Sup Tulang Tumis Darat & Tulang Masak Lemak Cili Padi

by - 10:07 PTG

Terjumpa sebungkus tulang di dalam freezer, terismpan di situ sebelum hari raya. Ketika sedang merendamnya, mata terpandang daun kesum di bawah pokok limau purut. Wah! Sedap ni tulang masak asam pedas bubuh daun kesum. Apabila terpandang daun limau purut, berbisik lagi dalam hati, tak gunakan daun kseum masak asam pedam bubuh daun limau purut dan serai pun sedap juga!

Tulang pun direbus gunakan dapur gas. Entah bila nak merebus tulang gunakan periuk NOXXA yang (kalau boleh  disebut berkulat memang dah lama tumbuh cendawan!) jadi barang perhiasan saja, omel Encik Suami.

Amie rebus tulang gunakan api perlahan saja. Suka sangat hidu aromanya yang lembut merayap ke rongga hidung! Kemudian Amie pun ajak dan ajar Firdaus mengaji sebentar. Sementara menunggu daging pada tulang jadi empuk, Amie pun teruskan bacaan travelog Backpack INDIA - Punjab ke  Kashmir.

Apabila buka penutup periuk, tiba-tiba hilang pula hasrat untuk masak asam pedas! Rasa tak sabar pula nak hirup kuah sup tulang. Bolehlah buat Sup Tulang Tumis Darat. Sayangnya tak cukup bahan seperti daun bawang dan daun sup.

Tak apalah. Teruskan saja misi masak sup tulang. Teringat kata-kata Bonda, kalau masak sup dah bubuh serai tak perlulah masukkan daun sup. Wokey! Ada banyak serai di luar. 

Melihat tulang yang agak banyak, Amie pun keluarkan separuh. Bukannya banyak orang pun yang nak makan di rumah ini. Untuk Firdaus Amie sudah gorengkan ayam. Jadi Sup Tulang Tumis Darat boleh dijadikan lauk makan tengahari, dan tulang selebihnya boleh dijadikan masak lemak cili padi untuk lauk makan malam pula.

Sewaktu tumisan rempah dituang ke dalam periuk sup tulang, aromanya.... ya ampun! Encik Suami yang hendak keluar rumah patah balik ke dapur!

Masak apa tu?

 Sedapnya. 

Nak makan dululah baru keluar.

Haaaa... itulah penangan Sup Tulang Tumis Darat yang tak cukup bahan! Tak ada kentang. Tak ada lobak merah. Tak ada daun sup. Tak ada daun bawang. Rempah sup ada, tapi Amie tak nak bubuh.

Sup Tulang Tumis Darat

Tulang yang berbaki Amie olah menjadi Tulang Masak Lemak Cili Padi ikut gaya Suria Amanda. Senang sangatlah kerjanya. Tak perlu kupas bawang putih bawang merah! Rasanya pun cukup mengasyikkan. Ini satu lagi penangan kalau ke rumah Suria Amanda asyik dihidangkan dengan aneka masakan lemak cili api! Manalah tak terliur.... ahaks!

Tulang Masak Lemak Cili Padi

Hidangan tengahari, nasi berlauk sup tulang tumis darat, ayam goreng, ulam-ulaman, sambal belacan dan sambal kicap.

Sup Tulang Tumis Darat

Bahan-bahan untuk Sup Tulang Tumis Darat:
  • 1 kg tulang lembu
  • 1/2 labu bawang besar - mayang kasar
  • 2 cm halia - hiris
  • 1 sudu kecil lada putih - tumbuk
  • garam / perasa pilihan
  • 3 sudu besar minyak
  • 3 liter air

Bahan rempah tumis:
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 batang serai - ketuk

Bahan hiris:
  • 1/2 labu bawang besar - mayang kasar
  • 3 ulas bawang putih - hiris
  • 5 biji bawang merah - hiris
  • 2 cm halia - hiris
Cara memasak:
  1. Rebus tulang dengan menggunakan air paras tulang sahaja sehingga mendidih dan biarkan lagi selama 5 minit. Buang air rebusan. Gantikan dengan air baru sebanyak 3 liter dan kemudian masukkan hirisan bawang besar, hirisan halia dan rempah sup. Rebus lagi hingga mendidih, dan seterusnya perlahankan api.
  2. Apabila daging pada tulang  empuk,  keluarkan separuh tulang bersama air rebusannya (untuk masak lemak cili padi). Kemudian masukkan garam  / perasa pilihan dan lada putih. Kacau sekali dua dan padamkan api dapur.
  3. Panaskan kuali, panaskan minyak dan tumis bahan hiris hingga layu kekuningan, dan kemudian masukkan pula bahan rempah tumis. 
  4.  Kemudian pindahkan bahan tumisan ke dalam periuk berisi rebusan tulang tadi. Tutup periuk.
  5. Biarkan beberapa minit, dan kemudian buka tudung periuk....huurrmmmmm! Semerbaknya aroma Sup Tulang Tumis Darat!

Bahan-bahan untuk Tulang Masak Lemak Cili Padi:
  • 1/2 kg tulang yang sudah empuk direbus bersama kuah / air rebusan tulang
  • 200 ml santan pekat
  • 2 helai daun kunyit - siat-siat
  • 3 batang serai - ketuk
  • 1 keping asam gelugor
  • garam /gula / perasa pilihan
Bahan tumbuk / kisar:
  • 25 tangkai cili padi
  • 3 cm kunyit hidup
  • 1 cm halia
Cara memasak:
  1. Tuangan bahan kisar ke dalam periuk berisi tulang dan kuah / air rebusan tulang.
  2. Masukkan serai, daun kunyit dan asam gelugor.
  3. Biarkan bahan masakan mendidih seketika.
  4. Kemudian tuangkan santan pekat.
  5. Kacau selalu supaya tidak pecah minyak.
  6. Apabila kuah mulam mendidih, taburkan garam / gula / perasa pilihan.
  7. Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur serta keluarkan asam gelugur.

You May Also Like

22 ulasan

  1. Oh.. kalau buat sup cara mcm tu namanya tumis darat ye kak? Hehehe.. sup ayam pun kekadang sy buat cmtu jugak

    BalasPadam
  2. Sebenarnya banyak juga makanan yang ada di dunia Melayu ni saya tak makan, antaranya sup tulang..

    BalasPadam
  3. Orang kreatif..1 rebusan tulang ,siap 2 menu.Sedapsedap belaka pulak tu..Berpeluh dapat hirup sup tulang tu..

    BalasPadam
  4. Uih sedapnya kak... yelah kalau rebus daging tu aroma dia memang sedap... dana kalau tulang memang suka bt sup darat, kat kampung mak memang akan msk sup darat, kalau sup biasa abah kata kurang kick

    BalasPadam
  5. Wah, tak pernah terfikir nak jadikan tulang sebagai masakan lemak cili padi, tentu sedap rasanya seperti daging salai masak cili padi. Tergelak kita bila bapak Firdaus tak jadi keluar gara2 terhidu bau sup tulang kak Amie tersayang, hihi

    BalasPadam
  6. Ya Allah gigihnya Puan Amie masak di dapur gas. Berapa lamalah kena masak. Sekali-sekala kena guna periuk Noxxa macam kata suami nanti tumbuh cendawan.

    BalasPadam
  7. air tangan amie msk simple pun sedap sgt

    BalasPadam
  8. Akak suka sgt sup tulang tp tu la..en suami membebel ja kalau diminta beli tulang ..katanya tak baik utk org jantung tersumbat mcm saya

    BalasPadam
  9. Rasa nak pindah jadi jiran amie lah boleh le hari-hari mesyuarat tingkap dapur ngendeng masakan amie...hehehehe

    BalasPadam
  10. Patut la tersedak..rupanya ada orang sebut...betul kak amie..memang sedap tulang rusuk especially masak lemak cili api..SA selalu buat...fav abah SA jugak ni

    BalasPadam
  11. salam cg amie...tumpang tny...mcmn nok beli buku travelog mcm yg cg amie baca tu...
    kak wangi pun suka baca buku ....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wangi boleh cari di Shopee.com.my atau ke FB Normi Nas untuk lebih lanjut. Memang nest baca, tak rugi beli.

      Padam
  12. Luas pengaruh Sura Amanda ni.... hehe

    BalasPadam
  13. kt umh ni husband suka masak sup tulang..nk plak guna noxxa lg mudah ...tk pernh mkn tulang masak lemak

    BalasPadam
  14. Sup tulang sedapppp tapi tak reti nak makan sebab macam tak ada isi hehehe

    BalasPadam
  15. suka hirup sup mkn panas2 sedapppnya

    BalasPadam
  16. Rajinnya si Amie ni siap buat 2 jenis lauk, kalau saya buat satu jenis ja. Makan lah hingga ke malam.

    BalasPadam
  17. Rumah saya pun ada Noxxa tapi lama tak guna. Tak confident la. Nak jugak guna cara kebiasaan

    BalasPadam
  18. wah boleh buat menu 2 in 1. Style tumis darat ni jarang orang buat tapi untuk masakan sup dan berkuah memang sedap. Siapa je yang tergoda dengan bau tumisan. Makan sup panas panas terus tak jadi lauk asam pedas :)

    BalasPadam
  19. Sedapnya masak lemak tu. Tak nampak lain dah..

    BalasPadam