ADSENSE

Ahad, 31 Januari 2021

Lokan Panggang & Kelapa Bakar

Pernah makan lokan bakar? Kalau jalan-jalan ke Sabah, bolehlah singgah sebentar di Kampung Salut, Jalan Sulaman, Kota Kinabalu. Terdapat banyak deretan gerai lokan bakar dan kelapa bakar di kiri kanan jalan. Boleh pilih warung atau gerai yang disukai. Hidangannya sudah tentu mempunyai rasa yang berbeza walaupun bahannya sama iaitu lokan. Rasa pencecah lokan bakar dari satu gerai dengan satu gerai yang lain pun tak sama. Kami pernah makan lokan bakar di sini beberapa tahun lalu. Kali ini kami singgah di gerai yang lain pula.

Lokan panggang @ bakar.

Lokan ini dibakar @ panggang dengan menggunakan bahan perencah yang tersendiri. Ada rasa kunyit, ada rasa serai. Pencecahnya pula ada yang seperti sos likat seperti yang kami makan. Dulu, pencecah lokan bakar yang kami makan lain pula, sebab makan di gerai lain. 

Sewaktu kami tiba di sini, harga yang ditawarkan untuk satu longgok lokan adalah mengikut saiz. Saiz kecil RM12 selonggok. Saiz sederhana RM15 dan saiz besar juga RM15 selonggok. Yang membezakan saiz sederhana dengan saiz besar walaupun harganya sama ialah jumlahnya. Lokan siaz sederhana lebih kurang 18 ekor, manakala saiz besar 15 ekor. Begitulah penjelasan tuan gerai. 


Sebahagian deretan gerai Lokan Panggang & Kelapa Bakar di kiri kanan jalan.


Selain kelapa bakar, ada jagung bakar juga.

Keadaan di setiap gerai nampak sama saja dengan longgokan lokan 3 saiz, kelapa bakar, jagung bakar dan tong berisi puding kelapa.

Lokan saiz kecil berharga RM12 selonggok.

Kami memilih dua longgok lokan saiz sederhana, dan selonggok saiz besar. Kami pernah makan lokan saiz kecil. Rasa tak puas kunyah! Orang kata buat selit gigi jew ... ahaks! Lokan saiz besar pula agak liat sedikit. Yang paling sedang, tak kecil sangat dan tak liat sudah tentulah lokan saiz sederhana.

Kelapa-kelapa jenis di atas buat masa ini kami tak layan...hiks!

Kami layan puding dalan buah kelapa saja.
Puding Dalam Buah Kelapa - RM5 sebiji.

Memang sedap betul makan puding kelapa dalam buah kelapa. Rasanya pun sedang-sedang, sejuk lemak manis. Orang kata, cukup rasa!


Sementara menunggu lokan panggang sampai ke meja, kami layan puding kelapa dulu.

Firdaus suka sangat makan puding kelapa!

Sangat sedap! Rasa kelapa, tapi sejuk katanya.


Fairuz sempat pesan mee hoon sup.

Bila dibubuhnya cili, rasa perut kita pula yang kecut!

Firdaus memang tak cukup mulut bercerita, bertanya itu ini. Fairuz nak makan pun diganggunya juga dengan pelbagai pertanyaan.


Lokan panggang sudah sampai ke meja.

Lokan saiz sederhana.

Lokan saiz besar.

Lokan saiz sederhana tak liat.

Firdaus cuba makan seekor.

Cukuplah makan satu, katanya.


Sudah makan lokan panggang, sudah makan puding kelapa dalam buah kelapa, mari kita tinggalkan tempat ini. Ketika ini panas terik.

Lain kali boleh datang lagi. Nak rasa kelapa bakar dan jagung bakarnya pula.

Jumpa lagi.

Senja Nan Kelabu di Tanjung Aru : Makan Nasi Goreng Ikan Masin Liking

Bumi basah di sana sini. Kota Kinabalu tidak terkecuali. Begitu juga dengan pantai Tanjung Aru. Angin laut yang bertiup menambah kedinginan para pengunjung. Ada yang memanaskan badan dengan menikmati secawan minuman panas di gerai tepi pantai. 

Encik Suami kata, kita cari makan di sini sajalah. Malam nanti tak payah keluar. Nak berehat katanya. Nampak mata Firdaus pun dah layu!

Wokey. Tak ada masalah kalau makan di sini. Kami duduk di bangku, jarak-jarak 1 meter di antara satu sama lain. Seperti biasa, kalau ada benda panggang-panggang, Fairuz memang tak lepaskan peluang minta sayap ayam dan tongkengnya sekali. Sate pun kami order juga.

Sate ayam & nasi himpit.

Sayap & tongkeng ayam panggang.

Sejuk-sejuk begini, memang tepatlah pilihan makanan Fairuz. Dimintanya sup ayam. Kenyang ke dik? Da angguk-angguk. Oh... ada sate, tongkeng dan sayap ayam juga. Tapi, malam itu bujang bongsu yang tak jadi bongsu sebab dapat adik Firdaus ini merengek nak makan McD. Malam-malam buta datanglah abang Foodpandanya hantar makanan!

Bakso, Encik Suami punya.

Nasi goreng Pattaya, Firdaus punya.

Comotnya pipi Firdaus tercalit sos cili nasi gorengnya!

Nasi Goreng Ikan Masin Liking.

Amie makan Nasi Goreng Ikan Masin Liking. Sebenarnya perancang bermalam di Kota Belud, kononnya hendak mencari ikan masin liking yang terkenal di sana. Tapi tak ada rezeki pula. Akhirnya merasa juga ikan masin liking di Tanjung Aru.

Walaupun hujan, para peniaga makanan tetap gigih meneruskan usaha mencari sumber pendapatan.


Firdaus sibuk nak beli gula-gula kapas!


Kami beli jagung kukus dan kacang tanah.





Tak nampak lembayung petang yang cantik ketika matahari akan menutup tirai peraduannya. Awan kelabu di sana sini. Nampak suram saja suasananya.

Hujan gerimis turun lagi. Dalam renyai-renyai hujan kami melangkah pergi meninggalkan pantai.

Ternampak apam balik crispy. Lamanya tak makan! Singgah beli  untuk dibawa pulang ke hotel. Dalam kereta, sempat ngap sekeping! 

Di Sabah, orang panggil apam balik ini kuih terang bulan.
Bukan bulan terang ye. 

Buka pintu bilik, rasanya nak terus rebahkan badan di mana-mana saja katil!