Di kesempatan keemasan ini, kita menyusun jari sepuluh....
Memohon ampun dan maaf seandainya terdapat tulisan atau coretan kita yang pernah menyinggung serta mengguris hati para pembaca sekalian, khususnya pengunjung dapur kita yang tak seberapa ini...
Ehsan : Google
Alhamdulillah, akhirnya anak-anak dapat berkumpul di rumah dan kami akan pulang berhari raya di kampung halaman. Walaupun tempoh masanya teramatlah singkat, yang penting ada peluang untuk bertemu Bonda dan sanak-saudara.
In shaa Allah, kami akan terbang pulang ke pangkuan keluarga pada pagi Isnin dan terbang kembali ke sarang kami pada pagi Jumaat.
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin.
Setahun ia datang, setahun ia pergi... hilang dan muncul kembali.... Alhamdulillah kita diberi kesempatan sekali lagi untuk bersamanya... Ramadhan al-Mubarak!
Waktu Imsak di tempat kami pada pukul 4.22 pagi dan berbuka pada pukul 6.24 petang. In shaa Allah...
Sahaja Aku Berpuasa Besok Hari Bagi Menunaikan Fardhu Bulan Ramadhan Bagi Tahun Ini Kerana Allah Taala.
Sempat juga meraikan ulang tahun Encik Suami yang jatuh pada hari ini. Memandangkan Firdaus terkena chicken pox, kepala Amie pun asyik berpusing berdenyut sebab tak cukup tidur dan tak cukup rehat selama 5 malam, jadi tak sempat nak buat sebarang bersediaan. Kami sambut secara kecil-kecilan bersama anak-anak di rumah.
Apa pun... harapan kami moga Encik Suami berbahagia, sebagaimana beliau sentiasa cuba membahagiakan kami sekeluarga!
Seamat berpuasa!
Di kesempatan keemasan ini Amie ingin ucapkan Selamat Menyambut Lebaran 2013 buat semua rakan pengunjung Amie's Little Kitchen. Maaf pada segalanya.
Di bawah ini.... himpunan kad raya yang sempat Amie kutip dari rumah teman-teman blogger yang sempat Amie kunjungi.
Asyifa Mustaffa : Life Is Sweet
Himpunan Kad Ucapan
Selamat Menyambut Aidil Fitri - Syawal 1433H Kad Ucapan Daripada Amie & Rakan-Rakan Blogger
Selamat Menyambut Lebaran 1433H buat semua rakan pengunjung Amie' Little Kitchen yang disayangi. Maaf jua dipinta andai selama persahabatan maya ini Amie pernah menyinggung perasaan, terkasar bahasa dan tersilap bicara tanpa Amie sedari. Kepada yang pulang ke kampung, berhati-hatilah di jalan raya, dan sentiasalah ingat orang yang tersayang! Moga lebaran kali ini membawa seribu rahmat dan kemenangan dalan perjuangan hidup kita semua. Amin.
Daripada : Amie's Little Kitchen
Daripada : Acik Erna - Coretanku
Daripada : Zila Norazila
Daripada : Puteri Kasih
Daripada : Cheq Sue
Daripada : Azatie Sayang
Daripada : Dapur Mamasya
Daripada : My Kuali
Daripada : Damai Qalbu
Daripada : Kak Ros - Sinaran Menu
Daripada : Nuwairani Haji Ismail - Life Is Beautiful
Daripada : Masterchef Malaysia Shahriah Abdullah
Daripada : Ady Greatsword Empire Kitchen
Daripada : Maklang's Kitchen Diary
Daripada : Embun Kaseh Rosaliza
Daripada : Citarasawan
Daripada : Qasehququinnie
Daripada : Dari Dapur Kecilku
Daripada : Ummiakid Lily
Daripada : Nens Collection
Daripada : Salam Borneo
Daripada : Eryn Mohamad
Daripada : Salmah Haron
Daripada : Qasey Honey
Daripada : Cikgu Fatty
Daripada : Nona Kartina Francis
Daripada : Sri Idayu Gulam Rasol
Daripada : Kongsi Menu
Daripada : Glorice Jeremy Amin
Daripada : Nieza : Our Journey Begins
Daripada : Ucu Bakery
Daripada : Siratan Hidup



















_edited-1jknkjn.jpg)








.jpg)









