ADSENSE

Jumaat, 14 Disember 2018

Sayur Losun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Nampaknya tuan dapur dah mula jadi biskut chipsmore. Kejap ada, kejap taka ada!
Nak buat macamana.... tuntutan kerja di luar daerah membuatkan setiap entri tersekat-sekat untuk diterbitkan.
Oleh kerana, esok akan tutup dapur, jadi malam ini Amie kongsikan masakan ringkas kegemaran Encik Suami iaitu Sayur Losun (Bawang Losun). Walaupun Encik Suami bukan keturunan Kadazan-Dusun, tapi nampaknya minatnya terhadap sayur losun ini mengalahkan rakan Kadazan-Dusun kami...hiks!

Masakan tradisional masyarakat Kadazan-Dusun ini lebih kepada maksud 'sayur campur' disebabkan terdapat beberapa bahan di dalam olahannya. Losun pula ialah sejenis bawang atau tomboutung. Pada mulanya Amie sangka ia pokok kucai, tetapi bila Amie masak tidak pula ada rasa atau bau kucai yang biasa kita olah itu!

Biasanya sayur losun ini djual bercampur dengan bunga kantan dan cili putih.
Sewaktu jalan-jalan ke Kota Kinabalu minggu lepas, Encik Suami sempat memborong sayur-sayuran, katanya untuk dibahagi-bahagikan kepada rakan-rakannya. Dan tidak ketinggalan, dibelinya juga sayur losun kegemarannya.

Gambar atas : Sayur losun di dalam bekas plastik, sudah dicampur dengan bunga kantan dan cili putih. Harga yang ditawarkan : Beli 3 bungkus apa sahaja jenis sayuran, bayar dengan harga RM10.00.

Oleh kerana kami suka makan cili putih, jadi kami pun beli dalam paket lain untuk ditambahkan nanti dalam masakan sayur losun.

 Inilah rupa bunga kantan dan losun yang sudah dipisahkan.

 Biasanya sayur losun dimasak bersama ikan masin atau ikan bilis. 
Amie gunakan ikan bilis.

 Inilah sayur losun yang sudah dibersihkan. Nampak macam kucai bukan?

Kombinasi warna hijau dan warna bunga kantan sudah tentu akan mewujudkan warna masakan yang menarik!

Dulu, Amie tak tahu nak buat apa kalau ada bunga kantan yang sudah kembang! Sekarang Amie sudah tahu banyak kegunaannya, selain dijadikan sayur boleh pula dibuat serunding!

 Cili putih ini Amie biarkan saja begitu tanpa dihiris. Sedap makan bulat-bulat begitu.

Ikan bilis pula  menjadi penyedap rasa Sayur Losun!
Jom kita lihat resepinya di bawah ini.

Bahan-bahan:
1 bungkus sayur losun + bunga kantan - cuci bersih - potong sayur losun sepanjang 3 cm
20 biji cili putih
1/2 cawan ikan bilis - bersihkan dan bilas
3 ulas bawang putih - hiris
3 biji bawang merah - hiris
3 sudu besar minyak
garam / gula / perasa pilihan

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah serta ikan bilis hingga terbit aroma.
2. Masukkan cili putih dan biarkan masak hingga layu.
3. Masukkan sayur losun bersama bunga kantan.
4. Kacau sekali dua dan perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan. Kacau sekali lagi.
5. Padamkan api dapur.

Tak perlu masak lama sebab bawang losun cepat lembut.

Khamis, 13 Disember 2018

Sedapnya Sambal Belacan Manggis!

Bertemu kembali setelah beberapa hari meninggalkan dapur.
Kali ini Amie hanya paparkan gambar Sambal Belacan Manggis.
Pada suatu hari (dah tak ingat) singgah Dapur Kak Noor. Maka terpandangkan sambal belacan manggis yang Kak Noor buat. Macam sedap sambal tu. Balik rumah, Amie pun cuba. Tak sempat kongsi di sini, Amie sekeluarga keluar jalan-jalan-jalan. Hari ini teringat semula, jadi tepeklah gambar Sambal Belacan Manggis air tangan Amie. Terima kasih KAK NOOR.

Kata Kak Noor, resepinya sama macam kita buat sambal belacan, cuma tambahkan manggis. Manggis yang Amie gunakan ini manggis elok dan manis, jadi Amie tambahkan perahan limau kasturi untuk menimbulkan rasa sedikit masam. 

Memang sedaplah Kak Noor!
Walaupun sambal belacan manggis yang Amie buat ini agak cair sedikit macam air asam jew, tapi rasanya memang naik jempol! Adeeehhhh.... tak boleh pandang lama-lama...dah mula kecur balik ni...huhuuuuu!

Sabtu, 8 Disember 2018

Jalan-Jalan Tengok Ikan di Tagal Sungai Moroli, Ranau.

Lebih 2 dua minggu Firdaus asyik sebut nak tengok ikan! Nak tengok arnab!
Akhirnya pada hari Rabu lepas, 5 Disember tertunai juga hasratnya untuk melihat ikan di Sungai Moroli, Ranau.

Nampaknya ini kali ketiga kami sampai di sini. Konon nak rendam kaki, nak rasa ikan cuit-cuit, gigit-gigit daki...hiks!

 Jangan lupa beli tiket di kaunter.
Waktu kami tiba, tempat letak kereta penuh!
Tapi kami terjah saja.
Alhamdulillah, dapat juga tempat.

 Deretan gerai masih seperti dulu, tiada perubahan.

 Makanan ikan yang dibeli pun sangat terhad!
Tak boleh berlama-lama di sini.
Sampai tempoh yang ditetapkan, anda akan dipanggil meninggalkan sungai sebab ada lagi pengunjung lain yang sedang menunggu.

 Walaupun banyak kali kata nak tengok ikan, nak main ikan, tapi sampai masanya Firdaus tak mahu jejakkan kakinya ke dalam air!

 Fairuz paling seronok bermain dengan ikan-ikan jinak ini! Dapat pula dia menyentuh ikan!

 Firdaus hanya berani berada di tepi sungai, sambil memberi makan ikan.


 Jinaknya ikan!
Tak takut langsung dengan tangan Fairuz!








 Ya Allah!
Senangnya Fairuz tarik kepala ikan!




 Haaaa......!
Apa dibuat tu?

 Fairuz dapat angkat seekor ikan!

 Sampai masa dipanggil untuk keluar dari kawasan ini, Firdaus tetap tak mahu sentuhkan kakinya ke dalam sungai!

 Jom kita keluar.

 Sebelum itu lihat-lihat dahulu apa yang ada di sini.
Kalau haus atau lapar, boleh singgah di mana-mana gerai untuk membeli air minuman dan juga makanan ringan.

Kraftangan pun ada dijual di sini.

Selipar pun ada dijual.
Kalau lupa bawa selipar atau takut kasut kotor, bolehlah beli selipar di sini.

 Kuih penjaram pun ada.
Panas-panas lagi tu.
Peniaga kuih menggorengnya di dalam gerai.

 Cekodok durian.
Ubi kayu goreng.
Jejari ubi manis. Ubi manis ialah keledek.










Ini sahajalah cerita kami bawa Firdaus jalan-jalan tengok ikan di Tagal Sungai Moroli, Ranau.