Bismillahirrahmanirrahim.
Dalam perjalanan menuju ke Tasik Plitvice di Croatia, Amie sempat belek-belek buku Okusite Belo Krajino - Taste Bela Krajina. Amie juga sempat merujuk Pak Google untuk mengetahui lebih lanjut tentang Taste Bela Krajina apabila terbaca di hujung buku ini : Slovenia Europian Region of Gastronomy Awarded 2021
Menurut Pak Google, pada Oktober 2018 Slovenia telah dianugerahkan gelaran European Region of Gastronomy 2021 untuk seluruh wilayahnya. Semasa proses mendapatkan gelaran itu, Slovenia menyerahkan kepada International Institute of Gastronomy, Culture, Arts and Tourism (IGCAT) sebuah buku pencalonan bertajuk TASTE SLOVENIA yang disunting oleh Prof. Janez Bogataj Ph.D
Gastronomi?
Selalu dengar perkataan ini tetapi tidak pernah ambil tahu untuk lebih lanjut. Apabila menulis entri ini barulah berusaha untuk mencari tahu apa itu grastronomi. Nanti Amie terangkan di bawah.
Selalu dengar perkataan ini tetapi tidak pernah ambil tahu untuk lebih lanjut. Apabila menulis entri ini barulah berusaha untuk mencari tahu apa itu grastronomi. Nanti Amie terangkan di bawah.
| Okusite Belo Krajino - Taste Bela Krajina |
Antara gambar yang memikat mata di dalam buku Taste Bela Krajina.
SLOVENIA. GREEN. ACTIVE. HEALTHY. Slovenia adalah satu-satunya negara Eropah yang menghubungkan Alps, Mediterranean, Karst dan Dataran Pannonian. Ia adalah landskap yang sangat pelbagai dan alam semula jadi terikat dengan budaya dan gastronomi yang berwarna-warni. Hidangan Slovenia dibuat dengan bahan-bahan tempatan, daripada hasil yang ditanam di ladang dan taman, kepada bahan-bahan yang dimakan di padang rumput dan hutan, garam yang dituai daripada kuali garam Adriatik, madu yang dibuat oleh lebah asli, wain dari ladang anggur bersaiz butik kepada air mineral yang sihat yang menjadi tumpuan titik spa yang terkenal di dunia berabad-abad yang lalu. Slovenia ialah sebuah negara hijau, sihat dan aktif. Oleh itu, gastronomi yang pelbagai adalah sebahagian daripada budayanya.
Sumber: EUROPEAN REGION OF GASTRONOMY
Gastronomi: Kajian mengenai hubungan antara budaya dan makanan. Gastronomi hanyalah sebahagian kecil dari seni memasak.
Pemandangan ladang tanaman di Slovenia.
Pelbagai jenis makanan Taste Bela Krajina.
Antara Signature Bela Krajina Dishes:
- Belokranjska Povitiva
- Adjova Povitica Z Rozinami
- Belokranjski Zlinkrofi
- Bravina S Sladkim Zeliem
- Belonkranjska Pogaca
- Belokranjski Nadev Ali Semisko Fulanje S Hrenom
- Odojek / Jagenjcek Na Zaru
| Odojek / Jagenjcek Na Zaru - Grilled Lamb |
| Belonkranjska Pogaca |
| Bravina S Sladkim Zeljem - (Sheep meat with bone) - Bravina with Sweet Cabbage |
| Ajdova Povitica Z Rozinami - Buskwheat Povitiva with Raisins |
| Belokranjska Povitiva |


