Nasi Goreng Sardin

by - 11:28 PG

Selamat pagi semua. Berehat dulu seketika dari berBDR. Jom intai dapur. Sambung sarapan pagi yang terbengkalai sebentar tadi.

Pagi ini Amie sempat buat Nasi Goreng Sardin. Nampaknya kena gunakan ikan 'sardin' dan bukannya ikan mackerel dalam tin. Bezanya ikan sardin dengan ikan mackerel ini, ikan sardin sangat lembut dan mudah hancur, tetapi ikan mackerel agak keras sedikit. Alhamdulillah, ada juga ikan dalam tin untuk dibuat perencah nasi goreng.

Nasi Goreng Sardin

Nasi Goreng Sardin, Cucur Jagung, Telur Dadar & Honey Mucott Mandarin

Cucur Jagung Campur Udang


Dua tiga hari jugalah Firdaus merengek minta Amie buatkan cucur jagung campur udang. Pagi ini sewaktu menggoreng, Firdaus tak sabar nak makan. Tinggal separuh saja sewaktu kami bersarapan. Itu pun habis licin. Firdaus juga yang licinkan. Kami dapat dua tiga ketul jew.

Honey Murcott Mandarin

Pagi-pagi kejutkan perut dengan Honey Mucott Mandarin. Limau ini banyak biji, besar-besar pula tapi sedap, manis tapi ada sikit masam-masam manja!


Jom main masak-masak nasi goreng sardin di dapur. Boleh klik di sini:NASI GORENG IKAN DALAM TIN (MACKEREL) Sos sardin Amie tak buang. Amie tumis bersama perencah hingga agak kering, kemudian masukkan nasi. Boleh tambahkan sayur seperti sawi, kobis atau kacang panjang dalam nasi goreng. Kali ini Amie terlupa nak masukkan sayur! Hahaaaa.... bukan apa. Tangan kanan goreng cucur jagung, tangan kiri goreng nasi! Firdaus pula asyik bercakap tak berhenti, bertanya itu dan ini sewaktu kita masak.... ahaks! Jadi tak terlayan untuk semua perkara.

Bahan-bahan untuk Nasi Goreng Sardin:

  • 4 cawan nasi putih sejuk
  • 1 tin ikan sardin saiz kecil - pisahkan isi dan sos - lenyek isi ikan kasar-kasar
  • 3 biji cili hijau - hiris
  • 3 sudu besar mentega
  • garam / perasa pilihan secukupnya
Bahan tumbuk:
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 5 tangkai cili padi

Cara memasak:

  1. Gaul nasi sejuk bersama isi ikan sardin.
  2. Panaskan mentega hingga cair.
  3. Tumis bahan tumbuk hingga terbit aroma.
  4. Masukkan hirisan cili hijau. Kacau rata.
  5. Seterusnya masukkan sos tomato sardin Kacau lagi beberapa kali hingga sebati dan kuah agak kering.
  6. Kemudian masukkan nasi putih yang sudah digaul bersama isi ikan sardin. Gaul rata.
  7. Taburkan garam / perasa pilihan. 
  8. Gaul beberapa kali dan padamkan api dapur.
Jangan lupa sebelum makan tambahkan telur dadar ke dalam pinggan nasi goreng sardin! Jika suka pedas, taburkan juga hirisan cili padi...walllaaahhhh!

Telur Dadar.

You May Also Like

23 ulasan

  1. Wah,semua sedap-sedap.Telur dadar tu cute.Cucur jagung pun ,balik nanti nak buat cucur jagung jugak lah....Nampak sedap sungguh.Kita geng Daus

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang laris betul cucur jagung. Ada abang-abang Firdaus pun habis. Firdaus makan sendiri pun habis juga!

      Padam
  2. perghhhh terer sungguh naa....dua-dua tangan digunakan. Cucuq jagung peberet boleh rebut dengan daus le ni ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salah tulis tu saya. Dapur kiri dan dapur kanan, satu tangan tukar-tukar. Kejap gaul nasi goreng, kejap balik-balikkan cucur jagung hihihiiii.

      Padam
  3. Penuh butir jagung dalam cucur.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah yang Firdaus pesan, banyakkan jagung, kurangkan tepung.

      Padam
  4. Sedap sedap ni kak.. sy smlm bru masak sardin gak..tp untuk lauk kicap

    BalasPadam
  5. Wahhhh cute telur dadar kak amie, sekali pandang macam kuih siput tapi tak garing hahahaha

    BalasPadam
  6. Kelihatan enak makanannya.

    BalasPadam
  7. Terer betul masak sampai 2 tangan sekali. Memang Supermom

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaaaa.... sebenarnya tukar-tukar tangan, dapur kiri dan kanan! Kejap dapur kiri kejap dapur kanan.

      Padam
  8. pernah gak try masak nasi goreng sardin sebab ade sambal sardin terlebih, tp nasi goreng saya bodo-bodo jer, takde ape2 perencah. wat makan sendiri jer, bole lah..

    BalasPadam
  9. Rasa macam nak masuk dapur goreng nasi pulak, hihi

    BalasPadam
  10. Sedap nasi goreng sardin versi kak amie ni. Fav Daus cucur jagung, haruslah yang lain ada seketul dua je. hihi
    Sedapnya limau tu, masam masam manja okaylah :)

    BalasPadam
  11. SA memang suka nasi goreng sardin...kalau letak petai pun best bau nasi goreng tu..cumanya SA x makan petai la kak amaie...hehehe

    BalasPadam
  12. dulu sy ckp pelik org msk nasi goreng sarding. tp lps sy jumpa org hidangkn bihun sardin, hlg da rs pelik tu😆

    BalasPadam