01 Oktober - Khamis - petang Khamis minggu lepas, Fuad pulang lewat petang dari Tawau ke LD setelah Encik Suami menjalani pemeriksaan lanjut di Tawau Medical Specialist Centre. Sampai di rumah, Fuad sangat gembira melihat lauk ayam masak kicap. Pesannya, esok mommy masak kari ayam pula.
02 Oktober - Jumaat - Fuad ke Hospital LD - urus dokumen rawatan Encik Suami. Kami sepakat anak-beranak dan keluarga Encik Suami untuk teruskan rawatan di HUKM. Hal ini disebabkan tempoh yang agak lama untuk ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu. Menurut doktor di Hospital LD, banyak pesakit jantung sedang menunggu giliran di sana.
Petangnya sewaktu kita sedang masak kari ayam, Fuad dan Fairuz masuk dapur. Fuad minta Amie lebihkan kuah kari, tapi mesti pekat. Fairuz pula minta lebihkan kentang.
03 Oktober - Sabtu - Fuad terbang dari LD ke Kota Kinabalu dan sambung terbang dari Kota Kinabalu ke Senai. Pesannya kepada Fairuz : Sekarang giliran Fairuz urus baba sebab sudah seminggu Fuad bercuti.
![]() |
| Kari Ayam |
![]() |
| Encik Suami di atas kerusi roda semasa di Kota Kinabalu Airport. |
![]() |
| Encik Suami di HUKM. |





