Bismillahirrahmanirrahim.
Dalam perjalanan dari Pasir Puteh menuju ke Kuala Terengganu, kami sempat singgah di salah sebuah gerai buah. Sudah tentulah longgokan buah tembikai yang menjadi perhatian. Encik suami pula memang sangat teruja melihat buah tembikai, apalagi apabila teringat Abang Farid sangat sukakan tembikai. Katanya tidak rugi beli sebab harganya sangat murah. Nanti sampai kampung, anak cucu cicit semua boleh makan. Aduhai...nasib baiklah bonet kereta masih ada ruang! Sumbat sahajalah buah-buahan yang dibeli.

Kami borong buah tembikai dan golden melon di Pasir Puteh. Buah limau dan mangga pula kami borong di Kampung Tok Landok, Ajil, Terengganu.
Timun Betik |
Golden Melon |
Sekilogram tembikai harga RM2.00 sahaja. |
Tiga biji tembikai dijual dengan harga RM10.00.
Sudah beli tembikai dan golden melon, kami dibekalkan pula dengan seplastik timun. Terima kasih tuan gerai buah.
Selepas sarapan di Nasi dagang Atas Tol, kereta terus meluncur laju hendak meninggalkan Terengganu. Tetapi setelah melewati banyak gerai buah mangga akhirnya kami berhenti juga untuk membeli. Bukan tidak ada buah-buah di gerai kampung sendiri, tapi aura gerai buah di sini sangat menggoda!
Teringat buah limau yang dibeli di Pasar Siti Khadijah, rasanya manis leting! Tanya peniaga di sini, katanya limau ini ada rasa masam-masam sedikit.
Kami beli mangga, tapi tak ingat berapa jenis yang dibeli.
Limau ini pun kami beli juga.
Agak-agaknya selepas ini kami berhenti membeli lagi tak? Kami anggarkan petang nanti sampai ke kampung di Selangor.