Upah Cabut Gigi
11:24 PGKelmarin Encik Suami hantar Firdaus ke klinik untuk cabut gigi. Temujanji pukul 11:30 tapi hampir pukul 1:40 petang tak pulang-pulang. Amie pun naik risau. Sebenarnya sebelum pukul 12:00 tengahari Encik Suami hantar gambar Firdaus selepas cabut gigi. Telefon Encik Suami berkali-kali tak diangkat. Mesej tak dibalas. Apa sudah jadi?
Rupanya Encik Suami pun ambil kesempatan buat rawatan gigi. Katanya, cabut gigi, buat scaling dan polishing sekali. Ooooo... patutlah memakan masa untuk sampai ke rumah. Kita dah rasa cemas semacam! Ingatkan ada apa-apa ke yang berlaku.
Firdaus di klinik selepas cabut gigi. |
- ayam goreng
- kentang goreng
- burger
- nugget
- mozzarella cheese bites
Backpack INDIA - Punjab ke Kashmir |
30 comments
Mak ni macam tu la kan..risau macam-macam.Kadang benda tak patut risau pun longgok juga atas batu jemala.Hihihi..
BalasPadamSedapnya nasi kuning...Kuih kocongnya pula macamana tu
Bagus jugalah ada rasa risau, jadi lebih berhati-hati.
PadamKuih kocong tu sejenis ketupat Cina, inti kacang tanah. Eh... orang Cina pun ada ketupat erk.
heheh selera org lepas cabut gg, amboi kemain nak makan mcm2 ye hehe...
BalasPadamgg br cabut, bole ke nk kunyah tu...:p
Order KFC sebelah petang, lepas 4 jam cabut gigi. Lahap jew dia makan hahaaa.
PadamKalau SA pun pasti gelabah bila org call banyak kali tak angkat kan...
BalasPadamKan. Call tak angkat, mesej tak jawab, maunya tak risau.
PadamAmboiii dia punya upah, siap ada senarai lagi tu. Faham sangat perasaan risau tu kak Amie. Kalau lebih dari jangkaan masa selalu betul fikir bukan bukan. Lagi lagi bila tak dapat contact.
BalasPadamItulah pasal. Lepas cabut gigi dekat 2 jam tak sampai rumah padahal klinik tak sampai 1 km dari rumah.
PadamAlang alang dah keluar sekali tu..hihi
PadamGigi susu ke gigi kekal yg dicabut tu
BalasPadamGigi susu.
PadamSeriau bila sebut cabut gigi. 🤣
BalasPadamSemangat macam ini pergi cabut gigi dapat upah macam-macam.
BalasPadamSeronok suami sudah sediakan sarapan awal-awal. Boleh baca buku tanpa gangguan.
Budak-budak kan, macam-macamlah tingkahnya. Itu pun menangis juga depan doktor gigi.
PadamCCL paling takut nak cabut gigi dan seumur hidup memang tak pernah cabut gigi di klinik
BalasPadamCCL cabut di mana.....?
PadamUntung ada upah!
BalasPadamUntung jadi budak kecik kan Uncle.
PadamComelnya Firdaus, minta upah bagai bila dah cabut gigi.
BalasPadamYang bagusnya, janji nak bagi upah elok jew dia pergi klinik.
PadamAlo ciannya dia, kena cabut gigi ye..
BalasPadamWaah... lajunya Amie membaca. Macam tren ETS la. :)
Hahahaa... minat punya pasal memang laju jew Nur.
PadamSiap disenaraikan lagi ya makanan yang firdaus nak makan hahahaha. Comel!
BalasPadamMacam-macam gaya budak kecik kan Atiqah.
PadamFirdaus, lepas cabut gigi pun comel
BalasPadamHahahaaa... comel sangatlah tu menangis depan doktor gigi hihihiii.
PadamKalau Sha jadi kak Amie pun risau ya amat.. 😂😂
BalasPadamUntung cabut gigi, dapat makan sedap.. hihi
BalasPadamsenarai mcm2 tu..tp lps cabut gigi tu bole ke mkn mcm2 tu hehe
BalasPadamTerer Firdaus, kalau saya lepas cabut gigi tak mampu nk makan ayam KFC. Nak bubur je
BalasPadam