Kapurung

by - 9:48 PTG

Petang tadi Encik Suami bawa pulang seperiuk kapurung. Katanya ada kawan sekerjanya bagi. Entah berapa kali janji dengan anak buah di kampung untuk belajar buat kapurung tapi tak juga kesampaian. Kapurung ini sejenis makanan tradidional masyarakat Bugis. Sesiapa yang pernah makan ambuyat, kapurung bukanlah sesuatu yang asing.

Kapurung


Kuih sawallah.


Ini pula kuih sawallah. Biras Amie kirim dari kampung, hasil air tangannya. Sawallah ialah sejenis kuih tradisional masyarakat Bugis juga.


Kek Tapak Kuda


Firdaus asyik sebut nutella! Amie risau budak kecil itu suka sangat makan nutella. Kalau ada nutella, tak sampai satu hari habis dimakan begitu saja. Manis sayang oiii! Jadi Amie belikan kek  tapak kuda. Balik rumah terus potong. Inti coklat nutella nampak cair pula. Yang penting ada rasa nutella. Amie makan berdua dengan Firdaus. Akhirnya habislah kek tapak kuda tak tinggal baki!


Dua tiga hari ini rajin sungguh Encik Suami bawa pulang buah kelapa muda. Memang puas hatilah sebab air kelapa rasa manis walaupun bukan buah kelapa pandan. Isinya pun masih lembut. Perahkan sedikit jus lemon.... alangkah nyamannya air kelapa lalu tekak!

Selamat malam semua.
In shaa Allah esok kita jumpa lagi.
Mimpi yang indah-indah.
Assalamualaikum.


You May Also Like

18 ulasan

  1. tak pernah dengar nama makanan tu...sedap ke

    BalasPadam
  2. Kapurung dan sawallah tu macam tak pernah jumpa lagi

    BalasPadam
  3. Pernah tengok documentary pasal makanan ni kat Papua..tapi nampak menyelerakan .Saya suka mencuba makanan selagi halal.Meriahnya dunia masakan & makanan ..Sebab tu tak boleh nak kuwus..hihihi

    BalasPadam
  4. Macam-macam makan yang namanya pelik dan tidak pernah saya lihat.. untung ada rakan blogger sebegini, sedikit sebanyak dapat juga saya tahu

    BalasPadam
  5. Kek tapak kuda ni pun tengah trending sekarang

    BalasPadam
  6. Kapurung..sawalah..begitu banyak makanan yg terdapat dlm sesuatu kaum kt negara kita ni ya Amie

    BalasPadam
  7. nampak sedap sawalah kuih tradisi bugis tu

    BalasPadam
  8. Pertama kali dengar kapurung tu padahal di Johor ni ramai juga orang bugis, mungkin cuma terkenal di kalangan orang bugis dari Sabah

    BalasPadam
  9. SA memang hari- hari kalu boleh nak minum air kelapa muda..sedap..badan rasa panas dalam..asyik haus je...macam menaik la Kapurung tu Kak Amie..

    BalasPadam
  10. Pernah juga rasa ambuyat. Macam manalah rasa kapurung itu ya.

    BalasPadam
  11. Ini yang seronok bertamu di rumah Kak Amir ni. Macam-macam hidangan unik yang saya dapat tahu.

    BalasPadam
  12. First time kapurung dan sawallah! Sawallah tu rasa apa kak amie?

    BalasPadam
  13. first time dengan nama makanan-makanan ni..

    BalasPadam
  14. Kek tapak kuda saja yang pernah dengar, lagi dua tu tak pernah. Thanks sharing

    BalasPadam
  15. tak pernah dgr pun masakan ni.. first time...

    BalasPadam
  16. Kapurung masih asing bagi saya sebab ambuyat pun tak pernah makan lagi. Yaa, nutella manis. budak budak suka makan memang cepat habis sekali hadap. sawallah pertama kali dengar tu. Rezeki dapat air kelapa. Tak pernah lagi perah lemon dalam air kelapa. Nanti boleh cuba.

    BalasPadam
  17. ana nk cari kuih sawallah tu lat sini... nk rs jg

    BalasPadam