal memang kenalah bawa sarapan sendiri. Ada juga makanan yang sudah dimasak tetapi setiap hari kalau disajikan dengan mi dan bihun goreng yang sama, jemulah pula! Bab minum panas, memang kami pesan di kantin.
Sebelum cuti Deepavali pada 30 Oktober 2024, ada dua hari kami sarapan bersama iaitu hari Isnin dan hari Selasa.
Jom tengok apa yang kami bawa pada hari tersebut.
Hari Isnin kita bawa kek lapis Sarawak.
Nano pun bawa kek lapis Sarawak juga.
Belimbing & Jambu Air Madu |
Kita sempat hiris belimbing dan jambu air madu serta limau madu yang terlebih masak.
Limau Madu |
Sambal Terung Pipit & Petai |
Julik bawa nasi & ikan basung.
Hari Selasa kita bawa tembikai kuning dan tembikai merah.
Bawa baki lauk petang kelmarinnya, kari daging.
Dan sengaja masak lebih, bunga dan pucuk betik tumis.
Bawa lagi sambal terung pipit dengan petai.
Nano bawa tembikai merah.
Julik bawa jambu air.
Bihun Goreng |
Setelah cuti lima hari, tidak sabar mahu sarapan bersama pada hari Isnin. Encik Suami belikan bihun goreng.
Kita bawa honeydew.
Dan belimbing.
Bawa juga kacang cerdik Iran untuk kudapan.
Dan juga kacang masin yang dibeli di pesawat FireFly.
Nano bawa tiffin!
Ada apa di dalamnya?
Nano bawa nasi sejuk, ikan tenggiri goreng dengan sambal udang & petai!
Hari Selasa kita bawa buah epal strawberi.
Bawa nasi sejuk dengan telur masin.
Kita bawa juga lauk asam pedas ikan pari.
Julik bawa lemang dengan sambal.
Lemang. |
Pagi ini ada pencuci mulut : Taro Pandan Cake.
Taro Pandan Cake |
Taro Pandan Cake ini kita beli di Beanery Cafe tapi tak dimakan sebab sudah kenyang makan makanan lain. Kami bawa pulang tapi Firdaus tak mahu makan. Bawalah ke ladang. Eh, sedap sangat! Lagilah dalam kek itu ada kepingan keladi! Habis licin kami kerjakan.
Nano bawa sayur cendawan dengan lobak merah.
Hari Rabu kita bawa honeydew. Kali ini kita datang lewat ke kantin kerana ada tugas yang perlu diselesaikan. Kawan-kawan ada yang sudah selesai makan. Terima kasih Julik, tinggalkan kita lemang dengan ikan lumahan.
Bekal nasi sejuk sama daun salad.
Bawa lauk asam pedas ikan telinga gajah.
Bawa jagung rebus.
Hari Khamis kita bawa kek batik. Petang kelmarinnya kami dijemput makan oleh anak buah di kampung. Bawa pulang kek batik, dan paginya bawa sedikit ke ladang.
Ada baki lauk makan malam, sayur lobak merah dengan brokoli campur hati dan pedal ayam. Kita panaskan semula dan tambahkan sayur sawi.
Encik Suami belikan nasi lemak lauk sambal paru dan telur mata.
Julik bawa Pisang Belanda @ Sanggar Telemmek.
Julik bawa juga pulut manis.
Yus bawa jemput-jemput labu manis.
Di sebelahnya itu ikan cencaru sumbat. Julik yang bawa.
Mas bawa nasi sejuk, ikan goreng dan dua biji telur masin.
Nano bawa sayur cendawan dengan lobak merah lagi.
Hari ini ada dua orang bawa ikan cencaru. Yang ini ikan cencarau sumbat sambal, Nano bawa.
Hari Jumaat, kita bawa honeydew & epal strawberi.
Sitti bawa nasi putih, bukan nasi sejuk.
Kita bawa sambal belacan kuinin. Julik yang bagi kita sebiji buah kuinin kelmarinnya. Orang LD panggil mangga wani. Pokoknya tidak ada di LD tapi banyak dijual di pasar. Datangnya mangga wani ini dari Filipina.
Kita bawa nasi sejuk. Bubuh telur masin dan telur seribu tahun. Tambah timun dan daun salad.
Lauk yang kita bawa, singgang ikan bolu tambah belimbing buluh.
Julik bawa nasi sejuk, dengan ikan tulai goreng.
Nano bawa jagung rebus.
Sitti minta pekerja kantin dadarkan telur.
Sewaktu kita selesai kerja menoreh, seorang pekerja pembersihan memberikan kita sebiji betik yang hampir masak di pokok. Terima kasih banyak-banyak! Selalu kongsi hasil tanaman dengan kita. Kadang-kadang diberinya kita ubi kayu! Katanya kalau hendak pucuk turi, terung atau cili padi, ambil sajalah!
Kadang-kadang timbul rasa sayu apabila mengenangkan tahun demi tahun mendatang satu persatu di antara kami akan meninggalkan ladang. Ramai yang memohon bersara awal berbanding bersara wajib. Kenangan sarapan bersama sudah tentu tidak akan dilupakan sampai bila-bila.