Selepas solat asar Amie masak seadanya di dapur. Tak sabar hendak bersihkan diri, mandi dan berehat. Ketika azan isya berkumandang, Fairuz ketuk pintu bilik dan hulur bungkusan yang Amie nampak di atas sarang telur petang tadi. Katanya, ini bungkusan Mommy dari Shoppe. Kita kata, bukan! Biasanya barang yang dibeli secara online Amie gunakan alamat ladang dn bukan alamat rumah.
Fairuz kata, memang betul bungkusan untuk Amie sebab ada nama kita tertera di situ. Dengan ragu-ragu kita minta Fairuz buka.
Eh...ehhh...eehhh! Baru teringat GA Meriahkan Piala Dunia di blog NOTIE - SAJE SUKA-SUKA. Ya ampun! Macamanalah kita boleh terlupa! Terus kita terjah rumah Notie. Memang nama kita turut tersenarai sebagai penerima hadiah GA : Meriahkan Piala Dunia.
Dengarnya Notie sudah jadi YB. Semoga Notie gembira menjalani hari-hari sebagai YB. Teringin hendak travel bersama Notie. Kena zikirlah banyak-banyak supaya ada rezeki bertemu dan travel bersamanya. Boleh duduk sebelah bangku atau kapal terbang, boleh tidur sebilik dan sembang macam-macam!
| Cristiano Ronaldo - Google |
- Memenangi 5 kali anugerah Ballon d'Or.
- Memenangi 5 gelaran Liga Juara-Juara UEFA.
- Menjadi penjaring terbanyak dalam sejarah bola sepak antarabangsa lelaki.
- Menjadi pemain dengan jumlah penampilan antarabangsa lelaki terbanyak untuk Portugal.
- Menjaringkan lebih 970 gol dalam kerjaya profesionalnya.